#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 31 May 2012

Fatwa Masuk Syurga : Tiada Keperluan Tarik Balik



KUALA LUMPUR, 28 Mei 2012 : PAS menyifatkan tiada keperluan untuk parti itu menarik semula  "fatwa"-undi PAS masuk syurga biarpun sejak kebelakangan ini parti itu diminta segera menjelaskan semula isu fatwa tersebut oleh kebanyakan pihak.

Utusan Malaysia versi mingguan  menyiarkan wawancara dengan Ahli Majlis Fatwa Masjidi Haram Sheikh Dr Sulaiman Saloomi yang menegaskan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Malah sebelum ini, isu fatwa PAS ini telah dibangkitkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tahun lalu yang mengatakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa itu sehingga menyebabkan Menteri Besar Kelantan memohon penjelasan.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata parti itu mengambil ketetapan dengan tidak akan melayan isu tersebut sebaliknya mahu memberi fokus kepada persiapan menghadapi PRU13, yang dijangka akan diadakan September ini.

"Saya rasa itu langkah terdesak UMNO yang sudah tidak mempunyai modal dan isu untuk berhadapan dengan PAS. UMNO mainkan semula lagu lama untuk dapatkan simpati rakyat menjelang pilihan raya umum.

"PAS tidak akan menoleh lagi ke belakang untuk layan perkara ini, kita akan tetap dengan perjuangan dan pendirian kita bersama Pakatan Rakyat (PR).

"Kita tidak akan layan perkara macam ini, kita mempunyai agenda dan perancangan yang harus dilakukan segera.

"PAS ada strategi yang harus dilaksanakan, dan semua ini perlu kepada fokus untuk memastikan kejayaan kita," katanya. - Sumber KLPOS


Tok Kenari: Kalau fatwa dari tanah suci Masjidil Haram pun tak boleh pakai, kita nak rujuk mana lagi? Nampak gayanya hanya fatwa dari Serambi Mekah je la yang jadi satu-satunya sumber rujukan.. mudah kan? Apabila agama digunakan untuk politik dan kuasa.. aduhai sahabat seagamaku..

Tuesday 29 May 2012

PR : Siapa Lebih Konsisten?

Tonton dulu video pendek di bawah ni yang dirakam semasa DAP berkempen dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu.


Video ni takde la lama sangat, masa ni pun Pakatan Rakyat dah wujud. DAP sejak dari dulu, sebelum wujudnya pakatan ni pun tetap konsisten menghalang sebarang bentuk usaha mewujudkan negara ISLAM. Karpal Singh sekeras-kerasnya membantah pelaksanaan Hudud sejak dari dulu lagi, kalau nak wujudkan negara Islam, apatah lagi!


Hebatnya kuasa DAP dalam pakatan sehingga mampu merubah prinsip kepimpinan PAS yang pada asal kewujudannya adalah untuk membentuk negara Islam dan menegakkan syiar Islam di Tanah Melayu. Dari nak wujudkan negara Islam, alih-alih pi kalih jadi negara kebajikan. Yang PKR pulak sama-sama sekongkol dengan DAP meskipun kepimpinannya tu berbangsa Melayu dan beragama Islam. Depa akan sokong siapa sahaja asalkan dapat kuasa. Aduyai Melayu ku..


Tok Kenari: Apabila Melayu (majoriti) berpecah-belah, maka kumpulan minoriti akan mendapatkan kuasa bagi memerintah kumpulan majoriti.. kalau (nauzubillah) kita bagi depa menang, agak-agak nanti penyokong Melayu depa ni akan menyesal tak?

Sunday 20 May 2012

Muzakarah PAS-UMNO?

Dalam seminggu-dua ni, kecoh di dada akhbar & tabloid pasal hasrat kepimpinan ulamak PAS hendak bermuzakarah dengan UMNO. Dalam sidang media, Pengerusi PAS menyatakan hasrat utk membuka ruang bermuzakarah dgn semua pihak, tapi ada pulak suara sumbang menyampuk "kecuali UMNO".. niat murni oleh kepimpinan ulama' nampaknya tidak disenangi oleh puak parasit dalam PAS. Sekarang ni, tok guru pula nak kenakan syarat kalau nak bermuzakarah.. aduhai, macam2 la parti ni..


