#PrayForMH370

#PrayForMH370

Thursday 28 February 2013

Guan Eng Pejuang Islam?


27 Feb. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mahu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuktikan kepada rakyat khususnya umat Islam bahawa parti itu benar-benar turut memperjuang dan menegakkan agama Islam.

Tegasnya, bukti itu penting bagi meyakinkan umat Islam mengenai dakwaan Guan Eng, kononnya DAP turut berperanan dalam segala hal berkaitan Islam termasuk hukum syarak terutama di negeri yang diterajuinya, Pulau Pinang.

Anwar Tidak Lagi Relevan


26 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam konteks kepimpinan politik negara termasuk dilantik sebagai Perdana Menteri berikutan masalah moralnya yang tidak berkesudahan.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, dalam soal agama juga Anwar tidak mampu menghujah balas kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya terutama berhubung isu pluralisme dan liberalisme.

Monday 25 February 2013

Lagi Kawasan Hutan Kedah Ditarah


Ketika isu penerokaan hutan di Gunung Inas di Baling dan di Tasik Pedu terus diperkatakan, rakyat negeri ini dikejutkan pula dengan kegiatan pembalakan yang didakwa dijalankan secara rakus di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin di sini.

Operasi mengeluarkan balak di kawasan seluas 145 hektar itu diluluskan oleh kerajaan Pas Kedah sejak lebih sebulan lalu yang dipercayai bagi projek pembangunan tanah dan dianugerahkan kepada pegawai tertinggi dalam Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS).

Meskipun aktiviti berkenaan mendapat kelulusan tetapi ia didakwa dijalankan secara rakus sehingga mengakibatkan kawasan hutan terbabit yang dahulu dilitupi dengan rimbunan menghijau pelbagai jenis pokok dan tumbuhan ditarah sehingga gondol.

Sikap PAS Lebih Teruk Dari Kafir


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan sikap pemimpin PAS lebih buruk daripada orang kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Katanya, sikap ‘berpatah arang berkerat rotan’ PAS itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. 

Beliau berkata, Islam mengajar kaedah berpolitik yang selari dengan tuntutan agama dengan mewajibkan umatnya mentaati pemerintah yang dipilih rakyat tanpa menyimpan prasangka buruk.

Saturday 23 February 2013

Aquino Kecam Tindakan Sultan Sulu


MANILA - Tindakan kumpulan Azzimudie menggunakan senjata dalam menuntut Lahad Datu di Sabah dianggap sebagai tindakan tidak rasional.

Presiden Filipina, Benigno Aquino berkata, tindakan ini dilihat sebagai cubaan memprovokasi Malaysia dalam menghadapi pertikaian terhadap wilayah itu.

“Jika mereka menggunakan senapang, sudah tentu pihak lain akan melakukan perkara sama sebagai tindak balas dan ini seperti mencabar pihak yang satu lagi,” katanya.

Aquino berkata, tindakan kedua-dua negara menggunakan kekerasan tidak boleh menyelesaikan masalah ini.

“Saya telah meminta Sultan Jamalul Kiram dan pengikutnya supaya menyelesaikan masalah ini secara aman,” katanya.

Menurutnya, kerjasama di kalangan semua entiti adalah penting dalam mencapai resolusi dan kemudiannya boleh menjadi penyelesaian jangka panjang.

Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa Malaysia tidak akan memberikan Sabah tanpa sebarang pertarungan atau peperangan.

“Kami tidak mahu berperang dengan Malaysia kerana negara itu banyak membantu Filipina, terutamanya dalam perjanjian Barisan Pembebasan Islam Moro, “ katanya.- The Philipine Inquirer

Pertahankan Kalimah Allah Dengan Tepat, Bijaksana


Kenyataan Dr. Haron Din di Taiping baru-baru ini mengenai kalimah Allah adalah tegas dan jelas. Beliau akan mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhir hayatnya.

Sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Syura Pas pendirian yang diambil olehnya itu adalah selari dengan syarak. Ia juga selari dengan Enakmen Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan juga Majlis Fatwa Negeri dan Persekutuan.

Pendirian Dr. Haron itu adalah tepat dan bijaksana. Tepat kerana isu Allah dan kalimah Allah adalah isu pokok dalam Islam. Allah dalam makna dan hakikat tidak boleh disamakan dengan konsep Trinity yang ada dalam Kristian yang mendukung faham satu dalam tiga dan tiga dalam satu.

Friday 22 February 2013

Nik Aziz : Penerima Bantuan Umpama 'Haiwan'!


20 Feb- Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan makanan yang digemari.

Santai : Ayah Plural

Sama tapi tak serupa.. Evolusi pluralisme dan ajaran sesat!

Thursday 21 February 2013

Desak Letak Jawatan, Azizan Ketegaq Tak Mau!



20 Feb. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan pihak tertentu yang terus mendesaknya berundur daripada jawatan Menteri Besar.


Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri turut menempelak pihak terbabit yang disifatkan sebagai musuh beliau kerana cuba mencetuskan huru-hara terutama ketika kebanyakan pihak menumpukan perhatian terhadap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sambil melahirkan rasa kesal dengan tindakan terbaharu itu, beliau turut percaya desakan tersebut merupakan strategi pihak tertentu yang tidak menyukai corak pentadbirannya.

Kakitangan KUIN Serah Memorandum Bantahan


ALOR SETAR, 19 Feb- Kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang sedang berjuang mendapatkan semula hak dan kebajikan mereka hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan meminta beliau agar lebih profesional dalam menangani kemelut kolej universiti itu.

Sekumpulan 20 kakitangan mewakili kira-kira 400 rakan mereka daripada pelbagai jawatan dan pangkat di kolej universiti berkenaan berhimpun di luar perkarangan Wisma Darul Aman di sini sejak pukul 11 pagi bagi tujuan itu sebelum berarak ke pintu masuk utama bangunan yang turut menempatkan Pejabat Menteri Besar.

Mereka bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki bangunan tersebut dan hanya menemui wakil Menteri Besar di hadapan pintu utama kerana Azizan dikatakan berada di Kuala Lumpur.

Wednesday 20 February 2013

PAS Kedah Kembali Bergolak!


PAS Kedah kembali dilanda badai apabila Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi secara terbuka mengaku bersedia menggalas jawatan Menteri Besar sekiranya parti itu berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan.

Kenyataan orang nombor dua PAS Kedah itu dibuat ketika khabar angin mengatakan PAS negeri berpecah kepada tiga puak, iaitu puak pro-Phahrolrazi, kumpulan pro-Datuk Seri Azizan Razak dan satu lagi memihak Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sedang bertiup kencang.

Malah beliau yang pernah 'berperang' dengan Azizan setelah melancarkan 'pemberontakan terbuka' pada awal tahun lepas apabila enggan menerima pelantikan semula sebagai Exco dilihat menyindir Menteri Besar itu yang diketahui umum menghadapi masalah kesihatan.

Hubungan Sulit Xenophon & Anwar


Ahli Parlimen Bebas Australia Selatan, Nick Xenophon merupakan seorang peguam Hak Asasi di Australia yang banyak melibatkan kes berkaitan dengan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) di Australia.

Nick Xenophon mengetuai firma Guaman Xenaphone and co. di Australia Selatan yang merupakan penyokong utama Rang Undang-Undang Perkahwinan Sesama Jantina di Australia serta memperjuangkan hak untuk menikmati hak pencen, cukai dan hak keluarga kepada Kumpulan Gay dan Lesbian di Ausralia.

Tuesday 19 February 2013

Sesiapa Yang Rapat Dengan BN Akan 'Dibunuh'!


TASEK GELUGOR - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengakui wujud ugutan jenayah terhadap penyanyi Korea Selatan, Park Jae Sang atau Psy ketika hadir ke negeri ini minggu lepas.


