#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 21 February 2013

Desak Letak Jawatan, Azizan Ketegaq Tak Mau!



20 Feb. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan pihak tertentu yang terus mendesaknya berundur daripada jawatan Menteri Besar.


Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri turut menempelak pihak terbabit yang disifatkan sebagai musuh beliau kerana cuba mencetuskan huru-hara terutama ketika kebanyakan pihak menumpukan perhatian terhadap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sambil melahirkan rasa kesal dengan tindakan terbaharu itu, beliau turut percaya desakan tersebut merupakan strategi pihak tertentu yang tidak menyukai corak pentadbirannya.

"Sekarang sudah dekat PRU-13, semua pihak sepatutnya menumpukan perhatian dan timbul pula isu ini. Tetapi saya tidak rasa apa-apa pun, biasa sahaja. Biarlah mereka nak buat apa pun. Saya hanya ikut arahan daripada Pas Pusat kerana mereka yang melantik saya menerajui kerajaan Pas Kedah ini. Kalau Pas Pusat suruh letak jawatan, saya letaklah, terpulang kepada pusat," katanya.

Azizan mengulas tindakan kira-kira 50 ahli dan penyokong Pas dari kawasan Jerlun dan Jerai yang menunggu di luar bilik mesyuarat Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut untuk menggesa Dewan Ulama Pas Kedah campur tangan terhadap krisis tersebut.

Katanya, beliau mempertahankan jawatan tersebut atas nama amanah yang diberikan pimpinan Pas Pusat yang diyakini berpuas hati dengan pentadbirannya sebagai Menteri Besar.

"Apa lagi yang saya buat tidak kena. Saya sudah cuba bangunkan negeri dan buat yang terbaik untuk rakyat. Tapi ini negara bebas, biarlah mereka nak buat apa pun, saya tengok saja," katanya.

Pas Kedah kembali bergolak selepas terdapat ahli parti itu sendiri semakin lantang mengkritik pentadbiran Azizan yang disifatkan lemah.

Kenyataan berani Timbalan Pesuruhjaya I negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi kepada sebuat portal berita semalam yang secara terbuka mengaku bersedia menggalas jawatan Menteri Besar sekiranya Pas berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan, menyerlahkan lagi kemelut tersebut.


Phahrolrazi dilaporkan berkata, Menteri Besar sekarang sama seperti kenderaan yang memerlukan enjin enam silinder dan bukan tiga silinder jika tidak mahu ketinggalan.

Mengulas perkara itu, kata Azizan, semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat Pas Pusat.

"Saya diibaratkan enjin kereta tiga silinder? Tidak mengapalah, sama ada tiga silinder, dua silinder empat silinder, 10 silinder, saya sudah buktikan saya berjaya mentadbir negeri ini dengan baik. Pas Pusat berpuas hati dengan saya, itu yang penting," katanya.

Tok Kenari: Dengan pentadbiran negeri yang kelam kabut, pentadbiran dalaman Pas negeri pulak haru biru.. rasanya cukuplah untuk tempoh 1 penggal ini saja... Bagaimana pula ciri-ciri atau watak pemain utama Pas Kedah? KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...