#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 9 March 2016

Kalau Najib, Hadi Boleh Sepentas.. Kenapa Tidak Kami? #DeklarasiRakyat


SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan 'cakap-cakap' sesetengah pemimpin Umno yang menghentamnya dek kerana beliau 'bersama' pemimpin pembangkang pada majlis Deklarasi Rakyat baru-baru ini.

Katanya, jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh duduk sepentas dengan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, mengapa pula bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau serta Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak boleh duduk semeja dengan tokoh-tokoh pembangkang lain.

"Mengapa perlu digunakan standard yang berbeza untuk kami berbanding Najib?

"Pada hemat saya orang-orang di sekeliling Najib sebenarnya bimbang akan kesan inisiatif Mahathir terhadap kedudukan ketua mereka sebagai Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Dakwa Muhyiddin, deklarasi itu bukan sahaja mendapat sokongan tokoh daripada pelbagai latar belakang politik, malah turut disokong oleh pelbagai lapisan rakyat yang mula menandatangani dokumen itu secara atas talian.

"Saya percaya lebih ramai rakyat akan tampil menyatakan sokongan mereka terhadap Deklarasi Rakyat dalam masa terdekat.

"Sudah pasti perkembangan ini amat membimbangkan Najib dan orang-orang sekelilingnya," katanya.

Jumaat lalu, Muhyiddin bersama-sama pemimpin pembangkang duduk semeja bagi memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.

Majlis itu diketuai Mahathir yang mana berjaya mengumpulkan lebih 50 orang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR; Datuk Mustafa Ali daripada Pas dan ramai lagi pemimpin pembangkang lain. -SinarOnline

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...