Ugutan bunuh diterima melalui SMS oleh pengurusnya, Dan menjadi penyebab penyanyi itu tidak hadir bersama pemimpin Barisan Nasional dalam acara ‘yee sang’ pada Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.

SMS itu berbunyi: "We have received some serious death threats that have said they will stop Psy at all cost in airport and hotel in Penang. Please inform the government to please be vigilant. The show will go on. Please Help. Thank You”.

Lepas Hadi, Karpal Cari Pasal Dengan Chua!


Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh menyuarakan kebimbangannya tentang konflik antara DAP dan PKR di Johor yang kini mencetuskan perbalahan terbuka serta boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, DAP memandang berat penegasan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau bahawa Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.

Saturday 16 February 2013

MB Kedah Tak Puas Hati Dengan ADUN Kubang Rotan!



Dipetik dari bro McTheory:

Kelmarin Mc ada terima panggilan dari sahabat Mc yang berada di dalam Pas. Dia ni kiranya bekerja agak rapat dengan MB. Sebab tu ada yang terjadi kat Azizan Razak, dia boleh tau. Namun dalam banyak-banyak cerita, Mc lebih tertarik untuk mengetahui reaksi Azizan apabila rakaman Nasif Mustafa kutuk beliau selepas hadiri program 'My beautiful Malaysia' tempohari.


Azizan memang takkan buka PC atau laptop, namun orang-orangnya memaklumkan pada beliau, tentang perangai busuk Nasir Mustafa dan gengnya mengutuk Azizan dan merancang untuk menjatuhkan Azizan secara diam-diam.

Friday 15 February 2013

Santai Pagi : Tak Sama Tapi Serupa!



Cina kiasu ni telah dikenakan tindakan undang-undang penjara 30 hari & denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang.. takat RM8,000 tu dia boleh bayar cash lagi.. tak dak masalah pun.. pelik pulak, apabila penghinaan kepada Institusi Raja-Raja Melayu yang diletakkan di tempat tinggi dan dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan, hukumannya hanyalah kecil sahaja.. apa kata Lim Kit Siang semasa pertabalan Agong tahun lalu? >>KLIK<< Adakah perkara sebegini pun dianggap perkara kecil? Kalau di Indonesia & Arab, cina kiasu ini mesti takkan bernyawa lama di dunia ni, seperti apa yang ditulis di MyMassa.

Thursday 14 February 2013

Balak di Kedah & Kerajaan Sepenggal?


Cuti Tahun Baru Cina 2013 digunakan sepenuhnya untuk balik sebentar ke kampung di Kedah. Namun saya hanya sempat ke kampung isteri di Baling. Menziarahi kedua-dua mertua yang sudah tua dan tidak sihat.

Maaf saya kepada kaum keluarga di Jeram, Tunjang kerana tidak sempat ke sana. Akhir sekali saya ke Kubang Pasu ialah sebulan lalu kerana menziarahi bapa saudara meninggal dunia. Itulah rutin kita selagi hidup. Kedua-dua ibu bapa pun sudah tiada. Yang tinggal hanyalah sebuah rumah pusaka serta ibu-ibu dan tok-tok saudara yang semakin lanjut usia.

Di Baling suasananya tenang dan aman. Tapi panas pilihan raya sudah terasa. Bendera-bendera parti politik sudah dikibarkan.

Bendera biru yang baru dan masih berkilat mewarnai di serata Baling hingga ke Labu Besar dan ke Olak Madu.

My Beautiful Malaysia : PAS Kedah Pertahan Azizan



Dewan Pemuda Pas Kedah mempertahankan tindakan Datuk Seri Azizan Abdul Razak menghadiri program Kerajaan Pusat baru-baru ini yang menimbulkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak dalam parti itu.

