#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 28 April 2013

Sidek Baba: Jangan Terpedaya Lakonan Anwar


Bekas sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Profesor Datuk Dr. Sidek Baba mengingatkan pengundi di Permatang Pauh agar tidak terpedaya dengan helah dan 'lakonan' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sehingga membuat keputusan yang salah pada 5 Mei ini.

Sidek, yang merupakan Naib Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata, beliau amat mengenali watak sebenar Anwar selepas membuat kajian dan mengumpulkan maklumat mengenai Ketua Pembangkang itu.

"Saya berkawan lama dengan Anwar malah saya juga tidak percaya apabila beliau dituduh melakukan liwat pada 1997 dan saya juga tidak dapat menerima hakikat apabila diberikan bukti terhadap perlakuan songsangnya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dahulu.

"Namun hati kecil saya mula berdetik apabila Anwar sekali lagi terbabit dengan kes liwat. Saya mula mencari dan mengumpul maklumat demi mendapatkan kebenaran.

"Seramai 28 orang yang pernah rapat dengan Anwar saya jumpa dan tanya mengapa mereka meninggalkan Anwar. Saya amat terkejut apabila mendengar seorang mufti memberitahu bahawa Anwar ialah orang paling bahaya di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Perdana Sahabat Karib Anwar di Taman Pauh di sini, malam semalam.

Yang turut serta, Presiden Jati, Datuk Dr. Hasan Ali dan Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali. Tambah beliau, melalui kajian dan hasil selidik yang dilakukan ternyata menyokong kepada kebenaran amalan songsang Anwar.

Sidek dalam pada itu turut mempersoalkan tindakan Anwar yang meletakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan syarak dalam isu kalimah Allah.


"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang membangkitkan semula isu ini. Siapa dia dan mengapa Anwar tidak mempertahankan kalimah Allah?

"Kita harus ingat, kepentingan politik tidak boleh mengatasi syarak tetapi harus mengikut syarak," jelasnya.

Selain itu, beliau juga menyelar tuduhan kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO menolak Islam.

"Tabung Haji, Takaful, Bank Islam dan wakaf yang dibangunkan itu apa? Bagaimana boleh menuduh kerajaan menolak Islam sedangkan banyak agensi yang telah dibangunkan mengikut lunas Islam?

"Selain itu kerajaan juga telah mengumumkan untuk membangunkan sebuah universiti pengajian al-Quran.

"Jadi di mana penolakan Islam itu berlaku?" soalnya. -Utusan

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...