#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 29 November 2012

Tindakan Segera Elak Pluralisme Agama Menular


Kalangan pemikir Islam melahirkan kebimbangan terhadap penularan konsep pluralisme agama di negara ini yang merurut mereka sekiranya dibiarkan berleluasa boleh merosakkan akidah umat Islam, terutama di kalangan generasi muda.

Justeru, mereka berharap semua umat Islam tanpa mengira profesion serta kedudukan dalam masyarakat memainkan peranan bersama-sama pihak berkuasa agama Islam negeri memerangi fahaman itu supaya kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara akan terus terpelihara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bekas mufti Kedah, Datuk Syeikh Hassbullah Abd Halim yang melahirkan kerisauan itu, berkata fahaman pluralisme agama itu menganggap semua agama itu sama nilaiannya di sisi tuhan.

Tuesday 27 November 2012

Monday 26 November 2012

Rumah Di Tengah Jalan Raya Di China & Kisah Penduduk Kampung Buah Pala



Di China memang ada banyak cerita-cerita yang menarik dan kadang-kala di luar batas akal pemikiran kita. Cerita kali ini adalah tentang pemilik rumah yang bernama Luo Baogen dan rumahnya yang terletak di tengah-tengah jalan raya. Alkisahnya kawasan perumahan Luo Baogen hendak dimusnahkan untuk tujuan membina jalan raya. Semua penduduk di situ telah berpindah tetapi hanya Luo Baogen sahaja yang enggan kerana wang pampasan yang kerajaan ingin berikan itu dirasakan terlalu sedikit dan tidak mencukupi. Akibatnya jalan raya tersebut tetap dibina dan tinggallah rumah Luo Baogen di tengah-tengah jalan raya itu. Sila la tengok macam mana keadaan rumah beliau di tengah-tengah jalan raya itu. Kisah selanjutnya di Cisdel.com




Saturday 24 November 2012

Santai Pagi : Teruskan Memboikot Produk Israel


Kepimpinan Tun Mahathir dahulu yang konsisten menentang kekejaman Israel dan Yahudi.. tapi pemimpin pembangkang sanggup menggadaikan maruah Islamnya demi mendapat sokongan dari pihak luar..


Walaupun gencatan senjata telah dipersetujui untuk entah ke berapa kali, namun teruskan usaha kita memboikot produk Israel, meskipun kita hanya termampu setakat memboikot satu produk sahaja.. sekurang-kurangnya ada juga tindakan kita membantu saudara kita di Palestin.. insyaAllah..

Wednesday 21 November 2012

Santai Pagi : Siapa Sesat?


Bak kata pepatah Tok sendiri; Taik hidung sendiri yang terjuntai tak nampak, dok tunjuk taik hidung orang lain.. fikir-fikirkanlah..

Kredit to MyMassa

Sunday 18 November 2012

Mendoakan Kehancuran Musuh Politik, Bukan Kehancuran Musuh Islam


KOTA BHARU: Ketika umat Islam di seluruh dunia mengutuk kekejaman rejim Israel dan mendoakan keamanan serta keselamatan rakyat Palestin, PAS mengadakan solat hajat dan berdoa supaya UMNO dihancurkan.

Solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam kelmarin diimamkan adik Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pembangkang berkenaan. 

Antara kandungan doa yang dipimpin oleh Nik Razi ialah meminta UMNO dan Barisan Nasional (BN) dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati. 

Doa juga memohon supaya pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, tindakan itu dikritik pelbagai pihak yang disifatkan tidak wajar, termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mereka berpendapat ia jelas bertentangan dengan nilai murni dan ajaran Islam.

Harussani berkata, perbuatan memohon doa keburukan kepada orang Islam lain ditegah oleh agama. Beliau berkata, umat Islam sepatutnya berdoa supaya dihapuskan musuh agama dan bukan meminta supaya dihancurkan sesama Islam.

Perbuatan itu tidak bagus kerana ahli UMNO adalah Islam. Sepatutnya kita mendoakan yang baik untuk sesama Islam, katanya.

Dr Mohd Asri pula berkata, umat Islam sepatutnya berdoa supaya menghancurkan orang yang zalim tanpa mengira parti.


