#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 25 March 2013

Insiden Lahad Datu: Mesej Bercelaru Pembangkang


Rakyat Malaysia tidak faham apa yang sedang bermain di fikiran pakatan pembangkang mengenai isu pencerobohan di Sabah. Mesej-mesej yang datang sama ada daripada pemimpin atau ahli pembangkang apabila mengulas isu ini sungguh bercelaru. Ada kalanya tidak menentu.

Difahamkan ruang dan peluang secukupnya telahpun diberikan kepada penceroboh. Pada masa yang sama, pihak berkuasa Malaysia sering berhubung dengan pihak berkuasa Filipina demi menentukan wujudnya kerjasama dan kesefahaman dalam menangani masalah yang melibatkan pemberontak.


Begitulah cermat dan telitinya tindakan yang diambil oleh pasukan keselamatan. Tiada sebutir peluru pun yang dilepaskan walaupun masa yang diambil agak begitu lama sehingga ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mempersoalkan jarak masa yang diberikan untuk berunding.

Apa yang mendukacitakan sebahagian daripada pemimpin pembangkang bukan sahaja tidak melihat peristiwa ini sebagai sesuatu yang genting dan mempunyai implikasi besar kepada keselamatan negara. Sebaliknya, mereka menghentam tindakan yang diambil dan menyalahkan pihak-pihak yang menjalankan perundingan dengan pemberontak tanpa menyedari betapa sulitnya rundingan yang diadakan, kerana ia melibatkan pemberontak yang ekstrem.

Pembangkang bukan sahaja tidak memberi pandangan dan pendapat yang membina demi keutuhan wilayah Malaysia. Malah, begitu 'aneh' sekali mereka terus memperkecilkan tindakan pihak berkuasa.

Namun, apabila majoriti rakyat berdiri teguh di belakang pasukan keselamatan dan kerajaan demi menegakkan keselamatan dan kedaulatan negara, mulalah pembangkang menggelabah! Dan dicari pula dana sana-sini sebagai 'tanda simpati' kepada keluarga wira-wira yang terkorban.

Tapi pada masa yang sama, di atas pentas ceramah, mereka terus dan masih mengulangi mesej-mesej yang bercelaru, termasuklah memperlekehkan pasukan keselamatan. -Utusan Malaysia



 




No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...