#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 13 February 2013

Apa Pendirian Majlis Syura Ulama PAS?


Taiping, 12 Feb - Sekumpulan ahli dan penyokong Pas hari ini berhimpun secara aman mendesak Majlis Syura Ulama Pas menyatakan pendirian berhubung hukum mengundi atau menyokong calon DAP dan PKR dalam PRU-13 nanti.

Menurut mereka, langkah tersebut mesti dilakukan bagi meleraikan kekeliruan dalam kalangan ahli dan penyokong Pas ekoran kedegilan pemimpin DAP dan PKR menerima ketetapan Majlis Syura tentang isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Wakil kumpulan itu, Ramli Sudin yang mendakwa ahli Pas cawangan Aulong berkata, petugas parti kini serba salah untuk menyokong DAP selepas Majlis Syura memutuskan penggunaan kalimah Allah untuk agama lain boleh jatuh syirik kerana perbuatan itu dianggap kufur.

"Kami petugas Pas ketika PRU-12 mahukan penjelasan daripada Majlis Syura, apa hukumnya jika kami terus membantu calon DAP atau PKR dalam pilihan raya umum kali ini. Adakah kami akan kufur jika melakukannya?"

"Kami serba salah dan keliru dengan pemimpin pakatan pembangkang yang tidak sepakat dalam isu ini. Kami ingin penjelasan supaya tidak tersalah langkah," katanya selepas mengetuai perhimpunan tersebut berhampiran tempat letak kenderaan Zoo Taiping di sini.


Dalam perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 3.30 petang itu, kumpulan itu membawa pelbagai sepanduk mengecam kepimpinan DAP dan PKR yang antara lain tertera tulisan, 'Majlis Syura, Apa Hukum Jika Bantu DAP/PKR', 'Tolak Anwar', 'Karpal Jangan Cabar Kesabaran Kami' dan 'Selamatkan Perak Daripada DAP'.

Ramli berkata, para pemimpin Pas perlu bersikap tegas bagi mempertahankan pendirian mereka dalam isu penggunaan kalimah Allah.

"Janganlah kerana politik, kita membiarkan diri terus dipermainkan dengan isu-isu sebegini. Sikap dan tindak-tanduk DAP sudah keterlaluan kerana dilihat memperlekehkan keputusan Majlis Syura," ujarnya.

Ramli yang mendakwa ahli Pas cawangan tersebut sejak 1990-an memberitahu, pihaknya akan mengemukakan memorandum kepada pucuk pimpinan Pas Parlimen Taiping dalam masa terdekat.

Kerusi Parlimen Taiping kini disandang Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming manakala dua kerusi DUN kawasan itu, iaitu Pokok Assam dan Aulong turut dikuasai parti berkenaan. - Utusan Malaysia

Lagi kisah di PerakToday

Tok Kenari: Apa susah-susah.. tak perlu keliru.. keluar pakatan, masuk barisan! kalau timbul rasa was was, pangkah je BN!

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...