#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday 30 April 2013

Tiga Exco Keluar Parti!


ALOR SETAR: Tiga EXCO Kerajaan Kedah dari PKR semalam, meletak semua jawatan dalam parti pada peringkat pusat dan negeri kerana kecewa dengan pimpinan pusat parti itu. 

Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, Datuk S Manikumar; Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Lim Soo Nee dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Pengangkutan, Tan Chow Kang. 

DAP Tunjuk Belang Sebenar



MELAKA - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang meminta masyarakat bukan Islam tidak mengundi PAS sebagai menunjukkan belang sebenar pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkembangan berkenaan menunjukkan DAP, PKR dan PAS yang berbeza ideologi itu memang tidak dapat bersatu dan bermuafakat dalam banyak hal, sekali gus menyaksikan sering berlaku pertembungan kepentingan.

Monday 29 April 2013

Anwar Wajib Perjelaskan!


Bekas sahabat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib memberikan penerangan kepada rakyat tentang tabiat seks pemimpin yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri itu.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Ilmuan Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang berkata, langkah itu penting bagi memastikan rakyat tidak terus ditipu oleh sikap Anwar yang bermuka-muka dan menjadikan Islam sebagai topeng.

Sunday 28 April 2013

Sidek Baba: Jangan Terpedaya Lakonan Anwar


Bekas sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Profesor Datuk Dr. Sidek Baba mengingatkan pengundi di Permatang Pauh agar tidak terpedaya dengan helah dan 'lakonan' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sehingga membuat keputusan yang salah pada 5 Mei ini.

Sidek, yang merupakan Naib Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata, beliau amat mengenali watak sebenar Anwar selepas membuat kajian dan mengumpulkan maklumat mengenai Ketua Pembangkang itu.

Saturday 27 April 2013

Insiden Lahad Datu: 3 Ahli Politik Akan Dihadap Ke Mahkamah


ALOR SETAR 26 April - Tiga ahli politik dijangka diheret ke mahkamah tidak lama lagi kerana dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka terdiri daripada dua pemimpin popular dari Semenanjung dan seorang dari Sabah. Namun, beliau enggan mendedahkan nama ketiga-tiga pemimpin tersebut.

Kehebatan Ir. Amiruddin Yang Perlu Diketahui Penyokong Pas Kedah


Ir Amiruddin digah sebagai seorang professional yang hebat yang ada di dalam PAS. Dari segi cakapnya, sangat bijak mengalun ayat, namun beberapa perkara perlu diketahui rakyat bagi menilai "kehebatan sebenar" Exco Industri, Pelaburan, Bioteknologi ini.

Thursday 25 April 2013

Kampung Buah Pala: Kenangilah Jasa Pakatan Rakyat



Semasa PRU12 yang lalu, imej Pakatan Rakyat dilihat sebagai satu harapan baru kepada rakyat Malaysia bagi membawa negara ke arah yang lebih maju. Namun setelah diberi 'peluang' oleh rakyat untuk mentadbir beberapa buah negeri, rakyat sudah semakin mengenali barisan pemimpin yang telah dipilih ini.

Hanya sekadar mengingkap kembali kenangan sebelum PRU12, bagaimana rakyat terutamanya penduduk bangsa India di Kampung Buah Pala di Pulau Pinang menaruh harapan setinggi gunung kepada Pakatan Rakyat yang dilihat bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat.

Wednesday 24 April 2013

Imej Najib Bantu BN Baling


BALING - Populariti dan kerja keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak banyak membantu calon-calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Barisan Nasional (BN) di Baling dalam meraih sokongan pengundi muda pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abd Rahim berkata beliau sendiri amat terkejut pada mulanya apabila melihat generasi muda sudah mula menyokong kepimpinan Najib dan BN.

Santai: Dah Lama Dah!



Tok Kenari: Dah lama sangat dah depa ni.. dok kemaruk sangat nak kuasa sampai ke lubang kubur!

Tuesday 23 April 2013

Kenali Calon : Parlimen P012 Jerai


YB SENATOR DATO' SERI JAMIL KHIR BAHAROM

Mempunyai Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Berpegang kepada prinsip bahawa kita perlu menanamkan nilai-nilai positif yang diajar oleh agama Islam. Terdorong menyertai politik menerusi Barisan Nasional kerana mahu membantu merubah kehidupan rakyat untuk menjadi lebih baik.

