#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 3 April 2013

Sudah Tiba Masa Singkirkan Mereka!


JOHOR BAHRU- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa rakyat khususnya di Johor untuk mengambil kesempatan pada Pilihan Raya Umum ke-13 bagi menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang.

Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disingkirkan.

Dr. Mahathir, Anwar, 66, tidak pernah berhasrat untuk memperjuangkan nasib rakyat dan sejak dahulu hanya bercita-cita menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan impiannya itu tercapai.

“Baru tiga hari dia masuk UMNO, dia sudah menyatakan hasrat untuk jadi Ketua Pemuda. Lepas itu, dia hendak jadi Naib Presiden kemudian Timbalan Perdana Menteri sampailah saya sendiri dia hendak lawan."


“Saya liat, tidak mahu letak jawatan dan mulalah dia kata saya macam-macam. Sudah jelas masa itu dia masuk UMNO sebab hendak jadi Perdana Menteri,” kata negarawan berusia 88 tahun itu pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat Kempas Permai di sini.

Majlis yang dihadiri 14,000 orang itu turut disertai isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Datuk Nur Jazlan Mohamed (Ahli Parlimen Pulai) dan Tan Sri Syed Hamid Albar (Ahli Parlimen Kota Tinggi).

Kit Siang, 72, pula, kata Dr. Mahathir, melakukan tindakan tidak masuk akal kerana menyatakan hasrat untuk bertanding di Johor yang merupakan kubu kuat UMNO.

"Kit Siang sibuk inginkan perubahan tetapi dia sendiri tidak berubah. Kita telah bertukar enam Perdana Menteri sejak kemerdekaan 1957 tetapi dia tidak berubah-ubah. Kalau dia berani hendak datang ke Johor, orang Johor patut 'ganyang' dia cukup-cukup dan pastikan dia kalah pada PRU-13 nanti," katanya.

Nik Aziz, 82, pula, kata Dr. Mahathir, boleh gelar dirinya ulama tetapi beliau mempersoalkan bagaimana Nik Aziz mengatakan Tuhan mencarut, kata Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud.

"Pada hari jadi beliau sendiri, Karpal Singh serah kek dan dia tiup lilin kek," tegasnya.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya tahu berpura-pura. Beliau meminta rakyat terus menyokong BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara bersama semua kaum sejak merdeka sehingga sekarang.


-sumber: Kosmo!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...