#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday, 11 November 2015

Mat Sabu Kata, Amanah Sedia Ganti Pas di Kelantan


PASIR MAS: Parti Amanah Negara (Amanah) sedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya, Mohamad Sabu. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata langkah itu diambil bagi 'menyelamatkan' kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Monday, 9 November 2015

Mukhriz Sedia Undur Diri Jika... @MukhrizMFC

Mukhriz sedia undur diri

ALOR SETAR - Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedia mengundurkan diri dari jawatan Menteri Besar Kedah dan menyerahkan kepada mana-mana pemimpin tempatan yang dirasakan lebih popular dan mampu menyakinkan rakyat menjelang PRU14.

Sunday, 18 October 2015

PAS Dah Tak Ikut Cakap DAP, Mahu Bertanding Di Semua Negeri


KOTA BHARU - Pas menolak cadangan pembahagian kerusi yang dicadangkan bekas rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.


Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan bertanding di seluruh negara, malah akan menambah jumlah kerusi yang akan ditandinginya.

Thursday, 15 October 2015

Ubat Demam Sah Mengandungi Alkohol @KKMPutrajaya


Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan mengarahkan syarikat Royce Pharma Sdn Bhd menarik balik sirap Paracetamol 120mg/5ml di pasaran kerana didapati mengandungi alkohol.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu, Datuk Eisah A Rahman berkata kementerian telah mengarahkan syarikat tersebut memanggil balik semua produk berkenaan di pasaran dan fasiliti yang terbabit.

Kementerian itu dalam surat tawaran telah menetapkan spesifikasi bahawa produk itu tidak sepatutnya mengandungi alkohol, dan syarikat itu dalam membuat tawaran ubat tersebut kepada kementerian itu telah tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan produk mereka mengenai kandungan alkohol, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sunday, 11 October 2015

Anjing Gila : Kedah Tunggu Nasihat Jabatan Veterinar


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, keputusan untuk memansuhkan Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing di negeri ini hanya akan dilakukan setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). 

Thursday, 1 October 2015

Pembesar Suara Masjid & Surau di #Penang Hanya Untuk Azan & Iqamat


GEORGETOWN - Selepas ini pembesar suara di bahagian luar masjid dan surau di Pulau Pinang hanya boleh digunakan untuk azan dan iqamat.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri pada 1 dan 2 Julai lalu dan disahkan sekali lagi menerusi mesyuarat sama pada 23 dan 24 Ogos lalu.

Difahamkan, keputusan itu dibuat selari dengan hasil mesyuarat sama pada 7 April 2011 berhubung larangan membaca al-Quran sebelum waktu subuh menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau.

Monday, 28 September 2015

Hebatnya #Penang Promosi Parti Bikini!


GEORGETOWN - Kain rentang parti bikini dipasang di Juru, Seberang Perai Tengah, yang akan diadakan di sebuah kelab malam di Pulau Pinang heboh diperkatakan di media sosial.

Berdasarkan status yang dimuat naik pemilik akaun Facebook Muhamad Fairus Ishak, penulis mempertikaikan kesesuaian penggantungan kain rentang tersebut yang diletakkan di kawasan yang penduduk majoritinya Melayu dan berbilang kaum di Juru.

Thursday, 13 August 2015

Lagu 'Tak Seindah Wajah' Satu Ingatan Buat UMNO @MukhrizMahathir


KOTA DAMANSARA - Lagu Tak Seindah Wajah nyanyian Tan Sri SM Salim didendang penuh makna oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Subang menerima tepukan gemuruh ribuan perwakilan.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, lagu itu didedikasikan untuk semua rakyat Malaysia supaya tidak mudah tertipu dengan fitnah yang ditaburkan.

Sunday, 9 August 2015

Pakatan 2.0 : Pas Tunggu dan Lihat


KUALA LUMPUR - Pas mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap desas-desus yang menyebut Pakatan 2.0 bakal dibentuk tanpa Pas sekali gus meminggirkan parti Islam itu daripada pakatan pembangkang.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Pas tidak diketepikan malah tetap dilibatkan dalam isu-isu besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...