#PrayForMH370

#PrayForMH370

Saturday 22 September 2012

Santai : Pakatan Gangnam Style

Bagi mengurangkan stress dalam menunggu kehangatan PRU akan datang, apa kata kita bersantai dengan video gangnam versi Pakatan Style.. semoga terhibur..


Tok Kenari: Serba boleh ye pemimpin pakatan nih.. hahaha...

Monday 17 September 2012

Santai : Ulangtahun Ke-4 16 September



Sempena Ulangtahun ke-4 Pembohongan 16 September oleh Anuwar Ibrahim..

Sempena sambutan 16 September ni, saja-saja Tok nak ajak recap.. kot-kot la ada daripada kita ni lupa.. jangan dok asyik kena kencing ke, hancing tak sudah.. bukan penyokong je kena kencing, abis semua kepala komponen Pakatan Republik pun sama hancing..

Sunday 16 September 2012

PLUS Kenalpasti Kawasan Untuk Tambah R&R


BUKIT GANTANG: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) sedang mengenal pasti lokasi sesuai menambah bilangan kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi memenuhi keperluan pengguna lebuh raya yang semakin meningkat.

Pengarah Urusan dan Ketua Pengawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata, kesemua 24 R&R sedia ada milik PLUS tidak lagi dapat menampung jumlah pengguna lebuh raya terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah.
Beliau berkata ketika ini, bilangan pengguna Lebuh raya PLUS adalah 1.1 juta sehari dan jumlah itu meningkat kepada 1.4 juta pada musim perayaan dan cuti sekolah.

"Pada masa ini kita masih mengkaji lokasi strategik membina R&R yang baru dan kita juga akan menaik taraf R&R sedia ada secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah R&R Berhias dan Kereta Merdeka Terbaik di Hentian Sebelah Bukit Gantang (arah Selatan) di sini, hari ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor sebelum ini, dilaporkan meminta PLUS mengenal pasti kawasan baru sepanjang Lebuh raya Utara-Selatan untuk diwujudkan kawasan R&R bagi menampung penambahan trafik yang menggunakan lebuh raya terbabit.

Noorizah berkata, proses pembinaan R&R bukan sesuatu yang mudah dilaksanakan kerana selain kos yang tinggi, ia turut membabitkan pengambilan tanah.

"Keluasan kawasan yang diperlukan membina sebuah R&R yang selesa ialah kira-kira lapan hektar," katanya.
Beliau berkata, pembinaan sebuah R&R akan melibatkan kos antara RM15 juta dan RM20 juta.

Noorizah berkata, jarak ideal antara sebuah R&R dan R&R yang lain adalah antara 50 kilometer dan 60 kilometer.

"Ketika ini, sebagai contoh dari R&R Rawang ke R&R Tapah jaraknya ialah 110 kilometer," katanya.

Beliau berkata, PLUS komited menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pengguna lebuh raya dan memastikan R&R menjadi tempat paling selesa untuk berehat.

Sementara itu, R&R Bukit Gantang (arah Selatan) Lebuh raya Utara-Selatan muncul juara Pertandingan Kawasan Rehat Berhias Terbaik. - Berita Harian


Tok Kenari: Lebuh raya PLUS yang dibina oleh kepimpinan Barisan Nasional telah memberi kemudahan dan manfaat kepada seluruh rakyat di Semenanjung.. satu usaha yang baik untuk memperbanyakkan kawasan rehat di lebuh raya.. tapi Tok harap pihak PLUS dapat memantau harga makanan yang dijual di gerai-gerai R&R sebab Tok rasa harganya agak mahal... ada sesetengah gerai tu, dah la jual mahal, muka pun ketat je, tak mesra rakyat pun.. ~tol kena bayar, makan pula mahal.. acaner tu..? bukan niat nak menghentam, cuma nak beri teguran demi kebaikan semua..~

Monday 10 September 2012

Guru Tayang Anu, Anak Murid Tayang Pistol



Si Anugerah Anuwar Ibrahim ni pi mana pun pasti akan ada berlaku kekecohan.. bermula dari jelajah naik bas mewah (ntah dari mana sumber dana), pi Kelantan kena baling cat merah, pi Kedah kena baling kasut.. terbaru di Melaka dua hari lepas siap bodyguard (wah, banyak betul duit dia ye) bawak keluar pistol lagi.. baca pendedahan oleh rakan blogger dari Melaka di sini.

Tok Kenari: Tak tau sama ada setiap insiden ini dah dirancang bagi meraih sokongan simpati, atau memang orang ramai dah muak dan menyampah dengan anuwar.. mana-mana dia pi pasti ada kecoh..