Tok Kenari: kalau awal2 dah kenakan syarat, bukan muzakarah namanya.. berbincang & muzakarah la dulu, kemudian dapatkan kata sepakat.. tolong la fikirkan hal2 perpaduan melayu & agama..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 18 May 2012

Pakatan Rakyat Di Kedah Berpecah?


KUALA LUMPUR: Boleh dikatakan DAP dan PKR akan menghadapi kesukaran pada pilihan raya akan datang di Kedah yang dipimpin PAS kerana kebanyakan sokongan mereka datang daripada bukan Melayu. 

Beberapa isu masih lagi tidak selesai yang menimbulkan rasa kurang senang penduduk bukan Melayu seperti rumah penyembelihan yang dirobohkan, dasar perumahan negeri dan enakmen Mufti dan Fatwa. 

Ketidakpuasan ini boleh dianggap bermula sejak 2009 lagi selepas kerajaan negeri merobohkankan satu-satunya rumah penyembelihan di Alor Setar yang digunakan penternak babi. 

Isu itu begitu panas sehinggakan anggota tunggal DAP di dewan undangan negeri Kedah Lee Guan Aik hampir menarik diri daripada pakatan PAS-PKR-DAP. 

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah berjanji untuk membina rumah penyembelihan baharu tetapi masih belum dilaksanakan kerana mendapat tentangan penduduk kampung sekitar kawasan baharu yang dicadangkan. Ketidakpuasan terhadap dasar perumahan negeri, adalah lebih kepada kuota yang ditetapkan untuk Bumiputera. 

Lebih daripada 90 peratus tanah di Alor Setar diwartakan sebagai tanah simpanan Melayu. di bawah kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Para pemaju yang membina rumah di tanah simpanan Melayu diperlukan memperuntuk 50 peratus daripada rumah itu kepada pembeli Bumiputera. 

Tujuannya ialah untuk mengekalkan hak milik hartanah Melayu di negeri itu. 

Di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS, kuota perumahan Bumiputera dinaikkan kepada 70 peratus, menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan sesetengah pemaju. 

Bukan itu sahaja, kuota Bumpiputera bagi hartanah komersil juga dinaikkan dari 30 peratus kepada 50 peratus. 

Pengerusi Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai menarik perhatian bahawa ramai bukan Melayu telah menyatakan kebimbangan terhadap rang undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) yang diluluskan pada 17 April untuk menggantikan enakmen Mufti and Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10). 

"Undang-undang baharu ini tidak menunjukkan demokrasi dalam pakatan pembangkang memandangkan ia menghalang fatwa yang dikeluarkan seseorang mufti atau jawatankuasa fatwa sama ada digubal atau tidak, untuk dicabar, dirayu dikaji semula atau dipersoal di mana-mana mahkamah sivil atau syariah," katanya. Bukan Islam bimbang yang Kedah menuju ke arah 'sebuah negeri Islam' kerana negeri itu telah pun cuba melaksanakan beberapa perintah menggunakan Kelantan sebagai model, katanya. 

Perkembangan ini antara lain telah menyebabkan DAP dan PKR negeri dikatakan menjadi serba salah. 

Peletakan jawatan anggota dewan undangan negeri PKR Tan Wei Shu pada April 2010 yang mendakwa beberapa pemimpin dalam parti menggunakan beliau untuk kepentingan peribadi, juga tidak membantu. 

Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew berkata hampir 70 peratus daripada penduduk negeri itu ialah Melayu dan oleh itu dengan PAS menguasai negeri, ia bermakna mereka berkuasa untuk memperbanyak dasar-dasar Islam. 

