#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 30 October 2013

PAS Akui Guna Gambar Palsu #PRKSgLimau


Ketaksuban PAS yang begitu bergantung kepada populariti Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, menjerat diri sendiri apabila tindakan menggunakan gambar palsu untuk menarik simpati pengundi, terbongkar. 

Helah itu dipercayai digunakan PAS untuk menonjolkan bahawa Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abdul Samat, selaku calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sebagai anak didik yang rapat dengan bekas Menteri Besar Kedah. 

Pengarah Operasi PAS PRK Sungai Limau, Datuk Dr Ir Amiruddin Hamzah, ketika diminta mengulas perkara itu, mengakui gambar berkenaan yang digunakan pada risalah kempen diedar kepada pengundi untuk membuktikan Mohd Azam rapat dengan Azizan, adalah palsu.


Beliau bagaimanapun cuba mengalih tumpuan ketika ditanya punca kesilapan itu, termasuk cenderung menuding jari kepada pihak lain terutama pereka grafik. 

“Gambar itu disediakan pereka grafik dan saya tidak pasti sama ada wujud cubaan untuk mensabotaj parti atau sebaliknya. Kita periksa artikel dan profil calon sebelum ia disiarkan, namun tak pula tahu gambar disediakan pereka grafik adalah imej yang diubah suai. 

“Kita bertanggungjawab dan akan membetulkannya,” katanya pada sidang media, di sini semalam yang turut dihadiri Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Risalah menggunakan gambar palsu itu memaparkan Allahyarham Azizan sedang berbual mesra dengan Mohd Azam serta seorang lagi individu dalam pejabatnya. Bagaimanapun, keaslian gambar itu dipertikaikan apabila ada pihak mendakwa imej Mohd Azam sebenarnya ditampal menggunakan perisian komputer. 

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, ketika diminta mengulas isu itu, melihat tindakan PAS sebagai satu penghinaan kepada warga Sungai Limau terutama pengundi di kawasan terbabit. 

“Saya terkejut, tergelak pun ada sebab pelik kenapa mereka sanggup lakukan sesuatu sebegitu (menipu) semata-mata untuk kelirukan rakyat, kononnya hubungan di antara calon PAS dan Ustaz Azizan baik, sedangkan bukti yang ditampilkan sebenarnya palsu. 

“Ini tak patut berlaku kerana ia menghina pengundi, seolah-olah pengundi kawasan ini tidak boleh membuat penilaian secara rasional untuk memilih wakil rakyat,” katanya sambil menambah, kenyataan pimpinan PAS bahawa tindakan itu di luar pengetahuan mereka, tidak sepatutnya dijadikan alasan. 

“Banyak kali sudah kita dengar alasan ‘tak tahu’ daripada mereka. Malah, saya berani katakan bahawa jawapan dan sikap tak tahu mereka itulah yang menjadi antara punca PAS kalah di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu,” katanya.

Tok Kenari: Tu dia.. depa dah cetak gambar muhong ni banyak-banyak, siap pi edar merata-rata.. bila dah kantoi?? haaa...

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...