#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday 26 March 2013

Pertukaran Lambang Boleh Timbulkan Konflik


Penganalisis politik berpendapat sekiranya DAP bertanding menggunakan lambang Pas dalam PRU-13 akan datang, akan menimbulkan konflik dalam Pas terutama di bahagian akar umbi.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, Prof. Madya Dr. Samsul Adabi Mamat berkata, DAP sememangnya mempunyai pilihan menggunakan mana-mana lambang dalam parti komponen pembangkang, namun langkah itu dijangka akan memberi kesan kepada imej Pas sebagai parti Islam.

"DAP boleh guna mana-mana logo yang mereka mahu, cuma ia akan memberikan implikasi jika ada kemungkinan segelintir ahli Pas di peringkat akar umbi tidak bersetuju. Jika ini berlaku, ia akan menjejaskan imej Pas sebagai parti yang mengangkat martabat Islam dalam perjuangannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di dalam akaun twitternya berhubung cadangan beliau untuk bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran DAP.

Samsul berkata, isu ini tidak akan memberi kesan serius kepada pembangkang, kerana pengundi tidak akan keliru dengan calon yang bertanding dalam PRU-13 nanti.

"Mungkin pimpinan tertinggi Pas tidak membangkang hasrat Kit Siang kerana mahu tunjuk permuafakatan di antara  dua parti itu tetapi setiap ahli mempunyai pandangan berbeza dan bagi yang kurang bersetuju, ia boleh menimbulkan rasa tidak puas hati. Soal pengundi keliru jika DAP guna lambang Pas tidak wujud kerana mereka kenal calon masing-masing dan tidak beri kesan serius kepada pembangkang," katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk ahli dan bekas pemimpin DAP mendesak ROS mengambil tindakan membatalkan pendaftaran berikutan kedegilan parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selepas berlaku kesilapan ketika pemilihannya tahun lalu. -Sinar Harian


p/s: Yang peliknya, kenapa nak bertanding atas tiket Pas? PKR dah tak ada nilai ke dalam pakatan pembangkang? Atau adakah usaha halus untuk menjauhkan Pas dari perjuangan asalnya? (meskipun sekarang dah terpesong jauh!)

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...