#PrayForMH370

#PrayForMH370

Monday 16 December 2013

Banteras Ajaran Sesat Sama Penting Banteras Jenayah Berat


Usaha membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini adalah sama penting dengan mencegah kegiatan jenayah berat serta terancang kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan keharmonian masyarakat bahkan mengancam keselamatan negara.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata cadangan untuk menubuhkan sebuah pasukan polis khas atau ‘polis syariah’ bagi membanteras ajaran sesat itu amat bertepatan pada masanya bagi memperkasa pasukan penguatkuasaan di jabatan-jabatan agama Islam. 

Tuesday 10 December 2013

KDN Sedia Dedah Siapa Syiah


Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendakwa mempunyai bukti untuk menunjukkan pemimpin nombor dua PAS adalah pengikut fahaman Syiah dan sedia mendedahkannya kepada umum. 

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi akan mengadakan sidang media khas dalam tempoh terdekat bagi mengemukakan bukti bersama penjelasan terperinci mengenainya. 

Tuesday 3 December 2013

Tutup Maahad Yang Degil - MB Kedah


Kerajaan negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan drastik dengan menutup operasi maahad tahfiz yang masih berdegil mempergunakan khidmat kanak-kanak untuk mengutip derma.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sekiranya enggan berdepan dengan tindakan, semua maahad tahfiz di Kedah yang dikenal pasti terlibat diminta segera menghentikan perbuatan itu.

Monday 2 December 2013

"Saya Bekerja Demi Islam" - UKE


Sejak pengumuman dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Jumaat lalu, pelbagai kritikan diterima Ustaz Mohammad Kazim Elias, khususnya di laman-laman sosial. Beliau nyata amat sedih dengan pelbagai gelaran melampau yang diberi kepadanya susulan pengumuman itu sehingga ahli keluarganya turut tertekan.

Menerusi ceramah yang diadakan di ibu negara malam kelmarin, Ustaz Kazim meluahkan perasaannya mengenai isu pelantikan itu.

Tuesday 26 November 2013

Isu Kucing Kurap : Rakan PR Bidas Jeff Ooi


SHAH ALAM - Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini membidas tindakan rakannya dalam PR, Jeff Ooi Chuan Aun berhubung isu 'kucing kurap'.

Menulis dalam laman mikro Twitter miliknya, Nik Nazmi berkata, "tak patut seorang ahli Parlimen seperti Jeff Ooi menggunakan istilah 'kucing kurap' terhadap pegawai kerajaan”.

Nik Nazmi turut menambah dalam 'tweet'nya itu "sakit kot", merujuk kepada perbuatan Ooi.

Thursday 21 November 2013

RM46j Lunas Hutang KUIN


Sebanyak RM46 juta daripada peruntukan RM66 juta dalam Bajet Kedah 2014 untuk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) akan digunakan bagi melunas hutang kepada Bank Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain, berkata RM15 juta pula bagi pengurusan dan baki RM5 juta untuk menyiapkan asrama.

Wednesday 13 November 2013

"Saya Bertanding Sebab Mahu Halau Liberalisme Dalam PAS"


Datuk Abu Bakar Chik yang bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada Muktamar parti minggu depan menegaskan mahu mengembalikan PAS pada perjuangan asalnya dengan menolak fahaman liberalisasi.

Abu Bakar berkata PAS perlu diperkasakan semula memandangkan PAS dilihat terus mendapat perhatian pengundi baru yang mahu menyertai parti itu.

“PAS sebagai sebuah parti politik, PAS seharusnya dipimpin secara konsisten dan tidak dipengaruhi dengan perkara-perkara yang boleh meliberalkan PAS. Hala tuju PAS tidak boleh diliberalisasikan,” katanya.

Tuesday 12 November 2013

DAP Sekeh PAS Lagi


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, pernah berkata antara sebab partinya berkawan dengan DAP adalah untuk mentarbiyahkan pemimpin dan ahli parti rasis dan cauvinis itu. PAS berharap pemimpin DAP akan lebih memahami agama Islam dan akhirnya menerima dasar perjuangannya.

