#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 14 February 2013

My Beautiful Malaysia : PAS Kedah Pertahan Azizan



Dewan Pemuda Pas Kedah mempertahankan tindakan Datuk Seri Azizan Abdul Razak menghadiri program Kerajaan Pusat baru-baru ini yang menimbulkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak dalam parti itu.

Ketuanya, Ahmad Yahaya berkata, tindakan Menteri Besar menyertai program berkenaan adalah satu perkara yang harmoni meskipun pihak terlibat dalam majlis tersebut itu berbeza fahaman politik.

Katanya, Azizan juga telah memberi penjelasan bahawa kehadirannya di program tersebut bagi menepati agenda kerajaan negeri seperti amalan gotong-royong perdana yang diamalkan di Kedah.

"Jadi atas dasar itu Menteri Besar yang dijemput hadir dan beliau sendiri memberi ucapan. Ini satu perkara yang sangat harmoni sebenarnya. Sememangnya Kerajaan Pusat dan Negeri perlu bekerjasama bagi perkara yang memberi kepentingan kepada rakyat," katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas tindakan beberapa pihak dalam Pas yang dikatakan tidak berpuas hati dan berang dengan Azizan apabila turut menghadiri program My Beautiful Malaysia pada 3 Februari lalu.

Tindakannya memakai baju kemeja bertulis 1M4U ketika program pelancaran itu juga dikatakan menimbulkan kemarahan sesetengah ahli parti.

Ahmad berkata, Pas Kedah akan terus menyokong kepimpinan Azizan selagi tindakan dan keputusan dibuat menepati dasar parti itu. -Utusan Malaysia

p/s: Kan baguih boleh dok dengan harmoni.. baru dikatakan politik matang.. tak salah bekerjasama untuk kebaikan bersama, daripada dok bergaduh pasal politik sehingga menggadaikan kesejahteraan negara..

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...