#PrayForMH370

#PrayForMH370

Saturday 30 June 2012

Cerita KUIN Lagi : Purdah Tidak Dibenarkan



Institusi pengajian tinggi di bawah kelolaan parti Islam tak benarkan pemakaian purdah? Awat jadi macam ni? Ostat Zizan jangan kata tak tau pulak.. apa salahnya kalau budaya Islam diimarahkan dalam kampus? Pihak KUIN kena bagi penjelasan mengenai perkara ini (dan perkara-perkara lain seumpamanya)..

Tok Kenari: Ingatkan bila dah dok bawah pentadbiran PAS, boleh la diperjuangkan ciri-ciri budaya Islam.. tapi lain plak jadinya.. dah la buat kemusnahan dengan alam sekitar (isu pembalakan Gunung Inas, Baling), bagi pulak tanah utk perkuburan komersial bukan Islam (isu tanah di Sg Kob, Kulim), ditambah lagi dengan kewujudan pusat-pusat maksiat.. adus, serabut kepala Tok tengok depa ni..

Thursday 28 June 2012

Pengurusan Bermasalah, Kakitangan KUIN Buat Laporan Polis


Lima orang kakitangan KUIN telah membuat laporan polis pada 27 Jun 2012 berikutan pentadbiran KUIN yang lemah dan bermasalah. Antara kandungan laporan yang dibuat oleh kakitangan daripada peringkat pensyarah hingga pembantu tadbir ini:

a. Pembayaran pinjaman ansuran kepada Bank Rakyat tidak dibuat walaupun potongan gaji telah dibuat oleh KUIN.

b. Pembayaran ansuran kepada Bank Persatuan yang gagal dilakukan oleh KUIN meskipun potongan gaji pekerja telah dilaksanakan.

c. Bayaran zakat kepada Pusat Zakat Kedah tidak dilunaskan walaupun potongan untuk bayaran zakat dibuat setiap bulan.

d. Tunggakan KWSP yang sangat besar jumlahnya sedangkan gaji dipotong setiap bulan.

e. Tunggakan bayaran kepada SOCSO meskipun potongan gaji dibuat setiap bulan.

f. Potongan majikan untuk simpanan Tabung Haji yang tertunggak.

g. Pinjaman perumahan dengan Bank Islam tertunggak selama 2 hingga 3 bulan.

h. Potongan pinjaman peribadi Bank Muamalat tertunggak walaupun KUIN telah memotongnya dari wang gaji mereka.

Kesemua laporan polis tersebut mempunyai satu persamaan, iaitu tidak berpuas hati dengan pentadbiran KUIN kerana tidak membuat bayaran kepada agensi atau pihak ketiga sedangkan wang pekerja telah dipotong menerusi potongan gaji bulanan. Baca selanjutnya di sini.

Tok Kenari: Macam-macam masalah menimpa KUIN berlaku semenjak PAS pegang Kedah. Dari peringkat atasan, pentadbiran sehinggalah para pelajarnya. Jangan dok aniaya orang PAS ooi, Islam tak ajar macam tu.. dulu depa ni reti membangkang je, bila dah pegang takkan nak sembang membangkang lagi?

Wednesday 27 June 2012

Janji Ditepati : Tema Kemerdekaan 2012


'Janji Ditepati'  dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos. Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala bagi sebelam malamnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

Sumber : Bernama

Tok Kenari: Sesuai sangat tema tu, seiringan dengan roadshow PM ke seluruh negara.. janji mesti ditepati, bukan sekadar janji ditaburi..

Tuesday 26 June 2012

Mahalnya Ucapan Terima Kasih


Mudah sahaja sebutannya, malah kanak-kanak kecil pun sudah mampu melontarkannya dengan baik. Namun, ia masih berat dan kelu untuk dijadikan pakaian lidah bagi segelintir manusia. Walhal, ia hanyalah sekadar dua perkataan, terima kasih, dan rasanya tidak memerlukan pergelutan lidah bagi menyebutnya.

Begitu mahalnya ucapan itu, sehingga adakalanya perlu diingatkan terlebih dahulu untuk membuat demikian dan ia adalah satu keadaan yang sangat menyedihkan.


