#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 13 August 2015

Lagu 'Tak Seindah Wajah' Satu Ingatan Buat UMNO @MukhrizMahathir


KOTA DAMANSARA - Lagu Tak Seindah Wajah nyanyian Tan Sri SM Salim didendang penuh makna oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Subang menerima tepukan gemuruh ribuan perwakilan.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, lagu itu didedikasikan untuk semua rakyat Malaysia supaya tidak mudah tertipu dengan fitnah yang ditaburkan.

Sementara itu, beliau turut menyifatkan kunjungannya ke kediaman bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejurus digugurkan daripada kabinet sebagai satu tindakan yang tepat untuk mengenang budi dan tanda hormat.

"Tindakan saya bersama isteri antara orang terawal mengunjungi beliau (Muhyiddin) di kediamannya untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas budi baiknya yang ditaburkan untuk Negeri Kedah dan sedikit sebanyak mengubati hatinya yang dalam keadaan terganggu.

"Terima kasih banyak atas belas ihsan, budi baik dan jasa yang banyak beliau taburkan bagi Negeri Kedah dan saya tak fikir itu satu perkara yang salah ataupun melanggari sebarang etika kerana saya aamt menghormati beliau sebagai Timbalan Presiden Umno dan juga pejuang lama dalam parti," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Subang, di sini, hari ini.


Sementara itu, beliau menuntut agar semua pihak mempertahankan institusi kerajaan seperti Suruhanjanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara dan Jabatan Audit Negara agar kakitangannya berasa selamat untuk menjalankan tugas diamanahkan rakyat.

"Sekiranya kita sendiri sebagai kerajaan tidak melindungi dan mempertahankan mereka, siapa lagi? Kita (kerajaan) sepatutnya ke depan untuk melindungi dan mempertahankan mereka baru mereka rasa selamat untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

"Kalau pun mereka buat silap kita boleh siasat dan kemudian kita juga boleh ambil tindakan tetapi selagi tiada bukti maka kita perlu perlakukan mereka dengan penuh hormat supaya mereka boleh menjaga integriti institusi yang diwakili itu,"katanya.

Katanya, dalam arena politik pemimpin perlu sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatan dan kenyataan yang diterbitkan.


"Kita dalam politik selalu kena hati-hati kadang-kadang nak cakap lebih-lebih pun tak bagus, kalau tak cukup cakap pun orang kata kita macam tak cukup akal. Lagilah dalam Umno ini kerja kita ni macam tarik rambut dalam tepung.

"Sebagai seorang pemimpin kita mesti tunjuk teladan yang baik supaya boleh diteladani oleh orang bawahan, ahli dan juga pengikut terutamanya generasi muda sebab itu contoh itu penting supaya perjuangan dalam Umno ada kesinambungannya.

Tegas beliau, pemimpin bertanggungjawab untuk menegakkan kebenaran bagi mempamerkan contoh yang baik kemudiannya serah kepada ALLAH supaya perjuangan mendapat berkat.

Mukhriz menafikan mesyuarat sayap Umno kali ini sebagai medium untuk memecah belahkan parti sebaliknya sebagai amalan demokrasi. -SinarOnline

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...