#PrayForMH370

#PrayForMH370

Saturday 17 November 2012

Muktamar : Ketua Pemuda Dibidas, PAS Kedah Dikritik!


KOTA BHARU 15 Nov. - Pemuda Pas Johor mengkritik ucapan dasar Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang disifatkannya sebagai ucapan tidak membina tanpa memberi sebarang idea baru seperti mana yang diharapkan golongan muda.

Selain itu perwakilan berkenaan turut membidas Nasruddin kerana tidak berani mengkritik kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang seolah-olah pemimpin negeri itu maksum.

Perwakilan Pemuda Pas Johor, Mohd. Faizul Mohd. Salleh berkata, ucapan Nasruddin hanya mengimbau kembali sejarah silam perjuangan parti itu dan tahap ekonomi negara.

Beliau berkata, Pemuda sewajarnya memainkan peranan mereka sebagai ejen pendesak dan berani menegur pemimpin pembangkang terutama di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

Selain itu, Kerajaan Pas Kedah dikritik kerana masih gagal menjaga kebajikan golongan wanita di negeri itu serta mengiktiraf mereka yang banyak berjasa meskipun telah memerintah selama empat tahun.

Perwakilan Kedah, Sarina Ismail berkata, Kerajaan Pas Kedah sepatutnya membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk mencari sumber pendapatan sendiri selain membelanjakan hasil negeri terutama dalam industri balak kepada golongan itu bukannya sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan setiap pemimpin Pas agar tidak lupa diri dan menggunakan jawatan yang ada demi kepentingan peribadi sebaliknya kembali kepada perjuangan asal membela ummah.

"Di Kedah kami masih setahun jagung berbanding di Kelantan. Kita dapati masih ramai wanita yang kurang berkemampuan terpinggir mendapat hak mereka terutama sekali hak-hak kebajikan dan dengan ini perlu kebijaksanaan muslimat di kawasan masing-masing agar golongan ini dapat dibantu.

Sumber: Utusan Malaysia di sini dan sini.

Tok Kenari: Sempena persidangan muktamar ni, apa kata PAS berbincang tentang kedudukan mereka dalam Pakatan Haram yang nampak macam takdak masa depan.. dah jauh menyimpang dari prinsip perjuangan asal mereka.. PAS dilihat lebih banyak beralah dan buat pekak / buta apabila 'rakan-rakan'nya memperlekehkan Islam dan memperjuangkan liberalisme, pluralisme, mempertikaikan hak orang Melayu & mengutuk raja-raja Melayu, dan banyak lagi perkara yang akan menggugat kestabilan dan keamanan negara.. jangan dok pikir pasal kuasa masing-masing je, masa depan anak cucu Melayu pun kena difikirkan juga.. jangan Muktamar nanti jadi Mu Tamak pulak..

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...