#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 17 March 2013

Pas Lebih Besar Berbanding DAP



Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan parti itu akan bertanding lebih kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding peruntukan lima tahun yang lalu.

Ia sekali gus dikatakan lebih besar berbanding kerusi yang ditandingi DAP.

“Walaupun agihan satu dua kerusi belum selesai, saya yakin Pas akan bertanding jauh lebih besar berbanding 2008,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Wacana Perdana Pasca PRU13: Melayu Islam di mana?, semalam. Majlis yang dikendalikan, penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Agus Yusof itu turut menampilkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang menegaskan sekiranya PR menguasai Putrajaya, parti itu akan memastikan prinsip Islam di negara ini dipertahankan.

Menjawab persoalan yang mengatakan kerusi timbalan perdana menteri akan diberikan kepada DAP, beliau berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam PR, sebaliknya dicanang oleh media bagi memberi gambaran buruk kepada Pas. -SinarHarian



Tok Kenari: Berani ke mereka nak lawan Godfather dalam PR? Nanti dia berdehem, mesti kenyataan berubah lain pulak..

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...