Ketuanya, Ahmad Yahaya berkata, tindakan Menteri Besar menyertai program berkenaan adalah satu perkara yang harmoni meskipun pihak terlibat dalam majlis tersebut itu berbeza fahaman politik.

Wednesday 13 February 2013

Apa Pendirian Majlis Syura Ulama PAS?


Taiping, 12 Feb - Sekumpulan ahli dan penyokong Pas hari ini berhimpun secara aman mendesak Majlis Syura Ulama Pas menyatakan pendirian berhubung hukum mengundi atau menyokong calon DAP dan PKR dalam PRU-13 nanti.

Menurut mereka, langkah tersebut mesti dilakukan bagi meleraikan kekeliruan dalam kalangan ahli dan penyokong Pas ekoran kedegilan pemimpin DAP dan PKR menerima ketetapan Majlis Syura tentang isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Keberanian PAS Semakin Terhakis


Salah satu sikap yang semakin terhakis daripada Pas sejak menjalinkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP ialah keberanian.

Begitulah juga dalam isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pas tidak berani menyatakan secara terbuka atau lebih tepat lagi membuat kenyataan rasmi bahawa mereka mahukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menduduki jawatan berkenaan.

Tuesday 12 February 2013

Mat Sabu Kata 'Arab Spring' Mungkin Berlaku


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menegaskan, 'Arab Spring' hanya akan berlaku di negara ini jika pilihan raya umum dicemari dengan penipuan pihak-pihak berkepentingan sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

Katanya, keadaan itu tidak mungkin berlaku hanya kerana mana-mana parti politik yang bertanding itu tewas dan tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya. 

Monday 11 February 2013

Valentine's Day - Perayaan Hari Cinta Sekular Yang Menyesatkan Ummah!



Tanggal 14 Februari setiap tahun merupakan hari yang tidak pernah dilupakan oleh pasangan-pasangan bercinta untuk menyambut Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Hari Valentine. Pelbagai aktiviti diadakan bagi meraikan pasangan kekasih yang ingin melampiaskan perasaan rindu, cinta dan kasih sayang mereka yang akhirnya membawa kepada bibit-bibit kemaksiatan. 

Sekarang ini hari-hari kebesaran Islam bagai tidak diendah langsung atau kalau disambut sekalipun hanya ala kadar saja oleh segelintir umat Islam. Tetapi kalau Hari Valentine, macam-macam agenda dibuat oleh pasangan muslim semata-mata untuk menambat hati kekasih masing-masing kononnya nak tunjuk merekalah insan paling romantik bila bercinta. Yang paling menyedihkan lagi, Hari Valentine turut disambut dengan bangganya oleh pasangan-pasangan pengamal seks sejenis. 

Sunday 10 February 2013

Rakyat Bangkit Selamatkan Kedah!


Kuala Nerang: 'Rali Selamatkan Kedah' yang disertai 5,000 rakyat negeri ini, adalah amaran kepada kerajaan PAS Kedah supaya tidak menutup kepincangan isu pembalakan di kawasan berhampiran Tasik Pedu dekat sini.

Perhimpunan anjuran Jaringan Gelombang Merah Kedah itu mendesak kerajaan PAS Kedah menghentikan pembalakan di kawasan itu serta-merta.

Perjuangan Komunis Diteruskan Pakatan!


Inilah Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan kerajaan suatu masa dahulu.

Tahukah anda semua apa kaitan Chin Peng dengan Ngeh Koo Ham? Dia adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak tersebut.

Tahukah anda semua apa pertalian antara Ngeh Koo Ham dengan Nga Kor Ming? Mereka adalah sepupu yang tentunya berkongsi bapa saudara yang sama, si Chin Peng!

Saturday 9 February 2013

Eh! Kenapa Letak Jawatan?



Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada berkhidmat dengan wakil rakyat DAP itu kerana hilang kepercayaan ke atas bekas majikannya itu.

