#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 31 May 2012

Fatwa Masuk Syurga : Tiada Keperluan Tarik Balik



KUALA LUMPUR, 28 Mei 2012 : PAS menyifatkan tiada keperluan untuk parti itu menarik semula  "fatwa"-undi PAS masuk syurga biarpun sejak kebelakangan ini parti itu diminta segera menjelaskan semula isu fatwa tersebut oleh kebanyakan pihak.

Utusan Malaysia versi mingguan  menyiarkan wawancara dengan Ahli Majlis Fatwa Masjidi Haram Sheikh Dr Sulaiman Saloomi yang menegaskan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Malah sebelum ini, isu fatwa PAS ini telah dibangkitkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tahun lalu yang mengatakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa itu sehingga menyebabkan Menteri Besar Kelantan memohon penjelasan.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata parti itu mengambil ketetapan dengan tidak akan melayan isu tersebut sebaliknya mahu memberi fokus kepada persiapan menghadapi PRU13, yang dijangka akan diadakan September ini.

"Saya rasa itu langkah terdesak UMNO yang sudah tidak mempunyai modal dan isu untuk berhadapan dengan PAS. UMNO mainkan semula lagu lama untuk dapatkan simpati rakyat menjelang pilihan raya umum.

"PAS tidak akan menoleh lagi ke belakang untuk layan perkara ini, kita akan tetap dengan perjuangan dan pendirian kita bersama Pakatan Rakyat (PR).

"Kita tidak akan layan perkara macam ini, kita mempunyai agenda dan perancangan yang harus dilakukan segera.

"PAS ada strategi yang harus dilaksanakan, dan semua ini perlu kepada fokus untuk memastikan kejayaan kita," katanya. - Sumber KLPOS


Tok Kenari: Kalau fatwa dari tanah suci Masjidil Haram pun tak boleh pakai, kita nak rujuk mana lagi? Nampak gayanya hanya fatwa dari Serambi Mekah je la yang jadi satu-satunya sumber rujukan.. mudah kan? Apabila agama digunakan untuk politik dan kuasa.. aduhai sahabat seagamaku..

3 comments:

  1. Salam Bro,Din Pudu Raya ni nak jadi MB Johor ke ? Hebat tu.Dah cermin muka ke Din?Maaflah Din,orang Johor tak sudi kau jadi MB johor.Tapi tak apa Din.Itu semua salah UMNO kata nik ajis.

    ReplyDelete
  2. apa pun semua salah uMNO sampaikan ahli majlis fatwa Masjidil Haram pun UMNO boleh beli....PAshit MurshitDOL Pas Nike Najis lagi tinggi Fatwanya...

    ReplyDelete
  3. Din Pudu tu dah garu kepala sebab cita-cita nak jadi MB Johor dah terbantut angkara Nizar cari pasal dengan sultan Johor.. kah kah kah.. padan muka

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...