#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 25 February 2015

Cuaca Panas Diramal Berakhir Penghujung Mac - MetMalaysia @malaysianmet



PUTRAJAYA: Cuaca panas dan kering yang kini dialami kebanyakan kawasan di dalam negara, merupakan fenomena fasa akhir musim tengkujuh dan diramal berlaku sehingga penghujung Mac, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail.

"Kini penghujung Monsun Timur Laut yang menyebabkan kebanyakan kawasan kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang, sekali gus menjurus kepada berlakunya cuaca panas dan kering," katanya yang ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Amanat 2015 oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin di sini, Selasa.

Che Gayah berkata, keadaan cuaca sekarang belum mencapai tahap 'gelombang panas' dan masih dikategorikan sebagai normal.

Ditanya sama ada suhu cuaca panas dan kering berbeza berbanding tahun lepas, beliau berkata:"Saya tidak nampak banyak perbezaan. Kalau suhu adalah tolak campur tiga darjah celcius, ia adalah normal."

Suhu di Malaysia ketika ini ialah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius.


Che Gayah berkata musim peralihan monsun akan bermula menjelang bulan April sehingga pertengahan Mei, yang mana negeri-negeri pantai barat Semenanjung akan mengalami cuaca lebih lembap dan ribut petir di sebelah tengahari dan petang.

Katanya keadaan cuaca hujan lebat dan ribut petir tersebut adalah biasa sebelum berlakunya monsun Barat Daya yang bermula Jun sehingga September, yang akan menyebabkan negara menjadi kering dan dilanda jerebu.

Che Gayah berkata Jabatan Meteorologi hanya akan melakukan pembenihan awan apabila tahap jerebu berada pada kategori bahaya kesihatan rakyat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

"Jabatan Meterologi sentiasa sedia melakukan pembenihan awam dengan syarikat penerbangan swasta bagi mengatasi masalah ini. Ada kalanya, operator empangan juga melaksanakan pembenihan awam untuk meningkatkan tahap air. Sekiranya mereka meminta bantuan, kita sedia membantu," katanya.

p/s: Kurangkan aktiviti luar, minum banyak air.. dan juga kawal pembakaran jerami.. mari bersama-sama kita menjaga bumi kita ini

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...