#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 3 February 2013

Karpal : Kalimah Allah Untuk Semua!


Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulama Pas. 

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.

Beliau berkata, Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.

“PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada Pas,” katanya pada sidang media di Air Itam di sini, hari ini.

Beliau berkata, DAP kesal dengan kenyataan Pas yang mengesahkan bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam sudah selesai.

Menurutnya, kenyataan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

“Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya. “Kita masih meminta Majlis Syura Pas untuk mempertimbangkan supaya kalimah ALLAH boleh digunakan oleh orang bukan Islam,” katanya. -Sinar Harian.

Tok Kenari: Apabila Pas dah buat u-turn disebabkan keputusan Majlis Syura Ulama, kini rakan sekutunya yang lain masih bertegas akan pendirian pakatan bahawa kalimah Allah adalah hak agama lain juga.. selagi jarum halus untuk menyesatkan orang Islam ini tidak dibenarkan, maka DAP akan masih terus menekan Pas untuk turut bersetuju dengan cara mereka sehinggakan suruh masuk ke lubang biawak pun mereka sanggup! Sekali lagi Tok menyeru agar kepimpinan Pas menimbangkan kembali penyertaan mereka dalam pakatan demi penyatuan ummah dan syiar Islam!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...