"Pengalaman lalu juga menunjukkan tiada apa yang boleh dilakukan oleh ahli politik DAP dan PKR, sedangkan perasaan tidak puas hati ini semakin memuncak. "DAP tidak mempunyai banyak penyokong dan tidak boleh terlalu mendesak dengan pendapatnya. Apabila kerajaan negeri mahu membawa negeri itu menuju ke jalan Islam, tiada apa yang boleh dilakukan DAP atau PKR ," katanya semasa dihubungi Bernama. 

Komen terbaru para pemimpin PAS mengenai undang-undang Hudud dan agenda negeri Islam telah menghangatkan lagi perdebatan antara mereka dengan para pemimpin DAP, terutama pengerusinya Karpal Singh, dan dilihat menambah risiko politik yang serius yang perlu ditangani pakatan pembangkang. 

Memburukkan lagi keadaan ialah para pemimpin PAS dilaporkan berkata mereka malahan sanggup mengadakan pakatan dengan parti lain yang menyokong sebuah negeri Islam jika PKR dan DAP enggan berbuat demikian.  -sumber: MyMassa


Tok Kenari : Baguih la kalau orang PAS dah mula sedar.. pakatan bersama DAP nampaknya tidak menguntungkan PAS dalam menegakkan negara Islam.. tapi jangan lupa, PAS bukan agama tau..

Wednesday 16 May 2012

DAP Tidak Sesuai Untuk Orang Melayu


KUALA LUMPUR: DAP tidak sesuai untuk orang Melayu kerana parti itu bersikap pilih kasih dengan mengutamakan kepentingan satu kaum, selain tidak mengiktiraf sumbangan pemimpin Melayu. 

Malah, bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mendakwa parti itu juga tidak memberi peluang kepada pemimpin Melayu untuk menyatakan hak dan pendapat mereka.
Bekas Setiausaha Organisasi DAP bahagian Jelutong juga berkata mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan atau menentang akan dicantas oleh pemimpin tertinggi parti.
“Apa yang diputuskan oleh parti, kita terpaksa setuju walaupun tidak bersependapat dengannya. Pemimpin Melayu tidak diberi peluang untuk menyatakan hak,” katanya ketika mengulas keputusan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang keluar dari parti itu, kelmarin, berikutan tiada persefahaman dengan kepimpinan tertinggi parti terbabit. 

Mohamed Razali dipecat daripada DAP pada 6 Julai tahun lalu selepas pendedahannya mengenai penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang pada Mei 2011. 

Berikutan itu, Mohamed Razali menyifatkan keputusan Tunku Abdul Aziz keluar DAP bukan sesuatu yang mengejutkannya, malah ia sudah dijangka lebih awal. 

Beliau berharap keputusan Tunku Abdul Aziz itu akan menyedarkan lebih ramai pemimpin dan ahli Melayu dalam DAP mengenai perjuangan parti yang didominasi kaum Cina itu. 
“Saya percaya, mereka akan sedar bahawa DAP bukan parti yang demokrasi untuk semua kaum, sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan satu kaum saja,” katanya yang mengakui membuat kesilapan ketika menyertai parti itu. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan meminta Tunku Abdul Aziz supaya mempertimbangkan semula keputusannya keluar parti. 

“Perjuangan masih banyak belum selesai. Walaupun DAP seolah-olah nampak hanya mengutamakan satu kaum, pada hakikatnya ia adil,” katanya yang pernah digantung keahlian selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan, Jalur Gemilang perlu ditukar, September tahun lalu. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu, Zulkifli Mohd Noor yang kini berada di luar negara akan membuat kenyataannya selepas pulang.  - sumber: Berita Harian 16 Mei

Tok Kenari: Nasib Melayu di Pulau Pinang pun tak menentu, macam mana pulak nak jaga Melayu dalam parti? Tok tak paham la apa yang ada dalam kepala Melayu yang join masuk DAP...