Biar apa pun sebutannya dalam bahasa lain, namun tujuannya tetap sama, yakni sebagai lambang penghargaan betapa kita menghargai apa yang dilakukan oleh orang lain kepada kita. Ucapannya mudah, namun nilai di sebaliknya sangat bermakna kepada seseorang dan boleh memberikan kebahagiaan, kegembiraan kepada si penerima.

Dalam Islam juga, terima kasih turut disesuaikan dengan kalimah 'syukur', yakni diucapkan bagi menyatakan perasaan gembira sebaik menerima sesuatu nikmat, rezeki sebagai menghargai anugerah pemberian Allah.

baca artikel penuh di sini.

Tok Kenari: Artikel yang Tok petik dari Bernama ini sangat sesuai dibaca oleh generasi kita pada masa sekarang. Budaya timur kita semakin luntur, bersaing dengan perkembangan kemajuan dan teknologi global. Sebagai orang Melayu dan Muslim, perkara sekecil ini perlu sentiasa dipraktikkan bagi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan kita di Malaysia ini. Budaya melambangkan keperibadian sesebuah bangsa, yakni bangsa Malaysia! TERIMA KASIH kerana sudi membaca..

Sunday 24 June 2012

Di Negeri PAS : Hiburan Islamik Kah Ini?


Beberapa bloggers telah menimbulkan kerisauan dan rasa tidak puas hati berikutan banyak pusat hiburan yang wujud seperti cendawan selepas hujan di negeri Kedah semenjak tampuk pemerintahan negeri diambilalih oleh PAS. Harapan rakyat semasa memilih PAS menerajui kerajaan negeri adalah bagi mewujudkan suasana harmoni dan aman menerusi keislaman yang ditunjukkan oleh PAS. Namun, harapan rakyat ini telah dicabul. Lebih banyak pusat hiburan dan maksiat diwujudkan berbanding pusat rekreasi atau aktiviti keagamaan yang lebih mensejahterakan rakyat.


Kekesalan terhadap sikap tidak tegas kerajaan PAS Kedah ini bukan sahaja ingin disensasikan oleh blogger pro-BN tetapi turut disuarakan oleh blogger pro-PR seperti sini dan sini. Beberapa pendedahan mengenai beberapa pusat-pusat hiburan dan maksiat ini pun turut didedahkan oleh blogger AloqStaq seperti di sini dan sini. Nampaknya perkara ini bukannya hendak memihak kepada mana-mana parti politik, sebaliknya ia sudah menjadi isu meranapkan akidah, iman dan sahsiah orang Kedah terutama sekali orang Islam.



Harap-harap ada tindakan tegas oleh pemimpin PAS, itupun kalau ada hati nak 'pegang' Kedah lagi.. jangan tinggalkan masalah dan 'najis' sebegini kepada BN lepas PRU13 nanti..

Tok Kenari: Orang non-muslim pun ada yang tak setuju dengan pusat-pusat sebegini, inikan pula orang Islam.. takkan nak tunggu lebai dan serban orang PAS terbakar kot baru nak tegakkan Islam.. kalau ye pun nak wujudkan Negara Berkebajikan, berpada-pada lah..

Sunday 17 June 2012

JAS : Hentikan Projek Di Kawasan Gunung Inas


ALOR SETAR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) meminta Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) menghentikan serta-merta projek pembangunan kawasan Gunung Inas di Baling kerana tidak mendapatkan kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

JAS menafikan pihaknya meluluskan laporan penilaian EIA bagi projek itu pada 2010 seperti didakwa oleh Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed, Datuk Shahabudin Shafie.

"Laporan EIA bagi projek itu tidak diluluskan JAS. Adalah penting perkara ini disemak dahulu oleh PMBKed dan apa-apa kerja di situ hendaklah dihentikan serta-merta" kata kenyataan JAS di Putrajaya yang difakskan kepada Bernama di sini, semalam.

JAS berkata demikian bagi mengulas kenyataan Shahabudin Selasa lepas bahawa penerokaan Hutan Simpan Gunung Inas telah mendapatkan kelulusan Laporan EIA pada 2010 dan pihaknya akan meneroka lebih 5,000 hektar kawasan itu untuk ditanam getah klon balak dalam tempoh lima tahun.