Sunday 9 September 2012

Pakatan Nak Hapuskan Agama, Bangsa Dalam Kad Pengenalan & Surat Beranak


Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat baru-baru ini dilaporkan telah membuat ketetapan bahawa ruang bangsa dalam semua dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan sebagainya akan diisi dengan perkatan Malaysia sahaja sekiranya mereka memerintah negara. Alasannya ialah untuk memastikan keutuhan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Menurut laman Suara PR, khabarnya juga, PR turut bercadang akan menghapuskan ruangan agama dan jantina bagi memastikan tiada perbezaan atau diskriminasi ke atas mana-mana pihak.

Kita melihat bahawa rancangan PR ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menepati matlamat akhir perjuangan sebenar mereka iaitu menghapuskan status ‘bumiputera’ serta menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme total. Tindakan PR menerima baik malah menjulang para pejuang murtad dan LGBT seperti Ambiga dan yang seangkatan dengannya, sebagai wira dalam menentang kerajaan, adalah buktinya.

Dengan kad pengenalan baru tersebut, pastinya sukar untuk mengenalpasti pertukaran agama mahupun jantina seseorang. Bayangkan masalah yang bakal timbul jika jenazah seorang mualaf mungkin ditanam di perkuburan bukan Islam akibat tiada siapa dapat membuktikan agamanya. Atau bagaimana jenazah seorang yang menukar jantina akan disembahyangkan apabila segala-galanya menjadi keliru antara kejadian alam semulajadi dengan peraturan ciptaan manusia.

Dan bayangkan juga nasib kaum Melayu tanpa status bumiputera. Bagaimana agaknya peniaga-peniaga kita akan dapat bersaing dengan peniaga-peniaga Cina yang sedia mengawal ekonomi Malaysia? Apakah jaminan mereka tidak akan didiskriminasi oleh peniaga, pengedar dan pembekal dari kaum Cina? Bagaimana dengan anak-anak Melayu kampung yang miskin dapat menyaingi anak-anak bandar dan kaum lain dalam merebut peluang ke menara gading? Bagaimana kita memastikan kaum Melayu yang rata-ratanya dari golongan pekerja dan pegawai kerajaan dapat mengimbangi jumlah penduduk di bandar-bandar besar jika tidak mampu membeli hartanah yang harganya menjulang tinggi?

Ini belum lagi dibincangkan mengenai senario kuasa politik yang sama kuat atau lebih berat di kalangan bukan Islam di dalam kabinet PR. Dengan tekanan dari ‘pejuang hak asasi’ seperti Ambiga dan angkatannya, bagaimana kita memastikan yang pihak yang lemah terbela serta tuntutan Islam terlaksana dalam setiap krisis yang membabitkan Melayu dan Islam?

Begitu banyak persoalan dan permasalahan yang bakal timbul dengan cadangan kad pengenalan baru PR ini. Tetapi, malang dan hairan sekali kerana PAS tidak pula membuat bising atau ‘berjihad’ menentang rancangan ini.

Walaupun terdapat keraguan dan rungutan dari beberapa pihak di dalam PR tetapi tiada tentangan keras, dan akhirnya tenggelam begitu saja.

Sewajarnya perkara ini tidak ditenggelamkan kerana ia bakal memberi impak yang besar kepada negara dan rakyat perlu menelitinya supaya tidak terngadah di kemudian hari. Begitupun, kita pasti, ramai dari kalangan penyokong PR sendiri yang musykil dan kurang percaya dengan laporan ini.

Tetapi, inilah yang disebut oleh pemimpin mereka dan ianya dilaporkan oleh laman web pro mereka. Oleh itu, ia perlu diambil serius oleh setiap seorang dari rakyat Malaysia. Jangan sampai tersilap memberi mandat kepada parti yang bertunjangkan liberalisme dan pluralisme. Jangan sampai kita menangis air mata darah andainya generasi kita yang akan datang menghadapi krisis agama, bangsa dan juga jantina.

Alasan perpaduan yang digunakan oleh PR sebagai asas cadangan kad pengenalan ini tidak boleh dipakai sama sekali. Ini kerana Rakyat Malaysia telah pun bersatu sejak berpuluh tahun lalu. Kalaupun ada cabaran yang menggoyahkan perpaduan dalam negara sebelum ini, ia tidak lain tidak bukan, datangnya dari parti pembangkang juga, seperti DAP pada 13 Mei dan PAS yang pada satu ketika menganggap kaum bukan Islam itu najis malah UMNO juga sebagai kafir.

Rakyat Malaysia kekal bersatu di bawah BN hari ini walaupun pihak pembangkang yang bertopengkan NGO terus berusaha menghancurkannya. Di bawah slogan 1Malaysia, rakyat Malaysia akan terus bersatu tanpa perlu menghapuskan identiti semulajadi di dalam kad pengenalan kita. Penentuan bangsa adalah penting bagi mengenalpasti keturunan, mengenalpasti penyakit dan sebagainya. Kepastian agama juga penting, walaupun ia bersifat spiritual dan bukannya fizikal namun ia wajib bagi menentukan struktur kehidupan dan kematian seseorang.