Tuesday 15 May 2012

BERSIH 3.0 : The Police Story




Media baru pembangkang memainkan isu tindakan PDRM semasa mengawal keselamatan bagi Perhimpunan BERSIH 3.0. Cerita-cerita daripada peserta perhimpunan lebih memberikan imej buruk kepada PDRM yang mempertahankan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April yang lalu. Tindakan provokasi oleh peserta perhimpunan yang diterima dengan rasa penuh sabar oleh PDRM, tapi apabila mereka merempuh sekatan oleh pihak yang enggan bertanggungjawab, maka tindak balas oleh PDRM pula disalahkan oleh orang ramai.


Dalam insiden serangan ke atas kereta polis, ada saksi di tempat kejadian dari pihak 'mereka' yang menerangkan bagaimana serangan dimulakan oleh peserta yg 'naik sheikh'.


Ada pula penerangan oleh pihak polis sendiri yang terlibat dalam kawalan keselamatan semasa peristiwa 28 April yang diperoleh daripada blog Rainbow Of Truth
"Pada Pandangan Awal Masyarakat Awam Banyak Menggelar Kami Ini Dengan Panggilan Yang Kurang Sedap Didengar Walhal Kami Hanya Menjalankan Tugas Kami.Perspektif Atau Tanggapan Masyarakat Melihat Cara Kami Berpakaian Dan Bertugas Pasti Ramai Yang Mencemuh.

"Bertugas Sempena Perhimpunan Aman Bersih 3.0 Banyak Cabaran Dan Dugaan Yang Masyarakat Tidak Tahu Yang Kami Bersengkang Mata Siang Dan Malam Berkawal 24 Jam Supaya Ketenteraman Awam Dapat Dipelihara Dan Bebas Dari Sebarang Anasir-Anasir Luar Yang Negatif Dan Mampu Memberi Ancaman Buruk Pada Negara.

"Oleh Itu Ramai Anggota Telah Dipanggil Dari Serata Tempat Hanya Untuk Perhimpunan Ini Misalnya Anggota Polis Dari Cawangan Trafik Dari Kedah Anggota Polis Anti Rusuhan (Fru) Dari Perak Dan Terengganu.Ramai-Ramai Berkumpul Semata-Mata Untuk Perhimpunan Ini Iaitu Perhimpunan Bersih 3.0.
Perhimpunan Yang Pada Awalnya Aman Dengan Sorakkan Dari Pihak Penganjur Dan Orang Yang Menyokongnya Menjadi Hura-Hara Dan Kelam Kabut Serta Bertukar Ganas Sehingga Menggugat Keamanan Dan Kesejahteraan Orang Awam Yang Lain.Kekecohan Berlaku Apabila Ada Segelintir Yang Ingin Menunjukkan Diri Mereka Hebat.

"Sehingga Merempuh Penghadang Yang Dibina Oleh Pihak Polis.Apabila Diminta Bersurai Oleh Pihak Polis Mereka Tidak Mengendahkan Malah Bertindak Agresif Dan Melampaui Batas Sehingga Memaksa Pihak Polis Mengambil Tindakkan Yang Minimum.Tindakan Pertama Dari Anggota Polis Balai Sebagai Lsf (Light Strike Force)

"Apabila Keadaan Tidak Terkawal Maka Pihak Polis Yang Lain Yang Lebih Dikenali Pasukan Polis Simpanan Persekutuan Atau (Fru) Mengambil Tindakan Yang Drastik Iaitu Dengan Tembakan Gas Pemedih Mata Dan Balingan Bom Asap Pemedih Mata.Tiada Tindakan Yang Berat Diambil Seperti Pukul Memukul Oleh FRU.

"Apabila Tindakan Yang Diambil Oleh Fru Selesai Barulah Unit Tangkapan Melakukan Kerja Menangkap Orang Yang Merusuh Dan Membuat Huru Hara.

"Dalam Kekecohan Itu Juga Berlaku Insiden Yang Tidak Diingini Iaitu Ada Beberapa Anggota Pois Yang Cedera Dipukul Oleh Orang Yang Merusuh.

"Tidak Cukup Dengan Itu Kenderaan Pihak Polis Juga Menjadi Bahan Untuk Melepaskan Geram Sehingga Remuk Dan Rosak.

