#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 2 May 2013

Kenyataan Fernandez: PAS Bersikap Bacul Terus Membisu


Sikap pemimpin PAS yang berdiam diri terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez, yang meminta pengundi bukan Islam tidak mengundi calon parti itu menunjukkan mereka takut kehilangan undi bukan Melayu. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pemimpin PAS tidak berani mengeluarkan kenyataan balas terhadap kenyataan Fernandez kerana parti itu akan kehilangan sokongan daripada DAP, sedangkan PAS sangat bergantung kepada parti berkenaan. 

“Saya fikir ada dua sebab (mengapa pemimpin PAS tidak mengeluarkan kenyataan). Satu dia memang tolak (DAP) dan dia tidak peduli sama ada DAP akan sokong PAS atau tidak.


“Yang kedua, kalau dia jawab, akan mengeruhkan lagi keadaan, sebab itu dia senyap. Senyap itu bermakna dia nak tipu ahli dia,” katanya selepas menyampaikan amanat Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di hadapan kira-kira 5,000 jentera dan masyarakat setempat di Padang Awam Taman Klang Utama.

Fernandez menerusi laman blog (syedsoutsidethebox.blogspot.com) pada 27 April lalu, meminta bukan Melayu memikirkan sama ada mereka mahu memperjudikan masa depan mereka bersama PAS berikutan ikrar Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, untuk terus memperjuangkan agenda negara Islam jika mereka menang pada PRU-13. 

Ditanya mengenai sokongan pengundi muda terhadap BN, bekas pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) itu berkata, beliau yakin pengundi muda masih menyokong parti itu.

“Ramai anak muda masih menyokong BN. Saya tahu kerana mereka datang kepada saya untuk mengucap terima kasih dan menyatakan sokongan,” katanya. 

“Saya yakin kali ini, kita akan mencapai kemenangan. Saya yakin lebih daripada (kerusi yang dimenangi pada) 2008. Ada kemungkinan mendapat dua pertiga daripada keseluruhan kerusi,” katanya. 

Beliau berkata, pada 2008 kakitangan kerajaan sendiri yang tidak senang dengan pemerintahan, tetapi kini kepercayaan rakyat sudah kembali kepada BN. -Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...