Selepas lebih 30 tahun berkenalan dan mengadakan pakatan politik, nampaknya Nik Aziz gagal. Selepas mengenali Islam dan PAS, pemimpin DAP menjadi lebih keras dan kurang berkompromi. 

Ajaran Sesat Ancam Keselamatan Negara


Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bimbang penyelewengan ajaran sesat boleh bertukar menjadi ancaman militan yang berupaya menggugat keselamatan negara.

Berikutan itu, katanya, polis memandang serius kejadian menimpa Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek yang mati ditembak di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang kelmarin yang menunjukkan pengikut ajaran sesat mampu bertindak ganas sehingga membunuh. 

Wednesday 6 November 2013

Dr Zakir Naik, Tan Sri Abdul Hamid Tokoh Maal Hijrah 1435H

Dr Zakir, Hamid  tokoh Maal Hijrah

Presiden Yayasan Penyelidikan Islam, Mumbai yang juga pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Abdul Karim Naik dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435H/2013M. 

Dr Zakir, 48, dan Abdul Hamid, 69, dipilih menerima anugerah berkenaan atas sumbangan mereka dalam memartabatkan Islam di peringkat antarabangsa dan nasional serta mendapat pengiktirafan pelbagai pihak. 

Tuesday 5 November 2013

Tewas Bermaruah, Calon BN Terima Dengan Hati Terbuka #PrkSgLimau

PRK Sungai Limau: Calon BN terima kekalahan

YAN: Calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan hati yang terbuka. 

Katanya, beliau reda dengan keputusan pengundi selepas jentera Barisan Nasional dan UMNO bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan BN 

Monday 4 November 2013

Tanpa DAP Siapa PAS?



Dua gambar yang diambil ketika proses kempen PRK Sungai Limau yang melibatkan jentera DAP. Boleh nampakkah apakah persamaan dan simboliknya kedua-dua gambar tersebut?

Santai : Depa Kata #PrkSgLimau

Satu satira yang dinukil melalui kartun, mungkin menghiburkan tetapi mesej yang disampaikan adalah realiti yang perlu difikirkan bersama.


Friday 1 November 2013

Malaysia Antara 10 Destinasi Pelancongan Utama Dunia Tahun 2014


Malaysia disenaraikan dalam kalangan 10 destinasi pelancongan utama di dunia bagi 2014 oleh Lonely Planet, penerbitan panduan pelancongan popular global.

Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia (Promosi) Chong Yoke Har berkata rangking itu keluar pada masa yang sesuai bagi Malaysia, ketika negara bersiap sedia menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014.

Wednesday 30 October 2013

PAS Akui Guna Gambar Palsu #PRKSgLimau


Ketaksuban PAS yang begitu bergantung kepada populariti Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, menjerat diri sendiri apabila tindakan menggunakan gambar palsu untuk menarik simpati pengundi, terbongkar. 

Helah itu dipercayai digunakan PAS untuk menonjolkan bahawa Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abdul Samat, selaku calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sebagai anak didik yang rapat dengan bekas Menteri Besar Kedah. 

Tuesday 29 October 2013

Jasa Allahyarham Ustaz Azizan Yang Tidak Disenangi Pemimpin Pakatan #PrkSgLimau #BeraniHijrah



Kepada pengundi-pengundi di DUN SUNGAI LIMAU, kami menyeru terutama sekali orang-orang PAS agar 'mengajar' kepimpinan PAS Kedah yang biadap dengan arwah Ustaz Azizan sejurus kekalahan PAS Kedah dalam mempertahankan Kedah dalam PRU13 yang lalu. Berdasarkan tulisan yang ditulis oleh Setiausaha Politik Ustaz Azizan, Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Ustaz Azizan telah mengalami tekanan emosi apabila dirinya sering menjadi bahan caci maki dikalangan pemimpin PAS Kedah ekoran kekalahan dalam PRU 13. Luahan itu boleh dibaca disini : http://sanusisetpol.blogspot.com/2013/05/aku-menemani-ustaz-azizan-di-kmc.html

Monday 28 October 2013

16 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci


ALOR SETAR: Sebanyak 16 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci kerana masalah kesihatan ketika mengerjakan rukun Islam kelima itu. 

