#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday, 30 May 2018

Keputusan Penuh PRU 14 Negeri Kedah


PARLIMEN

P.004 LANGKAWI
Dr Mahathir bin Mohamad (PKR) - 18,954
Ir Nawawi bin Ahmad (BN) - 10,061
Zubir bin Ahmad (PAS) - 5,512

Sunday, 19 November 2017

95 Peratus Miskin Adalah Bumiputera

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Kadar kemiskinan di Malaysia pada masa ini disumbangkan oleh kaum Bumiputera. Naib Presiden Perkasa, Datuk Ruhanie Ahmad berkata, sebagai bangsa teras, kaum Bumiputera sudah jauh ketinggalan dalam bidang sosioekonomi.

Tuesday, 3 October 2017

Gelanggang Futsal Di Setiap Taman Perumahan : Noh Omar



KUANTAN - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat mewujudkan satu gelanggang futsal di setiap taman perumahan di bandar, kata Menterinya Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata kewujudan gelanggang futsal itu bukan hanya bagi menaikkan semangat warga kota untuk beriadah dan mengamalkan gaya hidup sihat tetapi bagi mengeratkan silaturahim antara penduduk.

Sunday, 1 October 2017

Kelewatan RTB Bukan Punca Utama Banjir Kilat - @ahmadbashahBB #MuafakatKedah



ALOR SETAR - Kelewatan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit bukan punca utama menyebabkan berlaku banjir kilat di Kedah, minggu lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyangkal dakwaan pembangkang yang sengaja mengaitkan isu banjir kilat dengan projek itu yang mengalami kelewatan, di mana hanya capai 77 peratus kemajuan berbanding sasaran 94.5 peratus, setakat 20 Julai lalu.

Wednesday, 13 September 2017

Raja Muda Kedah Dimasyhur Sultan Kedah Baharu


ALOR SETAR - Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29 menggantikan Almarhum kekandanya, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Istana Anak Bukit di sini hari ini setelah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja.

Tuesday, 18 April 2017

Institusi Penghulu Bantu Pembangunan Kedah - MB

Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah mahu institusi penghulu di Kedah membantu menjelaskan perancangan pembangunan di negeri ini, sekali gus menangkis cubaan pihak-pihak yang membangkang usaha kerajaan membawa pembangunan.

Wednesday, 12 April 2017

Ahli Politik Yang Pecah-Belahkan Umat Islam


Usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 mendapat banyak reaksi daripada pemimpin dan juga rakyat di negara ini.

Malah dengan penangguhan usul tersebut di Dewan Rakyat baru-baru ini membuatkan pembangkang mendakwa Umno/BN menggunakan isu ini untuk memecah-belahkan Islam khususnya.

Thursday, 2 March 2017

Terima Kasih Raja Salman

PM sempat berswafoto bersama Raja Salman


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan perhargaannya kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud di atas kunjungannya ke Malaysia selama empat hari.

Menurutnya, kunjungan tersebut satu peristiwa bersejarah dan amat bermakna serta merapatkan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Monday, 27 February 2017

Pas Pokok Sena Desak Mahfuz Tinggalkan Parti


POKOK SENA 26 Feb. – Selepas satu demi satu kenyataan memperlekeh kepemimpinan Pas dikeluarkan Datuk Mahfuz Omar, barisan Ahli Jawatankuasa Pas Pokok Sena iaitu kawasan yang pernah dipimpinnya selaku Yang Dipertua (YDP) sejak belasan tahun lalu, tampak sudah hilang sabar dengan kerenah Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Wednesday, 18 January 2017

Kedah Luluskan 24 Projek #PR1MA

Kedah luluskan 24 projek PR1MA

SUNGAI PETANI - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) mempunyai 231 projek yang telah diluluskan sehingga Januari 2017, melibatkan 266,400 unit rumah seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, sebanyak lapan peratus daripada jumlah keseluruhan projek berkenaan adalah di Kedah.

Thursday, 22 December 2016

Dilarang Ambil Makanan Yang Memudaratkan Kesihatan


Alor Setar - Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam memilih sebarang makanan dan minuman yang dijual di pasaran.

Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, sekiranya sesuatu bahan makanan itu mengandungi bahan yang boleh memudaratkan terhadap tubuh badan, akal dan jiwa, maka dilarang memakannya.

Friday, 2 December 2016

Tunjukkan Saja 'Taring', Kami Tiada Masalah


Sohaimi Shahadan

KUALA LUMPUR - "Ahli Umno yang atas pagar atau tidak setia boleh tunjukkan taring, kami tak ada masalah," demikian tegas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

Sunday, 27 November 2016

MCA Tak Tentang #RUU355, Tapi...


Liow Tiong Lai

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menegaskan bahawa partinya tidak menentang rang undang-undang (RUU) 355 persendirian yang diusulkan Pas bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Monday, 21 November 2016

10 Individu Sertai Himpunan Dibebaskan



KUALA LUMPUR, 20 Nov - Lapan anggota jawatankuasa dan aktivis Bersih 5 serta dua aktivis kumpulan baju merah yang ditahan pada Jumaat lalu berhubung perhimpunan haram semalam, dibebaskan hari ini.

Thursday, 25 August 2016

#1MDB Faktor BN Hilang Undi #PRU14


SHAH ALAM - Penganalisis politik melihat Umno - BN mungkin berdepan risiko kehilangan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) gara-gara skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih hangat diperkatakan.

Sunday, 21 August 2016

Jemaah Haji Dinasihat Usah Percaya Khabar Angin


MAKKAH - ARAB SAUDI. Jemaah haji dinasihatkan agar menumpu kepada ibadah semasa berada di tanah suci dan tidak memempercayai khabar-khabar angin yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram dalam kalangan jemaah dan keluarga di tanah air.

Thursday, 4 August 2016

Gelombang 4M Mampu Gugat BN #PRU14


SHAH ALAM – BN berhadapan ancaman besar sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak diadakan pada tahun hadapan.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, kelewatan PRU14 hanya akan memberi masa tambahan kepada gerakan yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengumpul kekuatan.

Wednesday, 3 August 2016

Ketum Banyak Implikasi, Tidak Sesuai Dikomersialkan


Sungai Petani - Polis Kedah menyokong tindakan kerajaan negeri agar tidak membenarkan penanaman ketum dikomersialkan kerana mendatangkan banyak implikasi kepada orang awam.

Wednesday, 13 July 2016

6 Pelan Strategik Atasi Masalah Air #Kedah


Alor Setar - Kerajaan negeri menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak untuk menangani bekalan air di Kedah, selain merangka lima lagi pelan strategik jangka pendek dan panjang susulan berlakunya masalah bekalan air musim perayaan baru-baru ini.

Monday, 27 June 2016

Pemecatan Boleh Buat 3 Negeri Tergugat?


SHAH ALAM - Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta penggantungan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada Umno, bukan satu langkah bijak oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kubu kuat parti di Johor, Kedah dan Sabah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...