#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 11 March 2013

205 Laporan Polis Terhadap Tian Chua!


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menerima 205 laporan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden PKR, Tian Chua, yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 140 percakapan dirakam dan kertas siasatan kes itu sudah dibawa kepada pihak Peguam Negara.

"Kertas siasatan itu telah dibuat di Johor dan disiasat di bawah Seksyen 500 iaitu memfitnah kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Bersatu Memerangi Jenayah di Kuchai Lama hari ini.

Pada 1 Mac lepas, Portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

"Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata Ahli Parlimen Batu itu. - Bernama

p/s: Mana mau lari Tian Chua? Harap-harap pihak Peguam Negara buat kerja ye, ramai rakyat yang marah ni..

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...