Kelmarin, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu media Kerajaan Negeri tidak akan menghentikan pembalakan di kawasan itu kerana projek dilaksanakan mengikut garis panduan dan peraturan Dasar Perhutanan Negara. -Sinar Harian 15 Jun

Tok Kenari: Dah takdak hutan lain ke sampai nak guna hutan simpan? Dulu kata dah dapat kelulusan EIA, tp awat JAS kata lain plak? Tak salah nak buat pembangunan, tapi jangan sampai faktor alam sekitar diabaikan pulak..

posted from Bloggeroid

Friday 15 June 2012

MB : Pembalakan Di Baling Tidak Akan Dihentikan

Kerajaan PAS Kedah tidak akan menghentikan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Inas, Baling dekat sini, meskipun diminta berbuat demikian bagi memulihara alam sekitar dan menjaga kepentingan penduduk di situ.


Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kelulusan dan permit sudah dikeluarkan dan kontraktor membayar semua premium kepada Jabatan Perhutanan sebelum mereka dibenarkan memulakan kerja pembalakan.


"Nak berhenti pasal apa, kita dah lulus dan beri permit. Kita tidak benar mereka tebang balak melainkan bayar semua premium kepada Jabatan Perhutanan dan selepas pokok ditanda, baru boleh tebang," katanya kepada pemberita - Sumber: Utusan Malaysia 14 Jun.


Pendedahan lain mengenai pembalakan oleh blogger McTheory, KLIK SINI.


Tok Kenari: bayar dulu baru tebang? hahaha... betoi ka tebang apa yang ditanda? Tok rasa macam depa tebang kesemua ja.. main tibai ja.. jangan la dok gebang kat rakyat hasil kerajaan negeri meningkat menerusi balak.. kan ada banyak lagi sumber/hasil negeri yang lain.. silap2 kalau depa pegang lagi kerajaan negeri, abih kesemua hutan kat Kedah ni depa tarah.. sejahtera kejadah apa macam ni?

Thursday 14 June 2012

PAS Kedah Gagal Tepati Janji Bina Rumah Kos Rendah

"ALOR SETAR, 13 Jun - Kerajaan PAS Kedah gagal menepati janji untuk membina projek rumah kos rendah di Bandar Darul Aman, Jitra dekat sini yang dilancarkan pada 2010 apabila pembinaannya belum lagi bermula.
Ketua Pemuda GERAKAN Kedah, Tan Keng Liang berkata, tapak apartment di Taman Tunku Intan Safinaz itu terbiar kosong walaupun projek tersebut dilancarkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Tambahnya, projek itu dikendalikan oleh anak syarikat Bina Darulaman Berhad iaitu Darul Aman Realty Sdn Bhd bagi membina 660 unit rumah apartment untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana." -sumber Utusan Malaysia 14 Jun


Hasil pencarian mengenai perkara ini, Tok jumpa maklumat mengenai Taman Tunku Intan Safinaz ni dalam Warta Kedah yang telah dilaksanakan upacara pecah tanah oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada 31 Mei 2010. Dah lama tu.. tapi kenapa sekarang ni masih tiada progress? Yang Tok nampak banyak perumahan kos tinggi dan mewah yang naik.. alamatnya rakyat Kedah ni terutamanya orang Melayu telan ayaq liuq je la.. tak dak harapan nak miliki rumah sendiri.


Ayat menarik dalam artikel Warta Kedah yang sedap dibaca, tapi rakyat Kedah tolong la nilai sendiri apa dah jadi sekarang:
"Menteri Besar memberitahu, inilah manifestasi keperihatinan dan komitmen kerajaan yang tinggi dalam membela rakyat berpendapatan rendah khususnya untuk merealisasikan perlaksanaan 'Kedah Sejahtera'.
"Perlaksanaan projek pembangunan rumah kos rendah adalah bukan berasaskan keuntungan, sebaliknya ia lebih kepada tanggungjawab sosial kepada rakyat", katanya. -baca selanjutnya di sini 


Tok Kenari: Baru sepenggal pegang negeri dah ada janji yang tak tunai.. memang macam ni ke kerajaan PAS? takkan nak ikut macam kerajaan Kelantan kot, janji pembangunan bermacam-macam tapi berapa kerat je yang ditunaikan.. nasib baiklah ada gak sumbangan Kerajaan Pusat kepada depa.. aduhai tok jijan..



