#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 16 June 2014

Cadangan Lapangan Terbang Antarabangsa Di Kedah Masih Di Fasa Awal


ALOR SETAR - Cadangan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa zon utara di Kedah masih dalam peringkat awal.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri sudah mengeluarkan surat kepada Kerajaan Persekutuan mengenai cadangan itu yang akan menyediakan perkhidmatan kargo dan penumpang.

Sunday 15 June 2014

Syiah: Gerakan Halus Menerusi Agensi Pelancongan


GURUN - Bekas jemaah yang pernah mengikuti pakej umrah dan ziarah sebuah agensi pelancongan di negeri ini mengakui agensi tersebut menyebarkan fahaman Syiah.

Difahamkan, penyebaran fahaman itu dilakukan semasa slot kursus umrah yang dijalankan agensi berkenaan.

Wednesday 11 June 2014

DAP Kedah Bertegas!



ALOR SETAR 9 Jun - DAP negeri akan tetap mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) biar pun belum menerima maklum balas daripada DAP Pusat untuk melaksanakannya.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, ia bagi menyelamatkan DAP negeri daripada menanggung akibat seperti Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang sehingga kini masih belum dapat disahkan akibat kecelaruan yang melanda parti itu.

Tuesday 10 June 2014

Malaysia Berdepan Sindrom Negara Maju, Mundur Akhlak



Keghairahan mengejar pembangunan dan status negara maju menyebabkan Malaysia berdepan sindrom kemajuan ekonomi dengan kemunduran moral yang dipanggil ‘Sindrom Budaya Chicago’. 

Profesor Ulung Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Prof Mohd Kamal Hassan, berkata matlamat negara berpendapatan tinggi akan tercapai tetapi turut diiringi kemunduran moral. 

Monday 9 June 2014

#PialaDunia : DS @NajibRazak Jangka Sepanyol Juara #WorldCup2014 #OlaBola


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Sepanyol akan menjuarai Piala Dunia Fifa 2014 di Brazil.

Perdana Menteri berkata beliau yakin Sepanyol atau pasukan bergelar 'La Roja' itu akan berjaya mempertahan kejuaraan yang diraih mereka pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan berdasarkan prestasi cemerlang mereka.

Sunday 8 June 2014

Penjelasan Mengenai #GST Diteruskan Fasa Kedua


KOTA BHARU 8 Jun - Kerajaan akan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi fasa kedua melibatkan 134 kawasan parlimen dalam usaha memberi kefahaman kepada rakyat tentang sistem berkenaan yang akan bermula April tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya akan mengadakan empat ceramah di setiap kawasan parlimen yang akan dikelolakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta pemimpin setempat.

Parti Liar Di Port Dickson, Ini Pewaris Negara Kita?

Diserbu sertai parti liar

Port Dickson - Seramai 20 remaja termasuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) ditahan ketika leka menari dalam parti liar yang diadakan di sebuah bilik hotel di sini, awal pagi semalam. Semua remaja yang datang dari Kuala Lumpur dan Selangor itu, menyewa bilik berkenaan dengan kadar RM1,800 satu malam dan mula mendaftar masuk pada jam 8.30 malam kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun, berkata pihaknya menerima aduan dan maklumat daripada orang awam dan menjalankan serbuan pada jam 1.50 pagi.

Wednesday 4 June 2014

Tunku Temenggong Diisytihar Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah


ALOR SETAR - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Tunku Temenggong Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Sallehhuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkuat kuasa mulai 21 Mei, susulan kemangkatan Almarhum Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Ibni Sultan Badlishah, baru-baru ini. 

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah Berkuatkuasa


ALOR SETAR - Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang diluluskan Dun Kedah Ogos lalu berkuatkuasa bulan ini untuk membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pengikut dan penyebar fahaman Syiah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pindaan itu yang diluluskan sudah diwartakan dengan percetakan untuk diguna pakai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...