Wednesday, 22 May 2013

Black 505: Kenyataan Media MB Kedah


KENYATAAN MEDIA
YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN

Jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, yang terlalu sedikit berbanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti rakyat menolak budaya liar yg cuba dibawa oleh Anwar dan pembangkang. Rakyat sudah menggunakan haknya untuk memilih Kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri Kedah.

Sunday, 19 May 2013

MB Kedah: Hentikan Aktiviti Pembalakan!


Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir mengarahkan aktiviti pembalakan di Gunung Inas, Baling dan Tasik Pedu, Padang Terap yang dibantah rakyat, dihentikan bagi mengelakkan ia memberi kesan negatif alam sekitar dan rakyat.

Tegas beliau, aktiviti itu perlu dihentikan sementara supaya kajian semula dapat dilakukan termasuk menyemak semua konsesi pembalakan bagi memastikan ia mematuhi setiap syarat berdasarkan laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA).

Friday, 17 May 2013

Aku Janji BN Kedah: Tugas Diserahkan Kepada Exco


Kerajaan Negeri Kedah sudah mengagihkan tugas melaksanakan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik semalam, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, sebagai contoh isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sudah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain untuk menyelesaikannya. 

Thursday, 16 May 2013

Senarai Exco Negeri Kedah 2013


YAB Datuk Paduka Haji Mukhriz Tun Mahathir (Menteri Besar Kedah)
Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan Negeri

Senarai Penuh Barisan Kabinet Persekutuan Malaysia 2013


SENARAI BARISAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013


Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Wednesday, 15 May 2013

Sudah-Sudahlah Anwar


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu reda dengan ketentuan Allah SWT setelah gagal mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri apabila ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, sebagai seorang Islam, Anwar perlu menerima kegagalannya itu dengan hati terbuka.

Insiden Lahad Datu: 10 Pengganas Didakwa


Seorang wanita warga tempatan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup setelah didakwa melindungi pengganas.

Norhaida Ibnahi, 46, didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi yang bersidang khas secara tertutup di Penjara Tawau.

Tuesday, 14 May 2013

Jangan Cabar Undang-Undang!


YAN: "Jangan cabar keutuhan undang-undang!" Amaran keras Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kepada kumpulan yang menganjurkan perhimpunan semata-mata untuk mencetus provokasi dan suasana huru-hara.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit terutama penganjur yang cenderung menjadikan sistem pentadbiran negara sebagai sasaran. 

Wahai Anwar, Terima Sajalah Takdir


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai ketentuan takdir.

Menurut beliau, tindakan Anwar mengetuai siri bantahan dan perhimpunan seperti yang dilakukannya sekarang hanya akan menjadikan negara ini tidak aman, malahan mendorong perpecahan lebih besar dalam kalangan rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...