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata segala urusan pengebumian dan sijil kematian diuruskan oleh Tabung Haji di sana dan kemudian dihantar kepada waris di negara ini. 

Sudah Tiba Masa Untuk Kalih #PrkSgLimau


Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau wajar memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) menerajui kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 4 November ini. 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd Muttalib, berkata sudah tiba masanya pengundi kawasan itu membuat perubahan atau ‘kalih’ untuk memberi mandat lebih tersusun kepada Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir mencorak pembangunan negeri secara sistematik tanpa mengenepikan kawasan berkenaan. 

Sunday 27 October 2013

Utamakan Syiar Islam Berbanding Politik

Sumber foto : NST

YAN - Kerajaan pusat memberi bantuan kepada institusi keagamaan tanpa mengira fahaman politik demi meningkatkan syiar Islam dan kemajuan masa depan anak bangsa. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan membantu sekolah agama dan pondok yang memang memerlukan bantuan untuk meningkatkan pembangunannya termasuk dari segi kerohanian.

Saturday 26 October 2013

Ayah Jamil Khir Kecewa Dengan Modal Politik Murahan PAS #PrkSgLimau


YAN 26 Oktober 2013 – Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir kesal dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar dan Calon PAS, Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan ‘bahan kempen’ untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.

Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah yang ditemui Terengganu Today di rumahnya di Ulu Sedaka hari ini, melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya.

Ikhlaskah Calon Melawat Bapa Menteri? #PrkSgLimau


YAN - Apa tujuan calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat dan rombongan mengunjungi rumah Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam dan bergambar dengan bapanya, Baharom Ramli.

Adakah ia ikhlas sebagai menghargai perjuangan bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu atau mempunyai muslihat lain ketika menjelang PRK Dun Sungai Limau.

Thursday 24 October 2013

ZIPY Untuk Kebaikan Rakyat, Itu Pun Kalau Rakyat Mahu


YAN - Projek Zon Industri Petroleum Yan (Zipy) akan dibatalkan jika penduduk tempatan masih membantah pembinaannya.

Bagaimanapun, kerajaan negeri masih berbincang dengan penduduk di kawasan yang terlibat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Wednesday 23 October 2013

PRK N.20 : Elak Pergeseran Sepanjang Tempoh Berkempen


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir meminta semua penyokong Umno mahupun Pas mengelakkan sebarang pergeseran sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, bermula 23 Oktober ini.

Katanya, ia perlu agar usaha ke arah menjayakan proses perpaduan antara ahli dan penyokong kedua-dua buah parti terbesar orang Melayu itu kekal harmoni.

Tuesday 22 October 2013

Kalimah Allah : Harun Sanggah Kenyataan Asri


KUALA TERENGGANU 21 Okt. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib terkejut dengan kenyataan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bahawa tiada larangan kepada bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Sunday 6 October 2013

Nafi Larangan Makan 'Ayam Utara'


PARIT BUNTAR - Pejabat Kesihatan Daerah Kerian, semalam menafikan sebarang usaha mengeluarkan hebahan awam meminta orang ramai tidak memakan ayam dari kawasan utara semenanjung sebagaimana disebarkan secara meluas melalui SMS dan laman sosial sejak seminggu lalu.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kerian berkata, dakwaan kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan bersumberkan Pejabat Kesihatan Parit Buntar (dalam daerah Kerian) itu adalah tidak tepat dan pihaknya meminta orang ramai tidak mempercayai maklumat palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Tuesday 24 September 2013

Percubaan Komunis Bunuh Panglima ATM Gagal


(Dipetik dari nukilan Al-Azharri Siddiq)

SAYA mungkin antara insan yang beruntung kerana beberapa bulan sebelum allahyarham Tun Ibrahim Ismail meninggal dunia, saya sempat menemuramah beliau tentang banyak peristiwa di sebalik tabir di negara kita ini. 

Allahyarham Tun Ibrahim berkongsi pengalaman beliau semasa dihantar ke Akademi Tentera British yang masyhur di Agra, India bersama-sama dengan mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Hussien Onn. 

Sunday 1 September 2013

Ahli Kongsi Gelap Sanggup Tuntut Ilmu Kebal

Gambar Hiasan

Demi pengaruh dan kuasa, ada segelintir ahli kongsi gelap yang sanggup menuntut ilmu kebal di negara jiran, Indonesia dan Thailand.

