#PrayForMH370

#PrayForMH370

Friday 24 May 2013

Apa Muslihat Rektor KUIN Letak Jawatan Tiba-Tiba?


BALING: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul Urus Md Zin hari ini meluahkan rasa kesal atas tindakan Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Datuk Dr Jamil Osman yang meletak jawatan secara mendadak.

Katanya, sekalipun kerajaan negeri kini diteraju Barisan Nasional (BN), Jamil sepatutnya lebih profesional dan mengetepikan perbezaan politik demi menangani masalah yang dihadapi KUIN.

Wednesday 22 May 2013

Black 505: Kenyataan Media MB Kedah


KENYATAAN MEDIA
YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN

Jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, yang terlalu sedikit berbanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti rakyat menolak budaya liar yg cuba dibawa oleh Anwar dan pembangkang. Rakyat sudah menggunakan haknya untuk memilih Kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri Kedah.

Sunday 19 May 2013

MB Kedah: Hentikan Aktiviti Pembalakan!


Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir mengarahkan aktiviti pembalakan di Gunung Inas, Baling dan Tasik Pedu, Padang Terap yang dibantah rakyat, dihentikan bagi mengelakkan ia memberi kesan negatif alam sekitar dan rakyat.

Tegas beliau, aktiviti itu perlu dihentikan sementara supaya kajian semula dapat dilakukan termasuk menyemak semua konsesi pembalakan bagi memastikan ia mematuhi setiap syarat berdasarkan laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA).

Friday 17 May 2013

Aku Janji BN Kedah: Tugas Diserahkan Kepada Exco


Kerajaan Negeri Kedah sudah mengagihkan tugas melaksanakan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik semalam, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, sebagai contoh isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sudah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain untuk menyelesaikannya. 

Thursday 16 May 2013

Senarai Exco Negeri Kedah 2013


YAB Datuk Paduka Haji Mukhriz Tun Mahathir (Menteri Besar Kedah)
Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan Negeri

Senarai Penuh Barisan Kabinet Persekutuan Malaysia 2013


SENARAI BARISAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013


Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Wednesday 15 May 2013

Sudah-Sudahlah Anwar


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu reda dengan ketentuan Allah SWT setelah gagal mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri apabila ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, sebagai seorang Islam, Anwar perlu menerima kegagalannya itu dengan hati terbuka.

Insiden Lahad Datu: 10 Pengganas Didakwa


Seorang wanita warga tempatan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup setelah didakwa melindungi pengganas.

Norhaida Ibnahi, 46, didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi yang bersidang khas secara tertutup di Penjara Tawau.

Tuesday 14 May 2013

Jangan Cabar Undang-Undang!


YAN: "Jangan cabar keutuhan undang-undang!" Amaran keras Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kepada kumpulan yang menganjurkan perhimpunan semata-mata untuk mencetus provokasi dan suasana huru-hara.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit terutama penganjur yang cenderung menjadikan sistem pentadbiran negara sebagai sasaran. 

Wahai Anwar, Terima Sajalah Takdir


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai ketentuan takdir.

Menurut beliau, tindakan Anwar mengetuai siri bantahan dan perhimpunan seperti yang dilakukannya sekarang hanya akan menjadikan negara ini tidak aman, malahan mendorong perpecahan lebih besar dalam kalangan rakyat.

Monday 13 May 2013

PAS Punca Kalah Di Kedah, PAS Tiada Dalam Exco Pulau Pinang


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Pas sebagai punca kejatuhan kerajaan negeri itu kepada Barisan Nasional.

Guan Eng bercakap dalam program DAP di ibu kota kelmarin menafikan dakwaan BN kuat di Kedah sebaliknya pepecahan dalaman Pas Kedah menyebabkan kerajaan negeri yang sebelum ini diperintah oleh Pakatan telah tumbang kepada BN dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

Ini Baru Politik Matang, Bukan Politik Pramatang!



