#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 14 June 2012

PAS Kedah Gagal Tepati Janji Bina Rumah Kos Rendah

"ALOR SETAR, 13 Jun - Kerajaan PAS Kedah gagal menepati janji untuk membina projek rumah kos rendah di Bandar Darul Aman, Jitra dekat sini yang dilancarkan pada 2010 apabila pembinaannya belum lagi bermula.
Ketua Pemuda GERAKAN Kedah, Tan Keng Liang berkata, tapak apartment di Taman Tunku Intan Safinaz itu terbiar kosong walaupun projek tersebut dilancarkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Tambahnya, projek itu dikendalikan oleh anak syarikat Bina Darulaman Berhad iaitu Darul Aman Realty Sdn Bhd bagi membina 660 unit rumah apartment untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana." -sumber Utusan Malaysia 14 Jun


Hasil pencarian mengenai perkara ini, Tok jumpa maklumat mengenai Taman Tunku Intan Safinaz ni dalam Warta Kedah yang telah dilaksanakan upacara pecah tanah oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada 31 Mei 2010. Dah lama tu.. tapi kenapa sekarang ni masih tiada progress? Yang Tok nampak banyak perumahan kos tinggi dan mewah yang naik.. alamatnya rakyat Kedah ni terutamanya orang Melayu telan ayaq liuq je la.. tak dak harapan nak miliki rumah sendiri.


Ayat menarik dalam artikel Warta Kedah yang sedap dibaca, tapi rakyat Kedah tolong la nilai sendiri apa dah jadi sekarang:
"Menteri Besar memberitahu, inilah manifestasi keperihatinan dan komitmen kerajaan yang tinggi dalam membela rakyat berpendapatan rendah khususnya untuk merealisasikan perlaksanaan 'Kedah Sejahtera'.
"Perlaksanaan projek pembangunan rumah kos rendah adalah bukan berasaskan keuntungan, sebaliknya ia lebih kepada tanggungjawab sosial kepada rakyat", katanya. -baca selanjutnya di sini 


Tok Kenari: Baru sepenggal pegang negeri dah ada janji yang tak tunai.. memang macam ni ke kerajaan PAS? takkan nak ikut macam kerajaan Kelantan kot, janji pembangunan bermacam-macam tapi berapa kerat je yang ditunaikan.. nasib baiklah ada gak sumbangan Kerajaan Pusat kepada depa.. aduhai tok jijan..



2 comments:

  1. 50 tahun UMNO perintah melayu merempat di pulau pinang..yang kaya cina...kedah ramai yang xda rumah..puihh...ludah kena muka sendirila umno ...jangan gila talak...sabaq sat..bg peluang pas bersih sampah kerosakan umno ..50 tahun bukan senang nak cuci woi...puihhh...

    ReplyDelete
  2. dalam org kampung dok telan ayaq liuq pasal xleh nak beli rumah, ada plak org lain yg terlebih ayaq liuq pasal dok meludah merata-rata.. tu je la modal depa..

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...