#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 16 September 2012

PLUS Kenalpasti Kawasan Untuk Tambah R&R


BUKIT GANTANG: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) sedang mengenal pasti lokasi sesuai menambah bilangan kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi memenuhi keperluan pengguna lebuh raya yang semakin meningkat.

Pengarah Urusan dan Ketua Pengawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata, kesemua 24 R&R sedia ada milik PLUS tidak lagi dapat menampung jumlah pengguna lebuh raya terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah.
Beliau berkata ketika ini, bilangan pengguna Lebuh raya PLUS adalah 1.1 juta sehari dan jumlah itu meningkat kepada 1.4 juta pada musim perayaan dan cuti sekolah.

"Pada masa ini kita masih mengkaji lokasi strategik membina R&R yang baru dan kita juga akan menaik taraf R&R sedia ada secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah R&R Berhias dan Kereta Merdeka Terbaik di Hentian Sebelah Bukit Gantang (arah Selatan) di sini, hari ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor sebelum ini, dilaporkan meminta PLUS mengenal pasti kawasan baru sepanjang Lebuh raya Utara-Selatan untuk diwujudkan kawasan R&R bagi menampung penambahan trafik yang menggunakan lebuh raya terbabit.

Noorizah berkata, proses pembinaan R&R bukan sesuatu yang mudah dilaksanakan kerana selain kos yang tinggi, ia turut membabitkan pengambilan tanah.

"Keluasan kawasan yang diperlukan membina sebuah R&R yang selesa ialah kira-kira lapan hektar," katanya.
Beliau berkata, pembinaan sebuah R&R akan melibatkan kos antara RM15 juta dan RM20 juta.

Noorizah berkata, jarak ideal antara sebuah R&R dan R&R yang lain adalah antara 50 kilometer dan 60 kilometer.

"Ketika ini, sebagai contoh dari R&R Rawang ke R&R Tapah jaraknya ialah 110 kilometer," katanya.

Beliau berkata, PLUS komited menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pengguna lebuh raya dan memastikan R&R menjadi tempat paling selesa untuk berehat.

Sementara itu, R&R Bukit Gantang (arah Selatan) Lebuh raya Utara-Selatan muncul juara Pertandingan Kawasan Rehat Berhias Terbaik. - Berita Harian


Tok Kenari: Lebuh raya PLUS yang dibina oleh kepimpinan Barisan Nasional telah memberi kemudahan dan manfaat kepada seluruh rakyat di Semenanjung.. satu usaha yang baik untuk memperbanyakkan kawasan rehat di lebuh raya.. tapi Tok harap pihak PLUS dapat memantau harga makanan yang dijual di gerai-gerai R&R sebab Tok rasa harganya agak mahal... ada sesetengah gerai tu, dah la jual mahal, muka pun ketat je, tak mesra rakyat pun.. ~tol kena bayar, makan pula mahal.. acaner tu..? bukan niat nak menghentam, cuma nak beri teguran demi kebaikan semua..~

No comments:

Post a Comment

Komen dengan berhemah, masing-masing tanggung ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...