#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 9 July 2012

Cubaan Jatuhkan Kerajaan Di Putrajaya!


PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahdi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di perkarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek masuk dan ketika berada di Kompleks tersebut, suspek telah melibas pedang dan merosakkan cermin dua kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.

"Setelah menerima maklumat daripada Pusat Kawalan, anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai."

"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk memberi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di IPD Putrajaya di sini lewat petang ini.

Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.

"Suspek lelaki meninggal dunia di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil. Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya sebagai 'Imam Mahdi'," katanya. - sumber BH 09/07/12

Tok Kenari: Tok rasa kes ni dah macam peristiwa Memali.. apabila dah mula taksub tentang sesuatu, maka mulalah nak buat perkara gila! Mujur la bawak pedang, kalau bawak bom? Sendiri mau ingat.. fikir la dengan rasional, bukan emosional..

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...