Wednesday 13 June 2012

Isu WWW1 : Nizar Sedia Minta Maaf

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyatakan kesediaan untuk mengadap Sultan Johor bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya mengenai bidaan pendaftaran kenderaan WWW1.
Mohammad Nizar berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi mengadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu ini. Berita selanjutnya di sini

Kenyataan kontrovesi Nizar Jamaluddin dalam twitternya

Tok Kenari: Kalau kenyataan dalam twitter macam ni dikatakan bukan bertujuan menghina, Tok taktau nak kata apa.. kenapa nak pertikaikan Sultan yang menggunakan sumber kewangannya sendiri? tak usik duit rakyat langsung.. lain la macam hang yang guna duit rakyat beli kereta Camry untuk exco-exconya beserta nombor plat khas yang mahal..pastu guna untuk 11 bulan je.. kan membazir namanya.. aduyaii...

Tuesday 12 June 2012

Kenapa Tiba-Tiba Tukar Statement?

Apabila kami terbaca berita di atas, terus terdetik dalam hati kami yang percaturan politik Pakatan Haram ini sudah mencapai satu tahap yang tidak pernah difikirkan oleh orang biasa di negara ini. Adakah berita di atas membawa maksud bahawa Mat Sabu tidak bersalah dan pengadu kini diselubungi seribu satu penyesalan kerana memfitnah beliau? Baca selanjutnya di sini

Tok Kenari: Maaf cakap, Tok rasa pengadu kes ini dah dibayar oleh puak pakatan haram ni.. sedangkan kes pendedahan saudara Razali Abd Rahman (ex-DAP) tentang perancangan licik DAP pun depa sanggup counter dengan RM1juta, inikan pula pengadu yang hanya sekadar pesara polis yang mungkin terdesak dengan masalah kewangan.. who knows?

Sunday 10 June 2012

Jangan Buat Lagi Perangai 2008

Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno di negeri yang dikuasai pembangkang sekarang sepatutnya sudah belajar daripada pengalaman lalu yang menyebabkan BN gagal membentuk kerajaan di negeri-negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata setelah lebih empat tahun pengalaman hitam selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, pemimpin-pemimpin berkenaan sepatutnya menyedari kesilapan mereka sehingga menyebabkan kekalahan itu.

"Dah lebih empat tahun...kalau tak belajar lagi saya tak tahu nak kata apa. Kalau mereka rasa marah (sebab kalah), selepas empat tahun patut takde lagi. Kalau kecewa tak boleh kecewa lagi.

"Buat ketetapan dalam hati masing-masing rasa marah, kecewa dan hampa dah berlalu. Kini masa untuk tebus kekalahan dengan komitmen yang tidak berbelah bagi. Ini sahaja boleh jamin kemenangan kita," katanya pada jamuan malam bersama pemimpin BN negeri Kedah di sini.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata jika kesilapan yang sama diulangi, mustahil 'pisang tidak akan berbuah dua kali'.

"Apa yang penting, kita mesti bersatu dan bersedia. Takde pilihan lain hanya pasukan yang bersatu dan bersedia sahaja akan menang. Kena berkhidmat dan berbakti. Saya sendiri terpaksa bekerja keras. Jangan biarkan saya kerja seorang...kena bekerja satu pasukan," katanya.

Perdana Menteri berkata jika Umno dan BN hanya menjaga orang-orang tertentu atau kaum-kaum tertentu, itu bukanlah berbakti namanya.

"Umno jangan hanya jaga Melayu sahaja. Rakan-rakan kita (parti komponen BN) juga kena jaga orang Melayu dan kaum-kaum lain. Tak patut ada orang rasa terbiar. Kita kena berkhidmat, berbakti, bertindak, berstrategi, berkorban dan bertawakal," katanya.