Menghina Hindu: Cerita Lama Diputar Belit Oleh Pembangkang


Kenyataan yang ditafsirkan sebagai menghina agama Hindu oleh Zulkifli Nordin telah diputarbelitkan oleh pihak pembangkang, kononnya dikeluarkannya semasa bersama Perkasa.

Pas Kedah Gagal! Selepas KUIN, Maktab Mahmud Pula Jadi Mangsa!


Maktab Mahmud, sekolah agama yang dikatakan terbaik di seluruh Kedah. Sekolah agama idaman pada ibu-bapa yang mahu anak-anak mereka mendalami ilmu agama secara serius.

Bila sebut nama Maktab Mahmud, akan ada satu standard dan level khas dalam pemikiran orang Kedah. Malah untuk menjadi pelajar Maktab Mahmud juga bukan mudah, perlu melalui pelbagai ujian sebelum dapat dilantik menjadi pelajar di Maktab Mahmud.

Monday 22 April 2013

Blogger Mahu Dedah Watak Husam


Putrajaya: Beberapa blogger propembangkang mahu mendedahkan ‘siapa sebenar’ Datuk Husam Musa yang banyak mungkir janji ketika menjadi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Kelantan. 

Kumpulan blogger terbabit yang sebelum ini rapat dengan calon PAS Parlimen Putrajaya itu, mahu membantu BN dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan mendedahkan salah laku Husam ketika menjadi wakil rakyat. 

Karpal: Hadi Tak Layak Menjadi PM


Georgetown: DAP tetap tidak mengiktiraf Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, menegaskan sebaliknya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan dipilih memegang jawatan berkenaan. 

Sunday 21 April 2013

Rakyat Kedah Bangkit Bersama BN! #SaveKedah


Perjuangan untuk memartabatkan Barisan Nasional di Kedah disahut oleh seorang bekas guru dan dua anak muridnya merupakan tiga calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu.

Akhirnya rakyat Kedah bangkit dari terus ditipu oleh PAS. Selama ini penipuan licik PAS yang kononnya mereka mendokong ISLAM sedangkan PAS sememangnya parti munafik yang telah memecahbelahkan umat Islam.

Saturday 20 April 2013

Ini Kali Lah, DAP Ganti PAS



Ketulenan Pas dalam memperjuangkan Islam di negara ini disifatkan tergadai sekiranya lambang parti itu digunakan DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Aktivis Pas, Mohd. Khairi Awang berkata, perkara itu amat mengecewakan akar umbi parti kerana Pas dilihat sanggup mengorbankan banyak agenda Islam demi menjaga persahabatan dengan DAP.

Thursday 18 April 2013

Runtuhnya Akhlak Melayu Kerana DAP


Oleh kerana taksub kepada parti, maka manusia sanggup melakukan pelbagai perkara, sehinggakan ke tahap yang tidak kita terfikirkan sebelum ini.

Sebagai contoh seperti gambar di atas, adakah si pelaku tahu apa hukumnya dalam agama Islam mengenai membuat corak / mencukur sebahagian rambut atau yang disebutkan sebagai Qaza', yang ditegah dan haram di sisi Islam?

PAS Permatang Pauh Restu Dr. Mazlan Lawan Anwar



Ini kenyataan dari Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh. Dr Mazlan amat disegani di kalangan ahli PAS di Permatang Pauh sampai ketua pemuda pun datang mengadapnya. Berita sebegini pastinya membuatkan Anwar tak tidur malam lepas ni. Inilah baru BUKU BERTEMU RUAS. Di kalangan orang Permatang Pauh mereka hanya pandang pada anak tempatan yang tahu denyut nadi rakyat di kawasannya. Fokus kepada permasalahan rakyat tempat dan bukannya calon yang menang dan boleh diibaratkan sebagai calon touch and go, lepas menang boleh buat tak tahu pada rakyat.


Kredit kepada MKP dan baca seterusnya di SINI.

Tuesday 16 April 2013

#StopaSpenda: Dalam Pakatan Pun Dok Kelepiaq


Isu pengedaran video 'aktiviti tak bermoral' melibatkan pemimpin PAS dalam minggu ini telah menimbulkan satu fenomena 'luar biasa' di media maya. Populariti pakaian dalam lelaki meningkat dan terus menjadi trending di media twitter dan facebook.