Mendedahkan perkara itu, pendakwah bebas, Datuk Shamsuri Shafie berkata, ia diakui sendiri oleh bekas ahli kongsi gelap yang sudah kembali ke pangkal jalan.

Thursday 22 August 2013

Tragedi Genting Highlands : 37 Maut


GENTING HIGHLANDS 21 Ogos - Sebanyak 37 orang maut apabila sebuah bas ulang-alik Genting Highlands yang membawa 53 penumpang terbabas lalu terhumban ke dalam gaung sedalam 150 meter sewaktu menuruni pusat peranginan itu di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands- Kuala Lumpur hari ini.

Nahas terburuk dalam sejarah kemalangan negara itu berlaku kira-kira pukul 2.24 petang ketika bas dipandu Lim Kok Ho, 44, yang turut maut, menuruni puncak Genting Highlands ketika hujan renyai-renyai menuju ke ibu negara.

Wednesday 21 August 2013

Pembangkang Lepas Tangan Isu KUIN



Alor Setar: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir membidas sikap pembangkang yang hanya suka bercakap kosong, tetapi tidak membantu menyelesaikan masalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN). 

Ops Piramid 2 Bermula


Putrajaya, 20 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi membawa pulang kesemua 3,300 pelajar Malaysia di Mesir bermula malam ini, selepas kerajaan mendapati pergolakan di negara itu semakin tidak menentu.

Perdana Menteri berkata urusan penempahan tiket akan dilakukan bermula malam ini dan penerbangan akan melalui Amman (Jordan) dan Istanbul (Turki) serta beberapa tempat lain.

Thursday 15 August 2013

Perak Sudah Wartakan Anti Syiah


Kerajaan Perak sudah mewartakan fatwa melarang sebarang bentuk penyebaran atau pengembangan fahaman Syiah di negeri itu kerana bertentangan dengan ajaran yang dibawa Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, fatwa tersebut yang diwartakan beberapa bulan lalu bertujuan menyekat ajaran Syiah yang dilihat semakin mengancam pemikiran dan perpaduan umat Islam di negara ini.

Wednesday 14 August 2013

Masalah KUIN Berpunca Daripada Insaniah Holdings?


ALOR SETAR 11 Ogos - Laporan siasatan dalaman terhadap urus tadbir Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sewaktu di bawah pemerintahan kerajaan Pas Kedah mendedahkan, punca bebanan kewangan Kuin bertambah buruk disebabkan Kuin menubuhkan Insaniah Holdings Sdn. Bhd. (IHSB).

Pada masa sama, IHSB didapati mewujudkan pula lima anak syarikat iaitu Insan Maya Sdn. Bhd., Insan Fasih Sdn. Bhd., Insan System Sdn. Bhd., Insan Hospitality Sdn. Bhd. dan Insan Medic Sdn. Bhd. selain menubuhkan Sekolah Insan Bestari.

Monday 12 August 2013

Sedarkah Rakyat Malaysia, Negara Kita Sedang Diserang?


KEGAGALAN Anwar Ibrahim khususnya dan penaja-penajanya memerintah negara Malaysia selepas PRU13 tidak pernah mematikan hajat mereka. Selepas gagal juga menggunakan jalanan 505 dan rahsia-rahsia penaja mereka didedahkan oleh Mantan pembesar negara jiran, mereka berusaha menggunakan saluran mahkamah dengan membuat seberapa banyak petisyen.

Malangnya satu demi satu petisyen tidak memihak kepada mereka. Kini, mereka mula menggunakan 'KUASA-KUASA LUAR'. Dan serangan itu dimulakan dari selatan tanah air.

Tuesday 6 August 2013

Hukum Pelihara Anjing : Apa Yang Perlu Kita Tahu


Sejak kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis mughalazzah, iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih.

Tuesday 30 July 2013

Guling Kerajaan Cara Revolusi?


Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hassan Basri, berkata antara ciri golongan Syiah ialah cuba menggulingkan kerajaan dengan cara revolusi, selepas sistem sedia ada gagal memenuhi matlamat mereka.

