#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 25 March 2013

Akibat Langgar Bai'ah Pas!


Bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Saidi Hussin (gambar) mendedahkan dia terpaksa bercerai dengan isteri yang dikahwininya selama 22 tahun akibat melanggar bai'ah yang dibuat kepada parti itu.

Saidi, 45, memberitahu talak ke atas isterinya terjatuh apabila dia berpaling tadah meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO kira-kira tiga tahun lalu.

"Semasa hendak masuk Pas dahulu semua ahli kena bai'ah agar tidak jadi pembelot kepada parti seperti lompat parti, memecah rahsia parti dan sebagainya. Antara kandungan bai'ah itu, ialah kalau belot pada perjuangan parti, maka saya dan isteri terjatuh talak dengan talak satu," katanya kepada pemberita.

Sehubungan itu, katanya, dia dan isteri terpaksa bercerai apabila bertindak keluar daripada Pas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Deklarasi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Tolak Pas yang dihadiri kira-kira 200 orang di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tawang.

Menurut Saidi, dia pernah cuba untuk rujuk kembali, namun dihalang oleh ahli keluarga bekas isterinya itu yang merupakan penyokong tegar Pas.

Menceritakan pengalamannya semasa dalam Pas, Saidi memberitahu dia yang berpegang kepada 'Amanat Hadi' turut menganggap orang UMNO sebagai musuh, darah mereka halal dan tidak memakan daging sembelihan mereka.

"Malah bapa saudara meninggal meninggal dunia pun saya tidak pergi ziarah sebab dia orang UMNO," dakwanya.

Bagaimanapun, hatinya telah terbuka untuk meninggalkan Pas setelah mendapati banyak kepincangan berlaku dalam parti itu terutama membabitkan soal akidah, selain mendapat nasihat daripada arwah datuknya.


Selepas diberi mandat dengan begitu lama oleh rakyat, pemimpin Pas seolah-olah merasai diri mereka berada di satu darjat yang paling tinggi dan boleh menguasai perkara di luar batasan pemikiran manusia.

"Misalnya dalam kes khalwat seorang wakil rakyat Pas, saya pernah berjumpa Menteri Besar, Datuk Nik Aziz dan memaklumkan perkara itu kepadanya, tetapi dia mempertahankan wakil rakyat tersebut dengan berkata 'Allah dah ampunkan dosa dia'. Ini antara perkara yang tidak boleh diterima. Nik Abdul Aziz tahu Tuhan telah ampun atau tidak dosa seseorang," ujarnya.

Menurutnya, dia begitu taksub kepada Pas sejak di bangku sekolah lagi. "Sehinggakan buku teks sekolah saya balut dengan poster-poster Pas yang berlambangkan bulan. Tetapi apa boleh buat, saya lebih takut dengan hukum Allah dan tidak akan berkompromi dengan parti yang sanggup menggadai agama demi kepentingan politik," katanya.


Dakwa Saidi, dia pernah diugut akan dibunuh, dicederakan manakala kereta miliknya dirosakkan gara-gara mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam Pas.

1 comment:


  1. Bismillahir Rahmanir Rahmanirahim

    https://keep.line.me/s/e3CDyq3Xh6tfeqo-Q1f-HigFRyCYa00QAvqdfwTEsuI


    Salam dan renungan

    Web: almawaddah.info

    Kepada;

    Para rektor universiti, para akademik dan para mufti yang dihormati.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan

    Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan.

    Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?


    Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

    Terima kasih dan 'afwan.

    Daripada;

    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.







    ....

    ReplyDelete

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...