Jelas, penghapusan ruang agama, bangsa dan jantina dalam kad pengenalan adalah tidak perlu sama sekali kerana ia bukan ramuan kepada perpaduan. Ia hanyalah penyamaran yang digunakan untuk pembangkang bagi melindungi matlamat sebenar iaitu sebagai platform kepada fahaman pluralisme dan liberalisme di negara ini.

Sumber: bn4mangsamaju


Tok Kenari: Macam-macam cara puak PR ni nak buat kacau-bilau.. yang Melayu dalam PR ni tak tau la taruk akal depa kat mana.. kalau nak perjuangkan perpaduan, apa kata kalau kita hapuskan pendidikan berdasarkan kaum dan hanya wujudkan sekolah kebangsaan sahaja? Sepatutnya perpaduan boleh diterapkan menerusi pendidikan sejak dari kecil..

Thursday 6 September 2012

Ni Manifesto Saja, Bukan Janji Pun


Bila nak undi, dok bagi manifesto berdasarkan angan-angan tanpa ukur kemampuan diri.. bila orang tuntut, dok kata tu bukan janji.. kalau macam ni, Tok anggap manifesto PR adalah kencingan semata-mata.. abih sapa yang percaya dan pakat undi PR tahun 2008 semua bau hancing! last-last takdak ayaq kat Selangor nak buat basuh kencing..

Tok Kenari: Lepas ni PAS buat roadshow bawak Aishah untuk nyanyi lagu 'Janji Manismoo'..

Wednesday 5 September 2012

Peniaga Nak Mai Raya, Tak Boleh Ka?


GEORGETOWN - Seramai 20 peniaga kecil Padang Kota Lama berhimpun di hadapan pekarangan Balai Rakyat Jalan Patani di sini, yang menjadi lokasi sambutan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran parti DAP Pulau Pinang.

Wakil peniaga M. Balakrishnan, 54, berkata, perhimpunan itu adalah sebagai tanda protes terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang didakwa gagal membela kebajikan peniaga kecil di Padang Kota Lama.

Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar kecoh apabila exco kerajaan negeri dikatakan enggan bertemu peniaga berkenaan untuk membincangkan masalah mereka.

Tinjauan Bernama pada pukul 9.30 malam, mendapati beberapa buah kereta milik exco kerajaan negeri, mula meninggalkan lokasi walaupun majlis baru bermula pada pukul 8.30 malam.

Para peniaga terbabit kelihatan menahan dan mengetuk cermin kereta dipercayai milik exco kerajaan negeri serta menunjukkan kasut sambil melaung-laungkan kata-kata kesat.


Sepasukan anggota skim rondaan sukarela (SRS) cuba mententeramkan keadaan, namun tidak berjaya dan berikutan kejadian itu terdapat beberapa kereta yang kemek.

Difahamkan majlis rumah terbuka itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman; Exco Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri Abdul Malik Abul Kassim; dan Exco Kerja Raya, Utiliti & Pengangkutan, Lim Hock Seng.

Perhimpunan itu bersurai apabila anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira 40 minit selepas kekecohan berlaku. - Sinar Harian

Tok Kenari: Peniaga dan rakyat nak mai beraya, tak kan tak boleh kot.. sambil-sambil tu nak mengadu masalah sikit.. lepas segala 'jasa' yang kerajaan DAP berikan kepada rakyatnya, tak kan tak nak dapatkan feedback kot.. mana la tau kot boleh dok sepenggal lagi.. hahaha..

Saturday 1 September 2012

Ikrar Rukun Negara : Budak Sekolah Lagi Pandai

Sekadar hiasan

Rasanya semua rakyat Malaysia yang menerima pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan pasti diajar mengenai semangat patriotik, termasuk membaca ikrar rukun negara. Bila nak baca ikrar, kita diajar untuk angkat tangan kanan bagi menunjukkan secara fizikal kita sentiasa sayangkan negara kita.

Kalau ada yang lupa, biasanya ikrar rukun negara kita baca macam di bawah:

"Maka kami, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan"


Tapi kan, ada pulak sorang dalam video kat atas ni yang tok guru dia lupa nak ajar cara nak baca ikrar.. mungkinkah dia tak nak kena 'makan' ikrar prinsip rukun negara ke-2 sebab tak ajak Sultan Selangor join sekali majlis kemerdekaan ni? atau pun dia tak nak ikut langsung semua prinsip rukun negara sebab nak tukar Malaysia menjadi sebuah negara republik? aduyai.. kalau ketua dah macam ni, pengikut tegar dia macam mana la plak...??

Sumber video.

Tok Kenari: Makcik Wan dalam video ni gak yang ok.. siap peluk Jalur Gemilang lagi.. takut bendera tukar jadi Sang Saka-Suka-Suki Republik ke Makcik Wan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...