#PrayForMH370

#PrayForMH370

Sunday 23 December 2012

Konsesi Balak PAS-DAP : Nak Ugut Pulak Dah!



Ipoh: EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, membuat laporan polis kerana diugut oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkaitan pendedahannya mengenai syarikat pembalakan membabitkan Nga dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Dalam laporan di Balai Polis Kampung Rapat di sini semalam, Hamidah mendakwa Nga mengeluarkan perkataan ‘you revealed, watch out, I will go after you’ (awak dedahkan, jaga-jaga, saya akan cari kamu) di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis lalu. 

Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman Menyesal Masuk PAS!


Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahliannya menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping.


Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi Shaari kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Saturday 22 December 2012

Dah Tua Tapi Perasan Masih Gagah!


Dalam kehangatan nak menghadapi PRU13 yang akan datang, tetiba ada seorang tua yang sepatutnya dinasihatkan berehat sahaja kat umah, tak nak melepaskan takhta dan kemewahan yang dimilikinya semenjak lebih 20 tahun yang lalu.. kalau dulu dia kata sanggup letak jawatan apabila Tun Mahathir undur dari jawatan PM, si munafik tua ni masih meneruskan kegila-kuasaannya untuk memegang kuasa sehingga ke liang kubur! Dah tiada pelapis ulama kah dalam parti mereka ini?

Kononnya kepimpinan negara semenjak lebih 50 tahun ini tidak menekankan prinsip Islam, sedangkan rakyat secara aman masih bersolat di masjid-masjid yang dibina, tiada masalah untuk berpuasa semasa bulan Ramadhan, malah turut diwujudkan Tabung Haji bagi mengurus jemaah haji negara (turut mendapat pujian oleh Arab Saudi!)..masih tidak Islamik kah?

Mari kita baca artikel MyMassa di SINI, mana la tau kot-kot si munafik tua ini tetiba masuk ICU dan mempertimbangkan semula keputusan untuk bertanding?


Tok Kenari: Sedarkah kita, bangsa Melayu mula berpecah semenjak PAS keluar UMNO? Dan bangsa Melayu semakin terancam bila PAS berkawan dgn DAP?

Monday 17 December 2012

Politik Islam Bukan Milik PAS Sahaja


Amalan boleh didukung sesiapa saja

Kelahiran dan pertumbuhan politik Islam didorong oleh pemikiran dan nilai universal yang dianjurkan oleh ajaran agama Islam. Dalam kata lain, ajaran agama yang bersifat sejagat berhubung pelbagai persoalan kehidupan manusia menjadi sumber dan sandaran terpenting perkembangan politik Islam. Ini bererti, pembabitan dalam menjayakan politik Islam dari segi cita-cita dan amalannya boleh didukung dan disertai oleh sesiapa sahaja, Muslim dan bukan Muslim asalkan mereka bersedia menerima prinsip asas perjuangan politik Islam. 

Barangkali perumpamaan mudah bagi memahami perkara ini ialah dengan membandingkan politik Islam dengan perkembangan sistem kewangan Islam yang tumbuh dengan pesat di negara ini. Sistem kewangan Islam lahir dan tumbuh kerana didorong oleh idea mengenai keadilan dan kesaksamaan ekonomi dalam ajaran agama. 

Sunday 16 December 2012

Pengerusi DAP Kekal Milik Karpal


Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh terus kekal memimpin parti itu setelah dilantik lagi memegang jawatan berkenaan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) hari ini.

Karpal yang tidak digemari oleh beberapa pemimpin DAP sebelum ini, dilantik sebagai pengerusi bagi penggal kedua setelah memenangi CEC dan mendapat undi ketiga tertinggi pada pemilihan Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung di sini semalam.

Thursday 13 December 2012

Orang Atas Cantas Balak, Orang Bawah Kena Selut

Gambar Hiasan

Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kerajaan Kedah yang diteraju Pas kerana gagal mengawal aktiviti pembalakan di negeri itu sehingga kerap berlaku banjir luar biasa yang merosakkan rumah dan kemudahan rakyat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, keadaan tersebut antara bukti pembangkang tidak mampu mentadbir negeri dengan baik dan penduduk Kedah perlu mengembalikan kuasa memerintah negeri kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Friday 7 December 2012

PAS Kata Tiada Masalah Sambut Halloween


Pihak kafir tidak akan berputus-asa memerangi orang Islam sehinggalah kita menjadi sebahagian daripada mereka.. secara halus mereka akan mempengaruhi dan menarik sedikit demi sedikit ke arah kumpulan mereka.. dalam hal ni, pemimpin parti yang dikatakan memperjuangkan agama Islam pun boleh dok main-main dan tiada prinsip tentang budaya dan perayaan kafir laknatullah.

Sumber dan kredit to sis Bicara Gades


Wednesday 5 December 2012

Leman Raja Lawak Anak Kampung Memali?


Tak sangka plak ada puak dalam PAS nak kaitkan Leman Raja Lawak (lawak ke?) dengan anak Ibrahim Libya di Memali.. sapa yang tak kenal Ibrahim Libya? Orang yang terpengaruh dengan amanat orang kuat PAS yang akhirnya memecah-belahkan orang Melayu kerana fahaman politik.. baca selanjutnya di >>SINI<<

Kredit to bro AloqLaloq

Tok Kenari: Leman ni bukannya lawak pun... tapi dakwaan puak-puak PAS ni memang lawak.. haha

Saturday 1 December 2012

Santai Pagi : Parti Nepotisme?



Di kala puak pembangkang menyerang pemimpin UMNO/BN dengan budaya kronisme yang sebenarnya dalam parti depa pun berlambak, tetapi adakah depa sedar bahawa parti pembangkang pula mengamalkan budaya nepotisme yang lebih bahaya? Kalau semua kepimpinannya dipegang oleh anak-beranak, maka kemewahan hasil dok menipu rakyat hanya akan diisi dalam poket depa ja.. yang ketua dok kenyang, pengikut pulak dok usung tabung..  -Kredit to GadesPenang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...