Jafrei Nordin, 41, mendakwa bekas majikannya mempunyai pandangan keterlaluan terhadap beberapa pemimpin Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Friday 8 February 2013

Santai Jumaat : Selamatkan Islam!


Kenapa agaknya pemimpin Melayu Islam ni nak gadaikan maruah Islam? Fikir-fikirkan..

Thursday 7 February 2013

Tabung Memali : Cikgu Non Sahut Cabaran!


6 Feb - Penulis buku 'Kafirkah Aku?' dan 'Air Mata Di Bumi Memali', Zainon Ismail atau CN Al-Afghani hari ini menyahut Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar dengan membuat laporan polis berhubung dakwaan penyelewengan Tabung Memali.

Zainon yang juga bekas aktivis tegar dan ahli seumur hidup Pas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 10 pagi hari ini.

Salahkah Hadir Ke Program Kerajaan?


Meskipun berbeza fahaman politik, UMNO Kedah mempertahankan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyertai program Kerajaan Pusat baru-baru ini yang menimbulkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak dalam Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, Azizan telah menunjukkan kematangannya dalam berpolitik kerana tahu memisahkan antara perkara yang melibatkan keuntungan negara dan politik.

"Ini politik matang. Orang yang menuduh beliau yang tidak matang. Azizan orang lama dan tahu perkara yang perlu ditolak atau diberi sokongan".

'PAS Lebih Sayang DAP'


Pas tidak berani keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana bergantung kepada DAP, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, parti yang memperjuangkan Islam itu akan kekal bersama PR kerana 'menyayangi Karpal'.

"Jika Pas keluar daripada PR, parti itu akan kalah. Dia (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) meraikan hari jadi bersama Karpal (Pengerusi DAP, Karpal Singh) dan menyambut perayaan Thaipusam bersama.

"Mereka tidak berani keluar PR, Nik Aziz bercerai dengan Nasha (Nasharudin Mat Isa) tetapi dia tidak mahu bercerai dengan DAP," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku bertajuk Antarctica: Malaysia's Journey to the Ice di sini, hari ini.

Semalam, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok meminta Pas keluar daripada PR. -Sinar Harian

Wednesday 6 February 2013

Azizan Bagi Penampaq Kat PAS Kedah!



Azizan Abdul Razak sekali lagi membuatkan ramai penyokong PAS yang menahan geram. Apakan tidak, pada 3 Februari dalam satu program Kerajaan Persekutuan, 'Beautiful Malaysia', Azizan Abdul Razak ada sekali. Dan lebih penting lagi, Azizan mengamalkan politik muafakat dan mengenepikan ideologi politik apabila membabitkan negara. Sedangkan para pecacai Pakatan Rakyat, khususnya orang PAS, tidak pernah faham apa itu politik muafakat sebaliknya lebih cenderung untuk mengikut semua ajaran DAP dan PKR, khususnya Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim. 

Baju 1M4U yang tertera jelas pada bahagian dada, menjadikan Azizan Abdul Razak sebagai sasaran terbaru selepas Nasharuddin Mat Isa. Dan kebetulan pula, Nasharuddin Mat Isa merupakan rakan sekutu utama Azizan Abdul Razak.

Tuesday 5 February 2013

Apa Status Pejuang Memali?



Status kematian pengikut Pas dalam tragedi Memali menjadi tanda tanya apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi buku ‘Amanat Hj. Hadi: Antara Fitnah & Fakta’ menyifatkan pihak yang taksub dengan amanat beliau sebagai pelampau.

Sehubungan itu, bekas aktivis dan ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail mendesak Abdul Hadi menarik balik kenyataan melabelkan pengikut-pengikut Pas yang taksub sebagai pelampau kerana jika tidak, kematian mangsa Memali sebelum ini dianggap syahid hanya sia-sia.

Foto Pilihan : Muafakat Membawa Berkat




Di atas adalah antara gambar yang diambil semasa progam My Beautiful Malaysia di Pusat Rekreasi Gunung Keriang pada 3 Februari yang lalu.