Janganlah berdoa menghancurkan UMNO kerana mereka juga umat Islam. Mungkin mereka ada kesilapan tetapi ahli PAS juga ada melakukan kesilapan, katanya.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad berkata berdoa untuk menjahanamkan sesama Islam tidak dibenarkan.

Kita semua ada kekurangan masing-masing tetapi tindakan PAS itu agak keterlaluan. Parti itu sering melaungkan perpaduan ummah tetapi pada masa sama mereka yang sebenarnya menghancurkannya, katanya. -BeritaHarian


Tok Kenari: Dah makin teruk ketaksuban depa nih! Apa la sangat nasib saudara kita di Palestin berbanding nasib PAS di Malaysia yang dok kemaruk kuasa politik, sehinggakan sanggup mendoakan kehancuran musuh politik yang melafazkan tauhid dan syahadah yang sama.. dah nampak dah yang mana 'parti syaitan yang dikenali' sehingga sanggup bersekongkol dengan pemimpin yang menyokong yahudi.. setahu Tok, penganut Syiah je yang sanggup mendoakan kehancuran sesama orang Islam..

Apa-apa pun, marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan Gaza dan kehancuran kuasa serta kekejaman Israel di Palestin..

Saturday 17 November 2012

Santai Pagi : PAS Baru Nampak Berani

Setelah beberapa hari selepas Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan 'panas' bagi menarik undi pengundi bukan Islam, akhirnya baru ada keberanian sikit dalam PAS bagi menegur anak ketua pembangkang.. tu pun teguran dari dewan pemuda, bukannya dari kepimpinan tinggi PAS sendiri.. boleh la tu.. 

sumber : MyMassa

Muktamar : Ketua Pemuda Dibidas, PAS Kedah Dikritik!


KOTA BHARU 15 Nov. - Pemuda Pas Johor mengkritik ucapan dasar Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang disifatkannya sebagai ucapan tidak membina tanpa memberi sebarang idea baru seperti mana yang diharapkan golongan muda.

Selain itu perwakilan berkenaan turut membidas Nasruddin kerana tidak berani mengkritik kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang seolah-olah pemimpin negeri itu maksum.

Perwakilan Pemuda Pas Johor, Mohd. Faizul Mohd. Salleh berkata, ucapan Nasruddin hanya mengimbau kembali sejarah silam perjuangan parti itu dan tahap ekonomi negara.

Beliau berkata, Pemuda sewajarnya memainkan peranan mereka sebagai ejen pendesak dan berani menegur pemimpin pembangkang terutama di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

Selain itu, Kerajaan Pas Kedah dikritik kerana masih gagal menjaga kebajikan golongan wanita di negeri itu serta mengiktiraf mereka yang banyak berjasa meskipun telah memerintah selama empat tahun.

Perwakilan Kedah, Sarina Ismail berkata, Kerajaan Pas Kedah sepatutnya membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk mencari sumber pendapatan sendiri selain membelanjakan hasil negeri terutama dalam industri balak kepada golongan itu bukannya sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan setiap pemimpin Pas agar tidak lupa diri dan menggunakan jawatan yang ada demi kepentingan peribadi sebaliknya kembali kepada perjuangan asal membela ummah.

"Di Kedah kami masih setahun jagung berbanding di Kelantan. Kita dapati masih ramai wanita yang kurang berkemampuan terpinggir mendapat hak mereka terutama sekali hak-hak kebajikan dan dengan ini perlu kebijaksanaan muslimat di kawasan masing-masing agar golongan ini dapat dibantu.

Sumber: Utusan Malaysia di sini dan sini.

Tok Kenari: Sempena persidangan muktamar ni, apa kata PAS berbincang tentang kedudukan mereka dalam Pakatan Haram yang nampak macam takdak masa depan.. dah jauh menyimpang dari prinsip perjuangan asal mereka.. PAS dilihat lebih banyak beralah dan buat pekak / buta apabila 'rakan-rakan'nya memperlekehkan Islam dan memperjuangkan liberalisme, pluralisme, mempertikaikan hak orang Melayu & mengutuk raja-raja Melayu, dan banyak lagi perkara yang akan menggugat kestabilan dan keamanan negara.. jangan dok pikir pasal kuasa masing-masing je, masa depan anak cucu Melayu pun kena difikirkan juga.. jangan Muktamar nanti jadi Mu Tamak pulak..

