#PrayForMH370

#PrayForMH370

Saturday 2 February 2013

Siapa Lagi Selepas Nasha?


Pelbagai teka-teki timbul apabila Ustaz Nasha telah digugurkan dari menjadi ahli majlis syura Pas. Satu badan ulama tertinggi.

Malah para penganalisis politik menjangkakan akan ada seorang atau dua lagi ulama Pas yang menentang arus parti akan dipecat. 

"Seorang atau dua pemimpin kanan PAS dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu" kata bekas pengikut setia parti Pas, Zainon Ismail.

Katanya beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama PAS ialah Ketua Dewan Ulama parti itu Datuk Harun Taib dan Timbalan Musridul Am Pas sendiri, Haron Din.


Beliau berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Jan lalu.

"Majlis Syura Ulama PAS adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti.

Kita tunggu apa tindakan Pas selepas ini. Beranikah Pas memecat dua tokoh ulama yang terkenal dengan perjuangan agamanya itu.


Benar kata Zainol, Pas telah banyak berubah, yang menegakkan agama, dipinggir. Pejuang pluralisme, LGBT, Syiah dan liberal disanjung dan diberi tempat dalam Pas.

Islam yang bagaimana Pas perjuangkan sekarang?

Kredit to Bro McTheory

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...