Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Kegagalan kerajaan negeri Kelantan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan antara punca pengurusan banjir di negeri itu lemah dan tidak teratur, menurut Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata dalam mesyuarat antara PAC dan majlis itu hari ini, MKN mengakui ada ?kelemahan dari segi perancangan pengurusan banjir berikutan timbul masalah kerjasama dengan kerajaan negeri itu.