#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday 22 October 2013

Kalimah Allah : Harun Sanggah Kenyataan Asri


KUALA TERENGGANU 21 Okt. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib terkejut dengan kenyataan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bahawa tiada larangan kepada bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Harun yang membantah kenyataan berhubung perkara itu menegaskan, bukan Islam dilarang sama sekali menggunakan kalimah suci itu yang hanya khusus untuk agama dan umat Islam.

Malah beliau tetap mempertahankan pendiriannya menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan tempoh hari yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald.

“Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu.

“Saya tetap tak setuju kalau ada orang kata agama lain dan bukan Islam boleh guna kalimah Allah. Malah, saya sokong keputusan mahkamah baru-baru ini yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam majalah The Herald dan semua pihak kena akur dengan keputusan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mohd. Asri dalam blognya bahawa tiada larangan kepada bukan Islam menggunakan kalimah Allah, malah mereka digalakkan berbuat demikian berdasarkan al-Quran dan sunah.

Antaranya bekas Mufti Perlis itu menyebut: “Malangnya ada Muslim yang tidak jelas hal ini sehingga bukan Muslim sama sekali tidak boleh menggunakan nama Allah."

Dalam pada itu, Harun percaya di sebalik tindakan serta kesungguhan orang Kristian menggunakan kalimah Allah, tersirat tujuan serta agenda tertentu mereka.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...