"Keadaan Anggota Yang Dipukul Ada Yang Parah Dan Ada Yang Cedera Tahap Sederhana.

"Kekecohan Yang Berlaku Turut Merosakkan Harta Benda Awam Dan Mengakibatkan Kerugian Kepada Kerajaan Dan Peniaga.

"Kerugian Yang Dianggarkan Ratusan Ribu Ringgit Mungkin Juga Jutaan Ringgit Dan Pada Siapa Harus Dituntut Ganti Rugi Itu.Dengan Kecederaan Anggota Polis Yang Dimasukkan Ke Hospital.

"Cuba Anda Fikir Dengan Akal Fikiran Yang Waras Dan Rasional Pada Siapa Harus Kita Persalahkan.

"Cuba Kita Amati Dan Lihat Secara Terbuka Dimana Pihak Penganjur Semasa Rusuhan Itu Terjadi.

"Dan Kita Lihat Bangsa Mana Yang Lebih Ramai Datang Untuk Menjayakan Perhimpunan Bersih Ini Sehingga Bertukar Menjadi Perhimpunan Yang Dicemari Dengan Insiden Yang Tidak Diingini Dan Ganas.

"Kami Pihak Polis Hanya Menjalankan Tugas Yang Diberikan Dan Melakukan Apa Yang Terdaya Dan Yang Telah Diamanahkan Dan Kami Pihak Polis Menyeru Kepada Masyarakat Supaya Tanamkan Mentaliti Anda Tidak Menyalahkan Pihak Polis Dan Memberikan Pihak Polis Ruang Dan Masa Untuk Menyiasat Dengan Telus Tanpa Tekanan Oleh Mana Mana Pihak Yang Berkaitan Dan Mendakwa Pesalah Yang Merusuh Pada Perhimpunan Bersih 3.0

"Akhir Kata Dari Saya Renung Renungkanlah Dan Pada Pihak Polis Diraja Malaysia Jalankan Tugas Anda Dengan Tegas,Adil Dan Berhemah."


Ini pula luahan oleh bekas pasukan keselamatan 'home guard' yang kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang menganggap polis sebagai musuh. (sumber MyMassa)
Seorang bekas anggota sukarela "home guard" atau pengawal kampung semasa zaman penjajahan British pada 1956, meminta pihak-pihak tertentu agar jangan merosakkan keamanan negara yang telah terbina sejak sekian lama. 

Lau Kau, 72, yang pernah menjadi anggota pasukan pada tahun berkenaan di Kampung Layang-Layang, Johor berkata kesengsaraan rakyat ketika itu tidak boleh dibayangkan akibat kekejaman komunis. 

"Zaman itu rakyat semua takutkan komunis. Rakyat hidup susah. Kami ketika itu sudah pandai pegang senjata walaupun umur masih muda. 

"Sekarang negara kita sangat aman. Kenapa mahu rosakkan negara ini? Kenapa mahu buat kacau berhimpun macam di Kuala Lumpur? Ini tidak baik kepada negara kita dan generasi muda," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 

Lau dipercayai satu-satunya anggota berbangsa Cina di Kelantan menerima sagu hati khas kerajaan berjumlah RM3,000 kepada bekas polis yang berkhidmat semasa zaman darurat, baru-baru ini. 

Lau menyertai anggota "home guard" ketika berusia 16 tahun yang ketika itu bertugas untuk mengawal keamanan kampung baru daripada ancaman komunis oleh kerajaan British pada masa itu. 

"Tidak semua orang Cina menyokong komunis seperti saya dengan ramai lagi orang muda yang sebangsa saya menyertai home guard. 

"Gaji kecil tetapi kami berbangga jaga kampung daripada ancaman komunis dan pernah berperang dengan komunis yang cuba masuk ke kawasan kami," katanya. 

Selepas tamat menyertai pasukan itu kira-kira enam tahun kemudian, Lau kemudiannya bekerja di beberapa tempat sehingga yang terakhir sebagai penebang balak di negeri ini. 

