Seperti dijangka, mesyuarat yang kononnya dinanti-nantikan bagi menentukan 'isu besar' dalam pemuafakatan Pas dan PR akan menghasilkan jawapan yang mengikut kehendak Anwar Ibrahim.
Apabila sebelum ini Majlis Syura Pas telah membuat ketetapan mengenai sokongan penuh kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, maka berduyunlah pemimpin dan penyokong pro Ulama menyokong keputusan Majlis Syura, walaupun suara Pas bukanlah kuat sangat dalam Pakatan.