#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 17 August 2014

Bila Teloq Mat Sabu Kecut, Pas Buat U-Turn


Seperti dijangka, mesyuarat yang kononnya dinanti-nantikan bagi menentukan 'isu besar' dalam pemuafakatan Pas dan PR akan menghasilkan jawapan yang mengikut kehendak Anwar Ibrahim.

Apabila sebelum ini Majlis Syura Pas telah membuat ketetapan mengenai sokongan penuh kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, maka berduyunlah pemimpin dan penyokong pro Ulama menyokong keputusan Majlis Syura, walaupun suara Pas bukanlah kuat sangat dalam Pakatan.

Wednesday 13 August 2014

Guan Eng Desak Pas, 'Hang Ada Teloq?' #PakatanRakyat


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi kata dua kepada PAS bahawa Pakatan Rakyat pasti akan berakhir sekiranya parti itu terus berdegil untuk tidak menerima Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Keenganan PAS menyebabkan Guan Eng mendesak agar parti berkenaan menyatakan pendirian mereka secepat mungkin berhubung perkara tersebut tanpa perlu menunggu mesyuarat kepimpinan parti yang akan berlangsung pada 17 Ogos ini.

Thursday 7 August 2014

Sukan Bogel Penang: 'Fakta' Guan Eng Dibidas!


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memuat naik beberapa status perkembangan semasa Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang 2014, di Twitternya kelmarin mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat.

Antara statusnya ‘Inilah kawasan diwartakan Kerajaan Persekutuan yang chalet untuk pegawai awam sahaja. Macam mana boleh bagi sama orang luar guna?’

Tuesday 5 August 2014

Salah Guna Kuasa? Khalid Gagap Ditekan PKR! #KajangMove #TolakMBboneka


Kuala Lumpur: PKR terus memberi tekanan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya meletak jawatan Menteri Besar apabila semalam mengambil tindakan mendedahkan apa yang didakwa mereka salah guna kuasa dilakukan oleh Khalid sepanjang mentadbir negeri itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata PKR akan mengemukakan nota penjelasan lebih 40 muka surat mengenai salah guna kuasa yang dilakukan Khalid itu kepada kepemimpinan tertinggi PKR, PAS dan DAP. Bagaimanapun nota itu tidak diedarkan kepada wartawan. 

Friday 1 August 2014

Perangkap 'Behrang Move' dan 'Kajang Move'


IPOH – “Anwar akan terperangkap dengan mainan kotornya,” Itu reaksi bekas Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi berhubung kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki di laman sosial yang sedang hangat diperkatakan.

Beliau berkata, kenyataan Mohd Zuhdi itu secara tidak langsung mula menampakkan kebenaran yang selama ini tidak diketahui umum termasuk permainan politik cuba diaplikasi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...