Monday 15 April 2013

Surat Terbuka Kepada Dato' Najmi Ahmad



KHAS UNTUK DATO' NAJMI (BEKAS PEMIMPIN KAGAT)

Dari isi hati kami (warga tentera),

Kami, anggota tentera cukup mengenali Dato' semasa dalam perkhidmatan ATM. Dato dianggap seorang pejuang Islam yang menjadi ikon bagi seluruh anggota tentera yang sentiasa menampilkan seorang pemimpin yang telus, bertaqwa, bersih, dan bertanggungjawab. Saya dan rakan dalam ATM amat terkejut dan hairan seolah-olah tidak mempercayai berita `penyertaan' Dato dalam politik dan ada kalangan kami yang masih terpingga-pingga bagaimana orang yang dahulunya diberi kepercayaan oleh warga tentera kerana sikap dan kepribadian kini mahu bersama dengan manusia yang bergelar `ANWAR'.

Sunday 14 April 2013

Ditipu Pejabat ADUN DAP


ALOR SETAR - Sembilan keluarga mangsa kebakaran di Kampung Palaniappan, Seberang Keretapi Batu 1, Sungai Korok di sini, kecewa dengan tindakan DAP yang didakwa mempermain-mainkan mereka.

Mereka mendakwa telah ditipu seorang pegawai Pusat Khidmat DAP di sini, yang berjanji untuk membina semula rumah mereka dan membayar sewa bilik di Kompleks Hijau Kuning yang dijadikan penempatan sementara mereka.

Beza Politik Dulu Dan Sekarang


“Dulu masa berkempen atau pilihan raya memang tak ada masalah langsung, malah boleh dilakukan dengan aman tanpa berpuak-puak,” kata warga emas yang bakal mengundi kali ke-10 pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei nanti.

Pesara kerajaan, Md Ariffin Othman, 68, dari Kampung Simpang Empat, Chendering, sedikit kesal dengan sikap parti politik sekarang yang tidak boleh bersatu seperti yang pernah dialaminya lebih 40 tahun lalu ketika musim pilihan raya.

Friday 12 April 2013

Kerana Sayang Suami, Rela Tak Bertanding


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau berkata, lebih baik beliau menumpukan perhatian kepada kempen dan menarik sokongan pengundi wanita kepada partinya.

Perpecahan Dalaman! AMK Tolak Calon Parti Sendiri


Telok Kemang - Satu sidang Media telah diadakan AMK Telok Kemang pada pukul 4 petang tadi yang dihadiri sendiri oleh Shahmugam Timbalan Ketua AMK Telok Kemang dan beberapa AJK Cabang Telok Kemang yang sekeras-kerasnya menolak Dato Kamarul Bahrin (Mantan MP Telok Kemang 2008-2013) untuk bertanding di kawasan yang menjadi rebutan di antara BN dan PKR ini.

Dalam kenyataan media yang dihadiri lebih 40 AJK dan Ahli AMK Cabang Telok Kemang menggesa Pimpinan PKR Pusat melakukan reformasi terhadap senarai calon sebelum ianya diputuskan. Mereka juga menggesa supaya PKR Pusat khususnya kem Azmin Ali dan Dato Seri Anwar untuk mendengar cadangan dari PKR Cabang dan bukannya meletakkan sahabat handai dan saudara mara pimpinan tertentu.

Thursday 11 April 2013

Renungan Kepada Penjawat Awam


Kepada penjawat awam yang merupakan penyokong pakatan pembangkang, terutamanya kepada yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, mari kita sama-sama renungkan apa jua kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pemimpin mereka, yang sebenarnya cuba menjatuhkan maruah penjawat awam sendiri.

Tolak Sumbangan Parti, Syabas Polis Kedah!


Polis Kedah mempertahankan tindakannya menolak sumbangan cek Lahad Datu bernilai RM30,000 daripada pakatan pembangkang Kedah, Isnin lalu, atas prinsip berkecuali daripada mana-mana parti politik.

Ia sekali gus menyangkal dakwaan pihak tertentu seperti disebarkan dalam internet tindakan polis itu didalangi oleh Barisan Nasional (BN) Kedah.

Tuesday 9 April 2013

Jangan Curi Kerusi Kami!



Pas Pusat mengesahkan tidak akan melepaskan mana-mana kerusi milik mereka untuk memberi laluan kepada rakan pakatan lain mendapat tambahan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada kerusi Pas dilepaskan, sebaliknya kemungkinan berlaku proses pertukaran kerusi antara calon parti dalam Pakatan Rakyat.

Monday 8 April 2013

Nik Aziz Perlu Muhasabah Diri!