Ketika meniti usia emas dan mengharapkan keamanan negara berkekalan, Lau kecewa dengan langkah pihak tertentu yang mengadakan perhimpunan di ibu negara baru-baru ini sehingga menyebabkan kerosakan harta benda awam dan kecederaan kepada petugas media dan anggota polis. 

"Saya sedih bila lihat polis yang tugasnya jaga keamanan kena pukul oleh perusuh. Kena ingat sama dia, kalau tidak ada polis bagaimana negara boleh aman macam ini. 

"Kenapa sekarang orang tergamak pukul anggota polis. Mahukah kita negara jadi tidak aman? Tolonglah jaga negara kita," katanya. 

Lau berkata rakyat Malaysia terutama generasi muda mesti mempelajari sejarah silam negara dan mempelajari tentang bagaimana sukarnya pejuang terdahulu menuntut kemerdekaan negara. 

Mengulas pemberian sagu hati khas itu, beliau berkata ia membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap bekas anggota pengawal kampung yang berkhidmat pada zaman darurat itu. 

"Saya sangat gembira kerana kerajaan ingat jasa orang macam kami. Kerajaan yang ada sangat bertimbang rasa," katanya. 

Lau turut berharap bekas anggota pasukan itu dapat diberikan pencen bulanan oleh kerajaan walaupun dengan jumlah yang kecil. 

Tok Kenari: Banyak jasa polis kepada negara kita dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara kita.. tambahan, tahap kecekapan dan kredibiliti polis kita pada masa ini yang baik dengan kadar jenayah indeks dan penyelesaian kes jenayah yang cemerlang.. Tok bersyukur sangat dengan keamanan yang dikecapi sekarang ini.. terima kasih PDRM!

Sunday 13 May 2012

Santai : Durian Runtuh



Sumber : MyMassa


Tok Kenari: Terima kasih kepada PM kerana memberi durian runtuh kepada peneroka-peneroka kita di Felda.. syukur la dengan nikmat yang Allah berikan. semoga negara kita terus aman dan makmur di bawah pemerintahan pemimpin sekarang..

Saturday 12 May 2012

Tribunal Perang KL : Bush & Sekutu Bersalah


KUALA LUMPUR: Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) hari ini mendapati bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan tujuh sekutu beliau bersalah bagi tuduhan "melakukan jenayah penderaan dan jenayah perang". 

Ketujuh-tujuh mereka ialah Dick Cheney, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat; Donald Rumsfeld, bekas Setiausaha Pertahanan; Alberto Gonzales yang pernah menjadi penasihat kepada Presiden Bush; David Addington, dahulunya ketua penasihat kepada naib presiden; William Haynes, bekas Ketua Penasihat kepada Setiausaha Pertahanan; Jay Bybee, bekas Penolong Peguam Negara; dan John Yoo, bekas Timbalan Penolong Peguam Negara.
Dengan sebulat suara, bekas Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin Mohd Yunus, yang mengetuai kuorum tribunal memutuskan bahawa pihak pendakwaan sudah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
"Dengan ini kami mendapati tertuduh bersalah di atas pertuduhan," kata Lamin. 

Empat hakim lain dalam panel itu ialah Tunku Sofiah Jewa, Alfred Lambremont Webre, Prof Salleh Buang dan Mohd Saari Yusuf. 

Panel membuat keputusan selepas mendengar keterangan daripada lima saksi pendakwaan dan hujah pihak pendakwaan dan pihak pembelaan. 

Perbicaraan berlangsung empat hari bermula 7 Mei dengan mendengar keterangan daripada tiga saksi manakala dua saksi memberi keterangan secara akuan bersumpah. 
Prof Gurdial Singh Nijar mengetuai pasukan pendakwaan manakala Jason Kay Kit Leon yang dilantik selaku 'amicus curae' (rakan mahkamah) bagi mewakili pihak tertuduh. 

