ALOR SETAR: Tiga EXCO Kerajaan Kedah dari PKR semalam, meletak semua jawatan dalam parti pada peringkat pusat dan negeri kerana kecewa dengan pimpinan pusat parti itu.
Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, Datuk S Manikumar; Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Lim Soo Nee dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Pengangkutan, Tan Chow Kang.