Friday 16 November 2012

Selepas Sekian Lama, Tiba-Tiba Anuwar Bertindak Hero?


Georgetown: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membidas kerajaan DAP Pulau Pinang berikutan beberapa insiden merobohkan premis kediaman dan kedai di negeri ini. 

Sambil menyifatkan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng cuai, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana ia membangkitkan kemarahan orang ramai. 

Saya kurang puas hati dengan tindakan pihak berkuasa merobohkan beberapa rumah atau kedai walaupun ada beberapa isu teknikal. Saya sudah kemukakan perkara ini kepada Ketua Menteri (Guan Eng) dan Timbalan Ketua Menteri I (Datuk Mansor Othman). 

Difahamkan, Ketua Menteri mengeluarkan arahan supaya jangan robohkan tapi masih juga dibuat. Jadi, saya minta kerajaan negeri cari puncanya, siapa ambil tindakan dan mengapa ada kecuaian di peringkat pegawai atau ahli majlis, katanya. 

Bercakap pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Wacana Buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat di Bayan Lepas, dekat sini semalam, Anwar berkata, kerajaan negeri pimpinan DAP tidak peka serta prihatin dengan sensitiviti rakyat berhubung isu itu terutama premis milik orang Melayu. -sumber: Berita Harian

Tok Kenari: Selama lebih 4 tahun DAP dok pegang Pulau Pinang, dan dah banyak damage has been done.. tetiba mamat ni nak jadi hero dan nak menyalahkan kepimpinan negerinya.. nampak sangat strategi dia nak jadi hero ni sekadar nak 'jaga leher' dia sempena PRU13 yang akan datang ni.. jangan la guna taktik murahan sangat, sampai geng seangkatan pun nak ditikam!

Jangan Promosi Syiah! Mat Sabu Perlu Di'turun'kan


Kota Bharu: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) digesa menegur segelintir pimpinan tertinggi parti itu yang dilihat cenderung dan terarah kepada fahaman Syiah.

Perwakilan Pemuda PAS Melaka, Abdul Wahab Mohd Jawi, berkata kecenderungan itu dapat dilihat melalui artikel serta ucapan segelintir pemimpin yang mengagungkan pemimpin Syiah dan Iran. 

Selain pemimpin utama PAS, beliau juga menegur media rasmi parti itu, Harakah, supaya lebih peka dan sensitif serta tidak mengeluarkan artikel yang berkaitan dengan fahaman Syiah. 

“DPPP perlu menegur kepemimpinan tertinggi supaya jaga tindak-tanduk dan tutur kata supaya jangan terjerumus dengan fahaman Syiah. Saya tidak tuduh pimpinan mengamalkan ajaran Syiah.

“Tapi segelintir pimpinan suka memberi artikel atau ucapan yang mengagungkan pimpinan Syiah dan Iran. Ini akan menimbulkan persepsi tidak baik dalam kalangan ahli serta masyarakat.

“Begitu juga dengan lidah rasmi PAS iaitu Harakah, jangan ada sokongan pada Iran, Syiah dan Hizbullah ini penting bagi menjauhkan PAS daripada fitnah,” katanya membahaskan ucapan dasar Ketua DPPP, Nasrudin Hassan, semalam.

Perwakilan Pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh, pula mengkritik ucapan dasar Nasrudin dan menyifatkannya sebagai ucapan kosong tanpa sebarang gagasan idea baru seperti diharapkan golongan muda. 

“Tidak ada perkara baru dalam ucapan Ketua Pemuda, yang ada hanyalah sorotan sejarah dan bacaan semula analisis ekonomi. Tiada satu perkara baru menyentuh anak muda dahagakan perubahan.

“Begitu juga pemuda yang sentiasa bertindak sebagai ejen pendesak kerajaan, namun dalam ucapan Ketua Pemuda tiada teguran ataupun nasihat dilemparkan terhadap kerajaan pakatan,” katanya membahas ucapan dasar Ketua Pemuda.

Perwakilan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Zulkarnain Md Zaki menegur kepemimpinan parti itu yang dilihat tidak peka serta sensitif dalam mendepani isu semasa.

Katanya, dalam menjalinkan ‘tahalluf siasi’ bersama rakan pakatan pembangkang lain, PKR dan DAP, PAS sepatutnya mendominasi kerjasama itu terutama dalam memimpin kepada pembangunan Islam.

sumber: Berita Harian

Wednesday 14 November 2012

Akhbar PR: Fitnah! Fitnah! Dan Fitnah Lagi!!