Najib berkata sebagai parti dan kerajaan di peringkat pusat, pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk rakyat bagi meyakinkan mereka bahawa BN yang lebih baik dan lebih berkemampuan serta rakyat boleh sandarkan harapan.

Katanya BN perlu meletakkan perbandingan dengan apa yang dipaparkan kumpulan pembangkang kerana pembangkang tiada pelan yang boleh dipercayai sebagaimana BN yang berpijak di bumi nyata.

"Sejak beberapa hari ini pemimpin pembangkang tak berapa nak sebut tentang Buku Jingga. Ada beberapa pemimpin pembangkang termasuk Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) mempersendakan Buku Jingga," kata Najib.

Perdana Menteri dan isteri hari ini melawat Kedah. Lawatan dimulakan dengan mengunjungi Masjid Al-Taufiq di Kampung Air Merah di sini.

Pada kunjungan kira-kira 3.30 petang itu, Najib mengumumkan peruntukan RM200,00 untuk membina sebuah bangunan baru Kelas Fardu Ain (KAFA) di masjid itu.

Beliau kemudian melancarkan program Jelajah Janji Ditepati di Kulim Hi-Tech Park di sini yang dikunjungi lebih 30,000 orang. -Sumber


Tok Kenari: Seharusnya pemimpin Barisan Nasional ambil pengajaran daripada PRU12 yang lalu.. jangan dok berebut nak pegang kerusi/kuasa saja tapi fikirkan khidmat dan kemakmuran yang hendak diberikan kepada rakyat.. kuasa yang diberikan adalah penentu masa depan negara

Friday 8 June 2012

Video Pilihan : Memang Benar Dik Oi!

Lagu kreatif yang Tok Kenari suka dengar.. sesuai sangat kalau liriknya dihayati oleh orang-orang kita, terutama sekali orang Melayu kita.


Mari Kita Cari Titik Persamaan,
Jangan Dibesarkan Titik Perbezaan,
Di Situ Bermula Perpaduan Kita,
Di Situ Bermula Perpecahan Kita,

Benarkah Ini Rumah Kita,
Memang Benar Dik Oi,
Duduklah Di Kerusi,
Jangan Duduk Di Lantai Saja,

Rumah Ini Rumah Kita,
Memang Benar Dik Oi,
Sudah Terang Lagi Lah Nyata,
Jangan Sengketa,
Sesama Kita Jangan Sengketa,

Rumah Ini Rumah Kita,
Jangan Biarkan Orang Yang Jaga,
Di Tangan Kita,
Buruk Baik Di Tangan Kita,

Benarlah Ini Rumah Kita,
Makan Lah Isi,
Jangan Hanya Hirup Kuahnya,

Baru Tentu Hala Tujunya,
Anak Cucu Terpelihara,
Berbaik Berpada-Pada,
Jangan Cacing Naik Ke Mata


Tok Kenari: Takkan kita nak biarkan rumah yang dibina bersama-sama sejak lebih 50 tahun ini nak dibinasakan oleh orang lain? Bila duduk sebumbung, maka sama-samalah kita berpakat menjadikan rumah kita menjadi lebih baik

Tuesday 5 June 2012

Apabila Politik Diutamakan, Sekolah Agama Rakyat Menjadi Mangsa?





Gambar di atas menunjukkan Lee Bon Chye menunjukkan senarai tandatangan 30 penduduk Cina bagi membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman. Yang paling sedihnya Radhi Zainon pun setuju bantahan penduduk Cina hanya kerana undi pada PRU13 nanti.

Hadis Rasulullah S.A.W

"Sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya adalah syahid, sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan maruahnya adalah syahid, sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya adalah syahid dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya adalah syahid."
(Riwayat Abu Daud, An Nasai dan At Tirmizi).

Jika dihayati Hadis di atas sudah cukup bagi seorang umat Islam wajib menentang pihak yang menghalang Institusi Agama Islam daripada berkembang.

Jika kita ditakdirkan mati ketika mempertahan Sekolah Agama Rakyat ini kita akan mati syahid.

