#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday 29 October 2013

Jasa Allahyarham Ustaz Azizan Yang Tidak Disenangi Pemimpin Pakatan #PrkSgLimau #BeraniHijrah



Kepada pengundi-pengundi di DUN SUNGAI LIMAU, kami menyeru terutama sekali orang-orang PAS agar 'mengajar' kepimpinan PAS Kedah yang biadap dengan arwah Ustaz Azizan sejurus kekalahan PAS Kedah dalam mempertahankan Kedah dalam PRU13 yang lalu. Berdasarkan tulisan yang ditulis oleh Setiausaha Politik Ustaz Azizan, Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Ustaz Azizan telah mengalami tekanan emosi apabila dirinya sering menjadi bahan caci maki dikalangan pemimpin PAS Kedah ekoran kekalahan dalam PRU 13. Luahan itu boleh dibaca disini : http://sanusisetpol.blogspot.com/2013/05/aku-menemani-ustaz-azizan-di-kmc.html


Sepertimana yang kita ketahui, mantan MB Kedah dari PAS ini tidaklah seperti MB-MB atau Ketua Menteri yang mudah dicucuk hidungnya. Disaat kepimpinan PAS pusat bersama-sama rakan-rakan dalam Pakatan Trinity meneruskan agenda PERMUSUHAN, arwah Ustaz Azizan mengambil pendirian yang berbeza. Beliau mengambil jalan PERDAMAIAN, malah sejurus mengambil alih pentadbiran Kedah selepas PRU12, beliau telah berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir bagi mendapat pandangan dan pendapat bekas Perdana Menteri Malaysia itu tentang kaedah terbaik untuk memajukan negeri jelapang padi itu. Anda boleh membacanya disini : http://www.sinarharian.com.my/azizan-pernah-jumpa-dr-m-1.206377


Jadi jika diperhatikan, siapakah yang lebih jahat dan berdendam kepada Ustaz Azizan? Adakah pemimpin-pemimpin Melayu dalam BN atau pemimpin PAS itu sendiri? Malah sewaktu jenazah arwah Ustaz Azizan dikebumikan, tidak nampak bayang pun seorang pun pemimpin DAP dari PAKATAN TRINITY yang hadir... Apakah tandanya itu? Malah Presiden PKR sendiri pun GAGAL menghadiri jenazah arwah ketika arwah hendak dikebumikan.



Baca selanjutnya di SINI. Kredit kepada PENA MINANG.

Imbas kembali berita pepecahan PAS Kedah di SINI.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...