Ternyata KeadilanDaily dan HarakahDaily akhbar yang kaki FITNAH.. Kedua-dua Akhbar pembangkang ini memang tiada kredibiliti apabila mencedok status Facebook untuk memfitnah UNHCR dan kerajaan Malaysia yang kononnya memberi kerakyatan kepada ribuan rakyat Myanmar di Stadium KLFA.


Hanya dengan status Shirley Gabriella yang bersifat prasangka, tuduhan tanpa asas dan bukti, HaramkahDaily dan KeldaianDaily sanggup memuatkan status tersebut di laman mereka. Slogan HaramkahDaily - TEPAT DARI SUMBER langsung tak boleh pakai. Sumber dari status Facebook pun boleh dikatakan tepat? Sungguh memalukan!

Baca selanjutnya di MyMassa

Tok Kenari: Dah macam ni punya berita pun boleh masuk akhbar.. kalau macam ni, semua status yang ada dalam facebook tu pun boleh masuk jadi bahan berita.. hahaha.. lawak sungguh depa ni..

Ijazah KUIN Tak Diiktiraf? Apa Ni Tok Jijan?


Apa cerita ni Tok Jijan? Awat ijazah yang ditawarkan di KUIN tak diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)? Sehinggakan ada pelajar yang dah abis belajar, tapi macam sia-sia saja mengabiskan masa dengan ijazah yang tak menjamin masa depan.. Hangpa nak tanggung makan minum depa ka Tok Jijan.. mana exco-exco negeri? mana rektor KUIN? makan gaji buta ka?

Kisah selanjutnya boleh dibaca di BeritaKuin

Berpandu kepada sikap prihatin terhadap nasib pelajar-pelajar ini, pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia Kedah dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Kedah telah tampil membuat laporan polis terhadap pentadbiran KUIN yang dilihat seperti mewujudkan ijazah/ kursus yang tak mendapat iktiraf MQA? Tau ke tak kalau tak dapat iktiraf MQA, bagaimana nak mohon kerja walaupun dengan agensi kerajaan? Baca berita di sini dan sini.

Tok Kenari: Tok simpati kepada nasib para pelajar dan staf KUIN berikutan pentadbirannya yang dilihat sering menindas nasib mereka. Boleh dikatakan semenjak beralih tampuk pentadbiran, nama KUIN menjadi 'panas'.. tapi bukan kerana kecemerlangannya, tapi kerana masalah yang sering ditimbulkan oleh kepimpinannya.. harap bersabarlah anak-anak pelajar KUIN sekalian..Tok berharap ada lagi NGO-NGO atau orang-perseorangan yang akan tampil membantu pelajar-pelajar yang terlibat..

Friday 9 November 2012

Masa Kecik Diazankan, Bila Besar Peluk Salib.. Sembah Patung!


"Hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-muslim tetapi juga kepada orang Melayu yang beragama Islam" -itulah antara kenyataan yang keluar dari mulut anak Papa Hebat sorang ni.. bila perkara ini dipetik dan dikeluarkan dalam MalaysiaKini, dan disambut pula oleh Utusan, tetiba nak kecoh kata dia difitnah dan nak saman pulak..


Buat sekarang, perkara ni banyak dibincangkan di media siber dan dipetik oleh banyak rakan-rakan blogger.. pembaca blog Tok Kenari boleh cari je dalam blog2 yang ada dan hampir semuanya dok sembang pasal ni..

Inilah masalah pemimpin dari parti anak beranak ni... dari kepala keluarga sampai la ke bawah tee poo quat, mana nak tumpahnya kuah lendir kalo tak ke........ (pikir la sendiri)

sumber: BeritaSemasa


Tok Kenari: Geram betul Tok dengan gerakan-gerakan menghancurkan keharmonian negara ni.. banyak pihak seolah-olah tak faham dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang telah ditetapkan.. macam ni la, apa kata Nurul Izzah tukar agama sebab itu kan hak kebebasan memilih? bangang betoi, buat kenyataan semata-mata bermotif politik tanpa memikirkan kesan jangka panjang dan masa depan anak cucu Melayu di Tanah Melayu kita ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...