Petikan twitter di atas adalah satu contoh politik matang yang perlu dicontohi oleh semua ahli politik. Sebagai pemimpin, adalah wajib bagi mereka menunjukkan keperibadian dari segi luaran dan dalaman supaya pengikut atau rakyat pun akan mengamalkan budaya politik yang sihat.

Kan lebih elok budaya politik sebegini ditonjolkan daripada dok maki hamun dan mencerca tak tentu pasal kepada pihak lain. Budaya menghina & maki hamun bukan mengajar rakyat menjadi lebih baik, bahkan perkara tidak elok ini lama-kelamaan akan terserap secara sendirinya menjadi budaya hidup kita kelak. Di mana nilai-nilai murni dan adat ketimuran yang selama ini menjadi identiti kita sebagai rakyat Malaysia?

Terimalah keputusan pilihan raya umum yang lalu dengan hati yang terbuka. Kepada pihak yang menang, laksanakanlah amanah yang telah diberikan dengan rasa penuh tanggungjawab. Kepada pihak yang kalah pula, berikanlah ruang untuk bermuhasabah diri, bukannya mengajak rakyat berhimpun, berdemo dan sebagainya.

Di manakah nilai keislaman seseorang pemimpin Melayu/ Islam jika tidak percaya kepada qada' & qadar? Fikir-fikirkanlah bersama.

Sunday 12 May 2013

Tanggung Sendiri Akibat Sertai Perhimpunan Haram


SINGAPURA 12 Mei - Protes di Singapura diadakan tanpa permit dan mereka yang secara sedar menganjurkan dan menyertai aktiviti haram itu perlu menanggung akibatnya, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md. Hussin Nayan.

"Saya berharap rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Singapura patut melihat kepada akibat bakal ditanggung mereka sebelum menyertai aktiviti haram," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

21 Rakyat Malaysia Ditahan!


SINGAPURA 11 Mei - Polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia hari ini kerana mengadakan demonstrasi haram di sini sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia (PRU-13).

Saturday 11 May 2013

Azizan Dikunjungi Pemimpin & Tokoh Negara


GEORGE TOWN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak di wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira 1.30 tengah hari dan meluangkan masa bersama Azizan dan anggota keluarganya kira-kira 15 minit.

Thursday 9 May 2013

Kedah Doakan Kesejahteraan Azizan, Semoga Cepat Sembuh


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah mendoakan bekas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dilaporkan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), agar cepat sembuh.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir dalam satu kenyataan media di sini hari ini berkata keadaan kesihatan Azizan masih kritikal tetapi stabil.

Calon MB Selangor Mesti Dari PKR!


DAP Selangor memutuskan calon menteri besar negeri itu mestilah dari PKR.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, bagaimanapun calon yang layak untuk posisi itu bakal diputuskan dalam Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam tempoh terdekat ini dan spekulasi mengenai perkara itu tidak wajar wujud.

Wednesday 8 May 2013

Untungkah Tahaluf Siyasi Dalam Pakatan?


Pas wajar menilai semula tahaluf siyasi yang dijalinkan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang kerana kerjasama itu terbukti merugikan parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, keputusan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya di Johor merupakan petunjuk terbaik kepada pucuk pimpinan parti.

Kekecohan Dan Huru-Hara Memang Dirancang


Kuala Lumpur: Insiden kekecohan kononnya wujud ketidaktelusan dalam proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelmarin, sudah dirancang pihak tertentu daripada penyokong parti politik yang bertanding untuk mencipta huru-hara di seluruh negara. 

Antara isu tidak benar yang ditimbulkan mereka di luar tempat mengundi ialah mengesan pengundi mirip wajah warga asing seperti Bangladesh atau Myanmar sebelum cuba mengganggu serta melarang mereka mengundi. 

Tuesday 7 May 2013

Sudah Tiba Masanya UMNO Dan PAS Bersatu


KUALA LUMPUR 6 Mei - Sudah tiba masanya UMNO dan Pas bergabung sebagai sebuah parti bagi mengekang kemaraan DAP yang penguasaannya semakin jelas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 semalam.