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa untuk muhasabah diri berikutan sering mengeluarkan pelbagai 'fatwa' yang dilihat menghukum orang lain tanpa memikirkan kesan akibat daripada perbuatannya itu.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan Wan Ismail Wan Ahmad berkata apabila Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan ajaran Islam dan diikut secara membuta tuli oleh pengikutnya, bakal memberi impak negatif kepada masyarakat secara umum.

Santai: Orang Yang Sama, Zaman Yang Berbeza



Tok Kenari: Dari dulu sampai sekarang, maintain je bergaya. Inilah pemimpin yang kita mahu!

Sunday 7 April 2013

Mat Sabu Mahu Batal MoU LIMA



Pembangkang terus memperlihatkan kebencian terhadap kejayaan negara apabila menyatakan hasrat untuk membatalkan semua memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM4.2 bilion yang dimeterai dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013) jika berjaya menawan Putrajaya.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendakwa, LIMA 2013 yang berlangsung baru-baru ini merupakan medan terakhir kerajaan untuk ‘mencuri duit rakyat’ selain menyatakan sebahagian daripada hasil urus niaga yang berlangsung ketika itu akan menjadi milik pemimpin Barisan Nasional (BN).

Lagi Perancangan Jahat Pembangkang Terdedah


Selepas beberapa perancangan jahat pembangkang menjelang pilihanraya didedahkan seperti di SINI dan SINI, ada lagi perancangan mereka seperti surat di atas. Ditulis di situ "...untuk mengeruh dan menakutkan pemikiran pengundi UMNO BN."

Sidek Baba: Negara Terancam Jika Pilih Anwar!


Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba.

Sidek berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak.

Saturday 6 April 2013

Santai: Dua Gambar, Zaman Yang Berbeza



Ini semua ketentuan Allah. Dulu Tun Abdul Razak menjadi PM, sekarang anaknya pula, Datuk Sri Najib. Mungkinkah kali ini Datuk Sri akan mengangkat sumpah di hadapan Tuanku Agong sebagai Perdana Menteri yang dilantik menerusi kemenangan PRU?

p/s: Marilah kita bersama-sama memberi kepercayaan penuh kepada Datuk Sri Najib!

Wan Azizah Nak Bertanding Ke Tidak?


Dipetik dari akhbar KeadilanDaily, Anwar Ibrahim telah mengatakan bahawa isterinya, Wan Azizah tidak akan bertanding bagi PRU kali ini, dan perkara ini disahkan pula oleh Azmin Ali.

Bekas Naib Presiden PAS: Berikan BN Mandat Di Baling


Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad menegaskan beliau tidak akan mengundi adiknya, Datuk Najmi yang dicalonkan PAS bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. 

Beliau yang menjadi pengundi di kawasan itu menyatakan iltizam berkenaan kerana mahu memastikan BN mendapat mandat kukuh untuk terus memerintah, sekali gus menjamin kepentingan agama, bangsa dan negara. 

Wednesday 3 April 2013

Parlimen Dibubarkan Hari Ini


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi telah mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sementara itu, empat negeri pembangkang telah bersepakat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serentak dengan Parlimen. Maksudnya, DUN bagi Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor juga akan dibubar pada hari ini juga.

p/s: Semboyan telah berbunyi, maka bermulalah pertarungan PRU-13 yang ditunggu-tunggu selama ini!

Sudah Tiba Masa Singkirkan Mereka!


JOHOR BAHRU- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa rakyat khususnya di Johor untuk mengambil kesempatan pada Pilihan Raya Umum ke-13 bagi menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang.

Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disingkirkan.

Tuesday 2 April 2013

PAS Tolak Anwar?


Ramai pemimpin PAS yang berlatar belakang agama rata-ratanya sudah hilang kepercayaan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berikutan keraguan masing-masing atas faktor isu moral dan kerendahan moral yang menyelubungi sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Golongan ini termasuklah sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama PAS yang berkongsi pendapat bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri seandainya PR berjaya menguasai Kerajaan Pusat kelak, disebabkan pertimbangan berkaitan moral dan akhlak.

Monday 1 April 2013

Santai: Sejarah Tidak Menipu


Dulu, mereka dilihat sebagai harapan kepada rakyat. Tapi bila amanah diberi, mereka khianati pula harapan yang rakyat berikan. Ini bukan perkara rekaan, tapi sejarah telah membuktikan, harapan yang diberikan rakyat Pulau Pinang tidak dilaksanakan seperti yang dijanjikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...