Jadi entah apa yang ada dalam kepala otak calon Pas DUN Sungai Rapat sehingga bersama-sama dengan Lee Bon Chye menentang pembinaan Sekolah Agama Rakyat ini.

Ternyata Pas kini sudah kehilangan arah, makin kerap Pas membuat sembahyang hajat dana majlis munajat semakin banyak pula kejadian seperti ini berlaku seolah-olah Allah tidak redha apa yang Pas telah lakukan kepada umat Islam. -sumber AloqLaloq

Tok Kenari: Apabila pejuang agama dalam parti berteraskan agama pun tak memperjuangkan agama, memang patut la konsep Negara Islam mengecut menjadi Negara Berkebajikan.. PAS Perak takkan nak ikut style Nizar plak kot? Atau ikut perjuangan PAS Kedah: House Bar dibangunkan, Madrasah Salihiah dirobohkan..??





Monday 4 June 2012

Rakyat Perlu Bersatu - YDP Agong



Sayu hati Tok Kenari apabila mendengar titah DYMM YDP Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah semasa Istiadat Menghadap & Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan YDP Agong baru-baru ini. Daripada titah tersebut, Tok Kenari faham akan kebimbangan dan kegusaran Tuanku terhadap rakyatnya kini, terutamanya orang-orang Melayu yang semakin berpecah dan negara semakin huru-hara..
"Apakah yang akan kita tinggalkan kepada darah daging kita, anak cucu kita, selaku generasi yang akan datang. Adakah sebuah negara yang punah atau  watan yang makmur sejahtera. Pada hemat beta, semua pilihan ini terletak dalam tangan setiap rakyat Malaysia"
"Sekalipun atas nama politik atau apa-apa organisasi janganlah sehingga sanggup meletakkan ia melebihi kepentingan negara, hatta mengkucar-kacirkan keharmonian. Ini ternyata satu perkembangan yang tidak sihat dan sewajibnya dielakkan" -sumber: Kosmo!
Bagi menyahut saranan YDP Agong ini, Tok Kenari rasa adalah wajar muzakarah melibatkan parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan Melayu-Islam diteruskan tanpa menetapkan sebarang syarat demi perpaduan rakyat dan kesejahteraan negara. Tunjukkan keikhlasan masing-masing untuk bersama-sama memakmurkan negara kita yang dicintai ini..


Tok Kenari: Sultan dan Raja Melayu merupakan penaung kepada negara dan bangsa kita.. tapi Tok sedih dengan orang Melayu sendiri yang bersikap derhaka dengan Sultan dan Raja Melayu kita sendiri.. bukan bermaksud Sultan dan Raja Melayu itu lebih mulia sehingga setaraf nabi junjungan kita, tapi itulah uniknya negara kita bernama Malaysia atau Tanah Melayu ini.. dan sebenarnya Melayu itu halus, ada kesopanannya, ada budi pekertinya, ada nilainya.. Daulat Tuanku!!


Sunday 3 June 2012

Dihalau Akibat Perbezaan Politik


BACHOK – Sebuah keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di sini terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik.
Esah Ya (gambar kecil), 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.
Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang di rumah salah seorang anak di Kampung Nipah, dekat sini.
“Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini.
“Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil,” dakwa Esah ketika ditemui di sini, kelmarin.
Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.
Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 pada Isnin lepas, sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan.
“Kami sangat sedih bila dihalau keluar sambil pemiliknya memberitahu rumah ini lebih baik disewakan kepada orang lain,” dakwanya.
Sehubungan itu, Esah amat berharap untuk mendapatkan bantuan pihak tertentu bagi membina rumah sendiri di atas tanah mereka yang berdekatan. -Kosmo!

Tok Kenari: Masalah masyarakat Melayu sekarang dah semakin menjadi-jadi.. kerana berbeza fahaman politik (sedangkan menganut agama yang sama), maka hubungan persaudaraan pun sanggup dikorbankan.. taksub sangat!! Apabila taksub tahap dewa, maka Melayu mula berpecah seperti putus saudara darah daging, putus sahabat, solat ikut masjid/imam masing-masing, kafir-mengkafir sesama muslim.. Ya Allah, Kau berilah hidayah kepada umatMu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...