Pengundi Luar Perlu Bersumpah Untuk Dapat Elaun!


Antara perkara yang terdedah semasa PRU13 yang lalu, pengundi luar yang dikenalpasti perlu bersumpah untuk mendapatkan elaun balik mengundi. Menarik bukan?

Monday 6 May 2013

Mukhriz Mahathir Dilantik Sebagai Menteri Besar Kedah Yang Baru


ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Muhkriz Tun Dr. Mahathir petang mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar yang kesepuluh selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semalam.

Istiadat melafaz surat pengisytiharan pelantikan Menteri Besar dan upacara mengangkat sumpah jawatan itu berlangsung di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini pukul 4 petang tadi.

Keputusan Penuh PRU13 Negeri Kedah



KEPUTUSAN PRU13 (PARLIMEN)

P.004 - LANGKAWI

Nawawi Ahmad (BN) -21,407 
Ahmad Abdullah (PKR) -9,546 
Marina Hussein (Bebas) -180 

P.005 - JERLUN 
Othman Aziz (BN) -24,161 
Ismail Salleh (PAS) -20,891 

Friday 3 May 2013

Pakatan Yang Desperado


KUALA LUMPUR: Melulu dan tidak berasas. Itulah maklum balas polis dan Jabatan Imigresen berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya puluhan ribu warga asing dibawa masuk ke negara ini menggunakan laluan darat, udara dan laut khusus untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, memberi amaran supaya Penasihat PKR itu tidak membuat tuduhan melulu. 

Silat Seni Gayong Tolak Anwar


Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) hari ini melucutkan Sandang Ketua Imam Khalifah yang diberikan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2007 selepas mendapati perjuangan pemimpin itu telah tersasar.

Pelucutan itu diumumkan oleh Waris Keturunan Mutlak Mahaguru PSSGM, Datuk Siti Fadzilah Meor Abd. Rahman dalam sidang akhbar khas di sini.

Apa Juga Cara Untuk Memenangi Persepsi



Dua gambar di atas adalah antara contoh fitnah yang diwujudkan oleh pihak pembangkang bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan. Ini adalah antara kaedah keji yang dilaksanakan asalkan mendatangkan undi kepada mereka dalam PRU akan datang.

Terdesak sangatkah pembangkang? Di manakah perjuangan terhadap rakyat yang diwar-warkan oleh pemimpin mereka, jika secara jelas mereka bermain taktik kotor untuk meraih undi?

Thursday 2 May 2013

Perancangan Huru-Hara PR Semasa #PRU13


Perancangan Pakatan Rakyat untuk mencetuskan huru-hara pada PRU-13 telah pun terdedah luas. Malah, strategi-strategi serangan dan mematah isu juga sudah diketahui umum. 

Antaranya, membawa masuk pelanduk dua serupa dengan Anwar dari Thailand dan melancarkan keganasan seperti mengebom bilik gerakan dan sebagainya. Namun, itu hanyalah permulaan. Kita tahu bahawa pelan kemuncak mereka ialah mencetuskan pemberontakan yang besar. 

Baca selanjutnya di >>SINI<<

Kenyataan Fernandez: PAS Bersikap Bacul Terus Membisu


Sikap pemimpin PAS yang berdiam diri terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez, yang meminta pengundi bukan Islam tidak mengundi calon parti itu menunjukkan mereka takut kehilangan undi bukan Melayu. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pemimpin PAS tidak berani mengeluarkan kenyataan balas terhadap kenyataan Fernandez kerana parti itu akan kehilangan sokongan daripada DAP, sedangkan PAS sangat bergantung kepada parti berkenaan. 

Wednesday 1 May 2013

Kes Tembak TKP Kastam: Polis Sudah Dapat Beberapa Petunjuk


Kuala Lumpur: Polis sudah merakam percakapan 35 individu bagi membantu siasatan pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharudin Ibrahim. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, pada sidang medianya semalam, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti semua 35 individu terbabit. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...