Akhbar Sinar Harian hari ini ada memaparkan keluhan bekas pendaftar KUIN yang kononnya dia ditamatkan kontrak tanpa sebab. Tapi, teruk sangatkah kerajaan negeri sehingga sanggup memecat warga KUIN ini?
#PrayForMH370
Wednesday, 3 July 2013
Thursday, 27 June 2013
Ulama & Masyarakat Bersama Pantau Ancaman Syiah
Kerajaan Negeri Kedah memohon kerjasama golongan ulama dan masyarakat setempat dalam menangani isu penyebaran ajaran Syiah yang berlaku di negeri ini.
Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, Mohd. Rawi Abd Hamid berkata, semua pihak perlu memainkan peranan kerana ia merupakan ancaman terbesar akidah yang harus dikekang.
Friday, 21 June 2013
Wednesday, 19 June 2013
Sekolah Satu Aliran Pupuk Perpaduan Nasional
Hakikat bahawa semakin banyak desakan termasuk daripada kalangan cendekiawan Cina sendiri supaya sistem persekolahan satu aliran diperkenalkan, menunjukkan kebimbangan terhadap tahap perpecahan kaum di negara ini sekarang, dikongsi oleh majoriti rakyat.
Kecuali pertubuhan pendidikan cauvinis Cina dan parti politik yang menjadikan isu perkauman sebagai talian hayat perjuangan mereka, semua pihak mengakui dasar yang membenar dan menggalakkan kehadiran sekolah jenis kebangsaan menjadi penghalang utama kepada perpaduan kaum.
Monday, 17 June 2013
Putar Belit Dan Menyesatkan!
Anak sulung pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad, mendakwa putar belit ibu tirinya, Hatijah Aam sudah menyesatkan ribuan pengikut pergerakan itu.
Syed Fakrur Razi, 51, mendakwa antara pembohongan wanita terbabit bagi melindungi kelemahan kepimpinannya ialah berhubung insiden penahanan puluhan pengikut Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).
Sunday, 9 June 2013
Cerai Isteri Kerana Ajaran Sesat
Seorang bekas pengikut kumpulan al-Arqam mendedahkan pernah menerima arahan mengarut termasuk menceraikan empat isterinya sebagai bukti kesetiaan kepada balu Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam yang memimpin ajaran itu.
Hashim Jaafar, 57, menceraikan semua isterinya ketika menerima arahan itu pada awal 2010 selain mematuhi beberapa lagi arahan yang dianggap tidak masuk akal dan memesongkan akidah.
Wednesday, 5 June 2013
Ketua Menteri Pulau Pinang Alih Isu Read Bean Army?
Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng cuba mengalihkan isu yang mengaitkan parti itu dengan tentera siber, Red Bean Army disifatkan sebagai pengecut.
Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Zulkifli Sharif berkata, Guan Eng tidak perlu takut untuk mengakuinya jika beliau berpegang kepada kebenaran.
Tuesday, 4 June 2013
Perkasakan Yang Ada, Tak Perlu Parti Tunggal
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Bekas Perdana Menteri berkata, pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.
Friday, 24 May 2013
Apa Muslihat Rektor KUIN Letak Jawatan Tiba-Tiba?
BALING: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul Urus Md Zin hari ini meluahkan rasa kesal atas tindakan Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Datuk Dr Jamil Osman yang meletak jawatan secara mendadak.
Katanya, sekalipun kerajaan negeri kini diteraju Barisan Nasional (BN), Jamil sepatutnya lebih profesional dan mengetepikan perbezaan politik demi menangani masalah yang dihadapi KUIN.
Subscribe to:
Posts (Atom)