Terdetik rasa terharu dan bangga Tok Kenari dengan pemimpin-pemimpin di Kedah ni sebab boleh bersikap profesional dan sanggup duduk bersama dengan masyarakat dalam menjayakan program tersebut. Bukannya nak ajak buat maksiat, tapi bersama-sama membersihkan dan menceriakan bumi Allah ni. Inilah yang dikatakan "Muafakat Membawa Berkat'. Tahniah Tok Kenari ucapkan kepada semua pemimpin yang terlibat bagi menjayakan program tersebut.

Kan bagus kalau penyokong-penyokong mereka pun boleh bersikap profesional seperti ini, ketepikan hal politik demi kesejahteraan bersama. Cuma nanti akan timbul persoalan, adakah PAS Pusat akan ambil tindakan kepada MB Kedah sebab beliau sertai program Kerajaan Pusat?


Tapi dalam dok nak buat baik pun ada gak orang depa sendiri yang dengki dengan MB Kedah ni. Jadi tak bolehkah kita berpakat demi Melayu & Islam? >>KLIK<<

Monday 4 February 2013

Isu Kalimah : Sendiri Cari Pasal, Dok Salahkan Orang Lain Pulak


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa isu kalimah ALLAH yang menjadi pertikaian mutakhir ini adalah mainan politik Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Ini kerja Umno. Mengaku Islam... bawa isu kalimah ALLAH musim pilihan raya. Nak pancing undi guna kalimah ALLAH," katanya ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Perdana Ummah bersama Pas di sebuah hotel dekat ibu negara, hari ini.

Jelas Hadi, keputusan dibuat Majlis Syura Pas berkaitan dengan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam sudah cukup jelas, namun ia dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu termasuk sesetengah media sehingga ia menimbulkan kebimbangan rakyat.

Santai Pagi : Amanat Lain Selepas Hadi?

Selepas amanat versi Hadi yang secara tidak langsung memecah-belahkan orang Melayu Islam di negara ini menggunakan platfom politik, apa kata orang Melayu kita berpegang kepada amanat seperti di atas. Kan elok kita bersatu, bukan berpecah.

p/s : Tepuk dada, tanyalah iman & pendirian kita

Sunday 3 February 2013

Karpal : Kalimah Allah Untuk Semua!


Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) mengenai kalimah ALLAH dan bukan oleh Majlis Syura Ulama Pas. 

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, PR sudah bersetuju dengan penggunaaan kalimah ALLAH dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya Pas yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura.

Beliau berkata, Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.

Kisah Perak Gambaran Malaysia Jika BN Kalah


TUN Dr. Mahathir Mohamad dalam wacana bertajuk Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU-13 baru-baru ini membawa audiens merenung nasib bangsa sekiranya Melayu yang merupakan rakyat majoriti di negara ini, terus hilang kuasa.

Tajuk sama juga pernah dibincangkan secara ringkas di ruangan ini menerusi dua artikel berbeza beberapa bulan lalu. Hakikatnya, orang Melayu dan kuasa amat berkait rapat dalam mencorakkan wajah sebuah negara bernama Malaysia.

Tidak dinafikan sejarah memainkan peranan penting sebagai panduan atau sempadan kepada setiap tindakan yang bakal dilakukan. Sama ada perkara ini diberi penekanan atau sebaliknya, terpulang kepada individu itu sendiri.

Saturday 2 February 2013

Siapa Lagi Selepas Nasha?


Pelbagai teka-teki timbul apabila Ustaz Nasha telah digugurkan dari menjadi ahli majlis syura Pas. Satu badan ulama tertinggi.

Malah para penganalisis politik menjangkakan akan ada seorang atau dua lagi ulama Pas yang menentang arus parti akan dipecat. 

"Seorang atau dua pemimpin kanan PAS dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu" kata bekas pengikut setia parti Pas, Zainon Ismail.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...