Kelapan-lapan tertuduh didakwa melakukan jenayah penderaan dan bahawa mereka dengan sengaja mengambil bahagian dalam merangka dan mengeluarkan perintah dan arahan eksekutif dengan membelakangkan konvensyen dan undang-undang antarabangsa iaitu Konvensyen Terhadap Penderaan 1984, Konvensyen Geneva 1949, Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia dan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, berhubung perang yang dilancarkan Amerika Syarikat dan yang lainnya ke atas Afghanistan pada 2001 dan Iraq pada Mac 2003. 

Selain daripada itu dan/atau berdasarkan serta lanjutan daripada situ, tertuduh memberi kuasa, membiarkan perlakuan penyeksaan dan kejam, layanan buruk dan tidak berperikemanusiaan terhadap mangsa dengan mencabuli undang-undang dan perjanjian antarabangsa dan konvensyen berkenaan. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian

Tok Kenari: Kononnya depa polis dunia, kebal daripada undang-undang? hamek kau!!

Friday 11 May 2012

Nasib Madrasah Salihiah


Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah telah membuat sidang media dan laporan polis di IPD Kota Setar yang turut dihadiri empat orang waris tanah wakaf tersebut, pengerusi Pekida Kota Setar dan AJK madrasah tersebut.


Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah, Mansor Ahmad, memaklumkan telah membuat tiga laporan polis berikutan kenyataan Menteri Besar Kedah yang berkeras hendak merobohkan Madrasah Salihiah walaupun masih ada injunksi di mahkamah. Waris-waris yang terlibat akan mempertahankan madrasah tersebut dan menuntut agar surau baru tidak diwujudkan dalam bangunan Aman Sentral yang turut menempatkan pusat hiburan, dan tidak mustahil juga tempat menjual arak dan daging babi. Sebaiknya, surau baru perlu dibina berasingan atau terpisah dengan bangunan Aman Sentral yang akan dibina.


Sinar Harian baru-baru ini telah melaporkan keputusan Menteri Besar Kedah untuk merobohkan madrasah ini serta tindakan pihak yang mempertahankan madrasah ini seperti berikut:
ALOR SETAR - Madrasah Salihiah, Kanchut di sini, yang dipertahankan waris-waris pemilik asal tapak madrasah itu, akan dirobohkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan pembinaan kompleks perniagaan Aman Central bernilai RM500 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak perobohan madrasah itu akan terus dilakukan kerana warisnya hanya memfailkan injunksi yang mempertikai penjualan tanah wakaf tersebut.

"Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah wakaf telah menerima pampasan lebih RM1.4 juta. Kita akan teruskan rancangan merobohkan madrasah ini walaupun warisnya memfailkan semula injunksi.

"Sebuah surau yang memuatkan hampir 400 orang akan dibina sebagai ganti di samping tapak baru masih dicari bagi membina semula madrasah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Peguam Jesvinder Jit Singh memfailkan semula injunksi bagi pihak plaintif iaitu Jamludin Murad, 58, Fadzil Ishak, 61, Fidel Firaidi Mustafa, 49, dan Fidel Firaidid Mustafa, 49, di Mahkamah Tinggi Ahad lepas sebagai usaha menghalang madrasah itu dirobohkan kerajaan negeri.

MAIK, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri Kedah, masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam writ saman itu.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa pindah milik tapak madrasah berkenaan (kepada pihak pemaju) dibuat secara tidak sah di bawah Kanun Tanah Negara dan menuntut balik supaya tanah itu dikembalikan kepada MAIK. 

Azizan berkata kerajaan negeri tidak akan melayan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mendakwa pelaksanaan projek Aman Central dan Amansuri Residences bernilai RM100 juta di tanah milik Bina Darulaman Berhad tidak dilakukan secara tender terbuka.

Kedua-dua projek itu dilaksanakan oleh syarikat Kumpulan Belleview.    

