#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 15 February 2015

PAS Masih Nekad Perjuangkan #Hudud


KUALA LUMPUR 14 Feb. – Pas bertekad menyambung perjuangan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Mursyidul Am Pas itu memperjuangkan kewujudan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang melaksanakan nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah SWT.

Menurut beliau, konsep yang diperjuangkan oleh Nik Abdul Aziz sejak usia muda itu dinyatakan dalam Perlembagaan Pas.


“Pemergian Allahyarham telah meninggalkan tapak kukuh dan jasa yang mesti dilangsungkan oleh generasi Islam hari ini dengan ‘itqan’ (kecekapan) sebagaimana yang diteladani.

“Antaranya untuk melaksanakan Enakmen Syariah dalam perundangan negeri Kelantan, menjadi amanah dan warisan yang wajib disambung,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau malam tadi.

Pas berdepan halangan untuk melaksanakan hudud daripada DAP kerana sekutunya dalam pakatan pembangkang itu membantah hasrat kerajaan negeri Kelantan membentangkan Rang Undang-undang Persendirian untuk Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Parlimen.

Abdul Hadi dan golongan ulama dalam Pas juga bertegas dengan pendiriannya membantah hasrat DAP untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

Beliau menyuarakan kebimbangan tentang kemungkinan pilihan raya PBT mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat apabila memberi ‘keuntungan’ kepada penduduk bandar yang majoritinya kaum Cina, sekali gus menimbulkan kebimbangan peristiwa 13 Mei 1969 berulang.

Kedua-dua parti itu gagal mencapai kata sepakat berhubung dua isu berkenaan dalam mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang pada 8 Februari lalu.
- Utusan Online

p/s: PAS komited dan konsisten untuk laksanakan hudud, apa kata rakan pakatan yang lain? Adakah mereka akan konsisten membangkang?

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...