#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 11 June 2014

DAP Kedah Bertegas!



ALOR SETAR 9 Jun - DAP negeri akan tetap mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) biar pun belum menerima maklum balas daripada DAP Pusat untuk melaksanakannya.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, ia bagi menyelamatkan DAP negeri daripada menanggung akibat seperti Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang sehingga kini masih belum dapat disahkan akibat kecelaruan yang melanda parti itu.

Kata Guan Aik, mesyuarat tersebut dijadual berlangsung pada 11 Julai ini bermula pukul 2 petang di pejabatnya di Taman Kristal Mergong dekat sini.

"Jika AGM tersebut tidak dilakukan, kemungkinan besar kami akan berdepan nasib sama seperti CEC Pusat kerana tempoh untuk ahli jawatankuasa DAP negeri memegang jawatan sudah pun tamat sejak Ogos lalu.

"Saya sudah menghantar surat kepada DAP Pusat sejak Mac lalu untuk mengadakan AGM tetapi sehingga kini tidak dipedulikan. Disebabkan itu, kami tiada pilihan lain selain meneruskan apa yang sepatutnya demi menyelamatkan parti," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kemelut dalaman parti itu berterusan sejak sekian lama setelah Jawatankuasa Interim DAP negeri yang diketuai Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari baru-baru ini turut merancang mengadakan AGM itu September ini.

Sementara itu, kata Guan Aik, beliau tidak akan membuat apa-apa tindakan berhubung cadangan jawatankuasa tersebut yang turut mahu mengadakan AGM berkenaan.

"Itu hak mereka. Tetapi bersandarkan prosedur dan perundangan, jelas saya berada di landasan undang-undang kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) jelas menyatakan bahawa saya adalah Pengerusi DAP Kedah yang sah.

"Sudah tentu apa yang dilakukan mereka ini adalah arahan daripada pemimpin atasan dan itu jelas menunjukkan yang mereka ini secara terang-terangan menentang ROS," katanya. - Utusan Online


No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...