“Sebagai contoh, apabila golongan ini tidak dapat menguasai atau membentuk kerajaan, mereka akan ambil tindakan guling kerajaan, buat revolusi bagi memenuhi kehendak. 

“Ini adalah sebahagian cara pergerakan golongan Syiah ini untuk membentuk kerajaan dan cara ini dihalalkan oleh pengikut mereka,” katanya sambil menegaskan, ada di kalangan pemimpin PAS yang mengagumi kebangkitan di Iran. 

Wednesday 24 July 2013

Syiah Di Malaysia : Apa Yang Perlu Tahu

Semalam ada liputan yang menarik dalam akhbar Sinar Harian mengenai penularan ajaran Syiah yang dikesan telah bertapak sekian lama di Malaysia.

Di sini Tok Kenari hendak berkongsi sebahagian daripada info yang dipaparkan menerusi akhbar tersebut untuk panduan kita bersama.




Tuesday 23 July 2013

Perlu Wartakan Anti Syiah!


Keputusan kerajaan Kedah yang mahu mewartakan fatwa anti-Syiah wajar dicontohi negeri lain bagi membendung penularan fahaman itu yang dikesan semakin serius, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata, usaha bagi mengekang Syiah harus diambil setiap negeri berikutan penularan fahaman itu dalam kalangan ahli Sunni di negara ini mampu memecah-belahkan dan melemahkan umat Islam. 

Sunday 21 July 2013

Gelombang Kedua Serangan Pengganas Sulu?


Bagan Datoh: Pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi ancaman musuh, termasuk berdepan ugutan terbaru pengganas Sulu yang dikatakan mahu memasuki kawasan Tambunan di Sabah, bulan depan.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. 

Friday 19 July 2013

Pedoman Jumaat : Apabila Nafsu Membuas, Seks Jadi Bebas, Akidah Semakin Terbabas!


Allah berfirman, "Jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu merupakan satu perbuatan yang keji dan buruk." (Surah Al-Isra: 32)

Selanjutnya Allah berfirman, "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." (Surah An-Nur: 2)

Manakala Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Sesiapa yang menemui seseorang melakukan perbuatan kaum Luth a.s (liwat), bunuhlah peliwat dan mangsa liwat yang rela." (Hadis riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud)

Wednesday 17 July 2013

JAIK Tiada Kuasa Tutup Tahfiz



Alor Setar: Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) tidak mempunyai bidang kuasa untuk menutup operasi sebuah pusat tahfiz di Jalan Kuala Kedah-Yan, di sini yang dilapor menggunakan pelajarnya untuk mengutip derma melalui jualan amal. 

Pengarahnya, Datuk Noh Dahya, berkata ini berikutan jabatan itu masih belum ada peruntukan undang-undang yang komprehensif untuk membolehkannya mengambil tindakan terhadap premis seumpama itu. 

Monday 15 July 2013

PRK Kuala Besut: Pelantikan Idris Mampu Membantu Kejayaan BN


Pelantikan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bakal mengulangi kejayaan Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai jentera BN mencapai kemenangan dalam PRK Galas.

Tidak timbul masalah jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bergerak sama ada melalui arahan Idris atau Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kerana kedua-dua bermatlamatkan mengekalkan kerusi berkenaan. 

Kerajaan Kedah Akan Pindahkan Pelajar Tajaannya di Mesir Jika Perlu


JITRA: Kerajaan Negeri Kedah akan memindahkan seramai 897 pelajar tajaannya di Mesir ke tempat selamat jika pergolakan di negara itu mengancam keselamatan mereka. 

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri juga menimbang untuk membawa mereka pulang jika keadaan memerlukan. 

Friday 5 July 2013

Rakyat Malaysia Di Mesir Selamat


Seramai 9,101 pekerja dan pelajar Malaysia di Mesir disahkan selamat walaupun negara berkenaan menghadapi konflik dalaman membabitkan penyokong dan penentang Presiden Mohamed Morsi sejak sebulan lalu.

Perkara ini disahkan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Mesir, Shaiful Anuar Mohammad ketika dihubungi BH semalam, selepas menerima laporan mengenai keadaan rakyat Malaysia di sana. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...