"Setakat ini sembilan batang piling telah selesai ditanam. Projek ini akan berjalan mengikut perancangan dan saya harap selepas ini tiada lagi gangguan," katanya. -- Bernama
sumber : Sinar Harian 9 Mei

ALOR SETAR - Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) di sini membuat tiga laporan polis berhubung dengan kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mahu meneruskan usaha merobohkan madrasah itu sedangkan permohonan injunksi bagi menghalang perobohan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar.
Pengerusinya Mansor Ahmad berkata kenyataan Azizan itu seolah-olah satu ugutan kerana beliau telah membelakangkan tindakan mahkamah.
"Saya amat kecewa dengan tindakan Azizan kerana kenyataannya itu bersifat provokasi. Walaupun beliau Menteri Besar, tetapi beliau juga terikat dengan undang-undang dan tidak dikecualikan tindakan undang-undang," katanya kepada
pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini hari ini.
Beliau berkata apabila permohonan injunksi difailkan di mahkamah dan serahan telah dibuat kepada pihak defendan, maka sehingga kes itu diputuskan oleh mahkamah bermakna injunksi telah berlaku.
"Jadi tidak ada sebarang tindakan boleh diambil sama ada untuk merobohkan bangunan madrasah atau meminta plaintif mengosongkan tanah wakaf yang diduduki,” katanya.
Sementara itu,  Fidel Firaidi Mustafa yang turut membuat laporan polis berkata sebagai waris, dia mahu pertahankan madrasah itu kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar telah mengelirukan rakyat.
"Ada orang tanya saya kenapa nak gaduh tentang perkara ini. Saya jelaskan kami bukannya nak gaduh tetapi kami tidak mahu madrasah itu dirobohkan dan dibuat dalam bangunan kerana susah untuk ahli kariah membuat majlis keagamaan di situ kelak," katanya.
Beliau berkata sehingga sekarang jawatankuasa madrasah tidak pernah dipanggil untuk melihat pelan yang mereka (kerajaan negeri) buat berhubung dengan pembinaan surau baru.
"Saya harap rakyat Kedah memberi sokongan terhadap kami kerana kami bukan mahukan duit berjuta-juta tetapi kami cuma nak pertahankan madrasah itu supaya tidak diroboh.

"Tetapi kami akan akur dengan arahan mahkamah sekiranya madrasah itu perlu dirobohkan dan saya juga berharap agar kerajaan negeri juga mematuhi arahan mahkamah jika keputusannya nanti berpihak kepada kami," katanya

Rabu lepas, Azizan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri berkata perobohan madrasah itu akan terus dilakukan kerana warisnya hanya memfailkan injunksi yang mempertikai penjualan tanah wakaf berkenaan.

Beliau berkata Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah wakaf telah menerima pampasan lebih RM1.4 juta, jadi pihaknya (kerajaan negeri) akan meneruskan rancangan merobohkan madrasah itu walaupun warisnya memfailkan semula injunksi.
Sumber : Sinar Harian 11 Mei

Tok Kenari: Tok berharap isu ini akan dapat diselesaikan dengan segera menerusi undang-undang dan mahkamah.. pihak yang berkenaan diharap dapat menerima dan menghormati keputusan mahkamah dalam hal ini.. 

Thursday 3 May 2012

Video Pilihan : Penggunaan Kalimah Allah & Kesucian Islam

Penerangan yang jelas dan adil oleh penceramah bebas, Ust. Kazim Ellias mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Tengok sendiri video dan hayati kandungannya.




Tok Kenari: Banyak perkara yang dikatakan menyentuh mengenai isu-isu yang berlaku pada masa ini yang melibatkan kesuciaan agama Islam.. semoga ceramah ini dapat memberi penerangan yang jelas dan mencelikkan mata sahabat-sahabat muslim kita yang begitu taksub dengan dunia politik..

Wednesday 2 May 2012

Video Minggu Ini : Rasis & Biadap?

Video minggu ini yang ingin dikongsikan bersama.




Tok Kenari: Kelakar betul bila perempuan biadap ni terkedu dengan jawapan simple oleh journalist asing tersebut.. haa, jangan rasa diri hebat sangat sampai memperkecilkan orang lain.. tengok video ni banyak kali pun rasa tak jemu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...