#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 24 March 2013

Keluar Pakatan, Masuk Barisan!


Seramai 72 ahli dan penyokong Pas Taman Tunku Yaakub dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu bertindak keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Borang keahlian untuk menyertai UMNO itu diserahkan oleh wakil kepada 72 orang bekas penyokong kuat Pas kawasan tersebut, iaitu Nazman Baharum.

Salah seorang bekas ahli Pas yang ditemui, Ahmad Man, 47, berkata, mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti itu.

"Selepas 22 tahun menjadi ahli Pas, saya berasa amat kecewa apabila tiada bantuan disalurkan kepada penduduk di kawasan ini sejak Pas mentadbir negeri Kedah.

"Saya juga tidak takut jika kawan- kawan yang menyokong Pas tidak lagi berkawan dengan saya selepas ini," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah di Taman Tunku Yaakub.

Menurutnya, beliau kecewa dengan Pas kerana apa yang mereka janjikan kepada penduduk tidak ditepati.

"Saya yakin hanya dengan UMNO nasib rakyat negeri ini akan terbela," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata, penyertaan 72 penyokong Pas di dalam UMNO itu bukan satu gimik politik yang direka oleh UMNO menjelang PRU ke-13.

"Saya tahu pakatan pembangkang akan kata ini gimik politik, tetapi ini bukan UMNO yang reka, mereka sendiri yang rela hati menyertai UMNO kerana telah hilang keyakinan terhadap pakatan pembangkang. Lima tahun Pas perintah Kedah, penduduk di kawasan ini tidak dapat apa-apa, sebab itu mereka ambil keputusan untuk menyokong UMNO," katanya. -Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...