#PrayForMH370

#PrayForMH370

Wednesday 20 February 2013

PAS Kedah Kembali Bergolak!


PAS Kedah kembali dilanda badai apabila Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi secara terbuka mengaku bersedia menggalas jawatan Menteri Besar sekiranya parti itu berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan.

Kenyataan orang nombor dua PAS Kedah itu dibuat ketika khabar angin mengatakan PAS negeri berpecah kepada tiga puak, iaitu puak pro-Phahrolrazi, kumpulan pro-Datuk Seri Azizan Razak dan satu lagi memihak Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sedang bertiup kencang.

Malah beliau yang pernah 'berperang' dengan Azizan setelah melancarkan 'pemberontakan terbuka' pada awal tahun lepas apabila enggan menerima pelantikan semula sebagai Exco dilihat menyindir Menteri Besar itu yang diketahui umum menghadapi masalah kesihatan.

Katanya, seseorang yang menjadi Menteri Besar pada zaman sekarang sama seperti sebuah kenderaan, iaitu memerlukan enjin enam silinder untuk bergerak pantas dan kereta tersebut tidak boleh lagi bergantung kepada enjin tiga silinder jika tidak mahu ketinggalan.

"Ada juga kumpulan yang berpendapat sedemikian (sesuai jadi calon Menteri Besar PAS di Kedah). Saya tidak akan meminta tetapi saya sentiasa bersedia," katanya sebagaimana dipetik daripada portal berita online Astro Awani.

Awal tahun ini, Phahrolrazi bersama Dr. Ismail Salleh yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah terlibat dalam 'perang' ke atas Azizan menyebabkan Menteri Besar itu tidak menyenaraikan nama mereka sebagai Exco kerajaan negeri pada peringkat permulaan.

Bagaimanapun, selepas campur tangan PAS Pusat, Azizan kembali menyenaraikan nama mereka tetapi Phahrolrazi dan Ismail pula menolak dilantik sebagai Exco menyebabkan kepimpinan PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkampung di Kedah.

Masalah itu akhirnya selesai apabila Phahrolrazi dan Ismail masing-masing menerima pelantikan bagi memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar, Kerja Raya dan Pertanian serta portfolio Kesihatan, Penerangan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan.

Dalam perkembangan sama, Phahrolrazi berkata, beliau akur dengan setiap keputusan PAS Pusat mengenai siapa bakal menjadi calon Menteri Besar tetapi percaya sebarang pendirian mengenai perkara itu dibuat dengan mengambil kira suara akar umbi.

"Saya yakin PAS Pusat akan mengambil kira realiti di bawah dalam membuat sebarang keputusan," katanya yang juga ADUN Pengkalan Kundur dipercayai merujuk kepada dakwaan bahawa ahli akar umbi PAS kini menolak Azizan. -Utusan Malaysia

Tok Kenari: Inilah antara pihak anwarinas dan parasit dalam PAS Kedah yang mana dah beria-ria mempromosikan diri sebagai calon Menteri Besar Kedah! Gila kuasa betul.. Belum apa-apa dah syok sendiri.. Mesti Phahrolrazi ni dok dengar akar umbi dari puak dia sahaja.. hahaha..

1 comment:

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...