#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 24 February 2014

Elak Dari Terlibat Dengan Golongan Anti Hadis

Mohamad Shukri Mohamad

KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad memberi amaran tegas kepada seluruh umat Islam supaya tidak mengamalkan ajaran, pegangan atau fahaman dalam buku atau risalah bersifat anti hadis.

Menurutnya, kemunculan semula 'Golongan Anti Hadis' dapat dilihat apabila umat Islam berada dalam keadaan lemah, akibat perpecahan sesama sendiri sehingga golongan itu muncul di tengah-tengah umat Islam yang terpukau dengan konspirasi menghina Islam dalam pelbagai bentuk.

Sunday 23 February 2014

Tahfiz Amal : JKM Akan Ambil Anak Yatim


ALOR SETAR - Hak penjagaan beberapa pelajar Pusat Tahfiz Amal (PTA) dekat Jalan Yan - Kuala Kedah yang dikenalpasti sebagai anak yatim, akan diambil alih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengelakkan mereka dieksploitasi.

Timbalan Pengarah 1 JKM Kedah, Ahmad Rashid berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan hak penjagaan itu secepat mungkin kerana PTA dipercayai melakukan kesalahan dengan mengeksploitasi kanak-kanak untuk tujuan perniagaan.

Wednesday 19 February 2014

Hati-Hati Dengan Golongan Anti Hadis

Dr Zaharuddin Abd Rahman

Kerajaan Malaysia dan ahli politik mesti mengecam ajaran sesat yang menolak keperluan kepada hadis, menolak kesahihan hadis sekaligus menolak baginda nabi Muhammad SAW sebagai pentafsir ayat-ayat mujmal dan ringkas dalam al-Quran.

Tuesday 18 February 2014

Berdaftar Dengan SABK Lebih Mendatangkan Manfaat


Tindakan kerajaan negeri mendaftarkan Maktab Mahmud sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah untuk manfaat pelajar dan guru, dan yakin perubahan itu akan meningkatkan kredibiliti kerajaan negeri, bukan sebaliknya.

Monday 17 February 2014

Demi Kajang Yang Dikejar, Seluruh DUN Bakal Tergadai?


Kedudukan Kerajaan Negeri Selangor bakal berubah apabila pada masa yang sesuai MB Khalid akan mengadap Sultan Selangor untuk memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor. Ianya berkaitan keresahan rakyat Selangor dengan politiking yang keterlaluan dan tindakan bodoh pembangkang yang mengosongkan DUN Kajang tanpa sebab.

Jika DYMM Sultan Selangor memperkenan pembubaran DUN Selangor, maka Pilihanraya Negeri khas untuk Selangor bakal diadakan.

Keresahan dan kemarahan rakyat Selangor menjadi semakin membara kerana DUN Kajang tidak ada kematian, tidak ada masalah Mahkamah tetapi dikosongkan dengan sengaja tanpa sebab.

Negeri Selangor yang makmur kini ditimpa pelbagai musibah antaranya kebakaran besar semalam, Sampah di Kajang tidak mampu diurus, bekalan air di beberapa kawasan sudah hampir dua minggu tiada air, malah pasukan bolasepak yang dibiayai dengan wang yang banyak juga kalah besar baru-baru ini kepada JDT.

Beberapa NGO dan ahli-ahli akademik, profesional dan individu di Shah Alam dan Klang akan merafak sembah untuk bertemu DYMM Sultan Selangor dalam masa terdekat. Sama ada DYMM Sultan Selangor menitah pembubaran atau MB Khalid mengadap memohon pembubaran ianya akan terjawab dalam pertemuan tersebut.

Sumber : MyMassa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...