ALOR SETAR - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Tunku Temenggong Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Sallehhuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkuat kuasa mulai 21 Mei, susulan kemangkatan Almarhum Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Ibni Sultan Badlishah, baru-baru ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dalam satu kenyataan berkata, beliau bagi pihak kerajaan negeri mempersembahkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Sallehhuddin atas pelantikan itu.
Dua lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah ialah Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
No comments:
Post a Comment
Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..