#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 28 June 2015

Timbang Semula Keputusan Ambil Pekerja Bangladesh


KUALA LUMPUR 27 Jun - Kerajaan perlu mempertimbangkan semula tindakan membawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh ke negara ini bagi memenuhi permintaan majikan pelbagai sektor.

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, antara perkara yang dibimbangkan adalah pertembungan budaya antara dua negara sekiranya lambakan rakyat Bangladesh mula mencampur adukkan adat mereka bersama warisan Melayu di negara ini.

Monday 22 June 2015

21 Jenazah Mangsa Pemerdagangan Manusia Selamat Dikebumikan #SaveRohingya


POKOK SENA 22 Jun - Jenazah 21 mangsa pemerdagangan manusia dipercayai dari etnik Royingya yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis, selamat dikebumikan sekitar pukul 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Kampung Tualang di sini.

Tuesday 16 June 2015

Kedah Bukan Pusat Pengganas @MukhrizMahathir @MukhrizMFC @wartadarulaman


ALOR SETAR 15 Jun – Kerajaan negeri hari ini memberi penjelasan kepada Amerika Syarikat (AS) berhubung laporan media negara itu, The New York Times, yang mendakwa negeri ini merupakan pusat melahirkan pengganas militan Negara Islam (IS), Januari lalu.

Penjelasan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ketika menerima kunjungan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Joseph Y. Yun di Wisma Darul Aman di sini.

Sunday 14 June 2015

Penjawat Awam Tak Bayar Hutang #PTPTN?


PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mencadangkan tindakan tatatertib dikenakan terhadap penjawat awam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau berkata tiada alasan bagi penjawat awam untuk tidak membayar balik pinjaman memandangkan mereka mempunyai pendapatan tetap.

Thursday 4 June 2015

Tahaluf Siyasi Bukannya Taat Membuta Tuli #MuktamarPas

Tahaluf siyasi bukannya taat membuta tuli

GOMBAK - Tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara Pas dengan parti komponen PR pada masa ini bukanlah satu janji atau ketaatan yang perlu dilakukan secara membuta tuli.

Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegaskan tahaluf siyasi dengan parti sosialis dan parti yang berasaskan kepada pelbagai kaum itu boleh diteruskan selagi mana ia ada kepentingan umum.

"Tahaluf yang berlaku sekarang ini ialah bukan janji atau ketaatan membuta tuli.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...