#PrayForMH370

#PrayForMH370

Tuesday 31 July 2012

Kerajaan Sekarang Ni Sekular Kan?



Biarkan gambar di atas menerangkan segalanya. Sumber: Pisau.net

Tok Kenari: Dalam depa kata kerajaan la ni sekular dan tidak Islamik, agaknya berapa banyak Masjid dan Surau dah dibina, malah kita masih boleh lagi mendengar azan berkumandang di negara kita ni.. bila dah bagi ruang untuk beragama, golongan ni pulak yang dok sokong pembangkang.. nikmat depan mata dah tak nampak.. apa kata anda?

Monday 30 July 2012

Kata-Kata Lim Kit Siang 13 Mei 1969, Melayu Mudah Lupa?


Sejarah awal penubuhan DAP mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party - PAP) yang ditubuhkan pada tahun 1954. Antara pelopor awal PAP ialah Lee Kuan Yew yang bertindak sebagai setiausaha agung parti itu. Sejurus Singapura berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti itu di negara ini dibatalkan sebulan kemudian. Maka untuk meneruskan agenda PAP yang 100 peratusnya adalah pro-Cina, Devan Nair, ahli parlimen Bangsar ketika itu berusaha menghidupkan kembali parti itu dengan mendaftar sebuah parti baru dipanggil Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan kerana mempunyai persamaan dengan PAP dari segi nama. Devan Nair lalu menukar nama tersebut kepada Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) yang diluluskan secara rasmi pada 19 Mac 1966. DAP yang baru ditubuhkan itu dipelopori pula oleh Kit Siang yang dikatakan mempunyai pertalian famili dengan Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Dari segi lambang parti, prinsip perjuangan dan cara berpolitik, tidak ada bezanya antara DAP di Malaysia dan PAP di Singapura. Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini generasi pemimpin baru DAP seperti anak Kit Siang, Lim Guan Eng meneruskan tradisi berkiblat kepada PAP terutamanya setelah parti itu memerintah Pulau Pinang.

Apabila DAP dan Gerakan (ketika itu masih menjadi pembangkang) menang besar di Selangor pada pilihan raya umum tahun 1969, kedua-dua parti itu menjadi besar kepala. DAP menggunakan kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara. Baru sahaja 12 tahun kaum Cina diberi taraf kerakyatan penuh melalui dasar 'jus soli' sebagai salah satu syarat utama British untuk kemerdekaan, orang Cina sudah naik tocang.

Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.


Sejarah Lim Kit Siang pada 13 Mei sukar dilupakan...
Di bawah adalah ayat-ayat cercaan Lim Kit Siang, ahli-ahli DAP dan Gerakan sewaktu berarak meraikan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 yang dipetik daripada Laporan MAGERAN...

1. Menggunakan slogan “Malai-Si” yang membawa maksud “Mati Melayu”.

2. “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” – 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.

3. “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”– 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.

4. “KL sekarang cina punya” – 11 Mei, Jalan Changkat Dollah.

5. “Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” – 12 Mei, Jalan Tunku Abdul Rahman.

6. “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…” – 12 Mei, Jalan Khir Kampung Baru.

7. “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” – 12 Mei, depan Balai Polis Jalan Pudu.

8. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!” – 12 Mei.

9. “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…” – 12 Mei, Jalan Canvel.

10. “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” – 12 Mei Jalan Bukit Bintang.

Kerana provokasi-provokasi yang didalangi oleh Lim Kit Siang inilah dikatakan telah menyebabkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 dahulu. Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan itu, padanlah ramai pemimpin-pemimpin DAP yang sensitif dan mahu menutup sejarah ini serapat-rapatnya. Contoh Filem Tanda Putera di tentang habis-habisan oleh penyokong2 tegar DAP.

Tok Kenari: Adakah kata keramat Tun Mahathir - 'Melayu Mudah Lupa' dah menjadi satu sumpahan kepada orang Melayu kita pada hari ini? People may forgive, but do they forget?

Sunday 29 July 2012

Calon MB Kedah: 'Aura' Mukhriz Ada Kelebihan


ALOR SETAR - Aura kepimpinan yang ada pada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menyebabkan rakyat Kedah tidak ragu-ragu memilihnya sebagai calon Menteri Besar jika Barisan Nasional (BN) merampas kembali tampuk Kerajaan Negeri.

Kini, Mukhriz juga memegang jawatan Timbalan Pengerusi Umno Kedah.

Ketua Umno Jerlun, Datuk Abu Hasan Sarif berkata, kewibawaan Mukhriz, yang juga ahli Parlimen, atas kapasiti pemimpin bukan sahaja dapat memenangi hati golongan muda tetapi melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

“Mungkin dengan meletakkan Mukhriz sebagai calon MB sokongan rakyat terhadap BN akan bertambah kuat.

"Kita sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama serta sokongan penuh terhadapnya.

“Bagaimanapun segalanya tertakluk kepada keputusan presiden (parti Datuk Seri Najib Tun Razak), siapa yang dipilih kita sokong,” kata beliau kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai kajian Universiti Utara Malaysia (UUM), 69 peratus responden memilih Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah sebagai calon Menteri Besar jika BN menerajui Kedah, beliau menerima kebenaran itu.

Abu Hasan berkata, kajian yang dibuat UUM itu juga dapat menjadi penanda aras terhadap kerja-kerja dilakukan oleh BN untuk melihat potensi rakyat memilih BN atau sebaliknya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam pada itu, beliau meletakkan 70 peratus keutamaan rakyat terhadap pemilihan calon parti berbanding hanya 30 peratus dari aspek parti.

“Jika dulu rakyat pilih parti untuk menentukan kerajaan mana yang layak memerintah. Tetapi sekarang rakyat lebih memilih calon berkaliber, berpontensi serta mempunyai aura dapat menarik sokongan mereka,” katanya.  Baca selanjutnya di Sinar Harian.

Tok Kenari: Aura Tun Mahathir masih ada lagi di Kedah.. maka Mukhriz dilihat sebagai calon yang sesuai sebagai MB Kedah sekiranya kepimpinan Kerajaan Negeri kembali kepada UMNO/BN, dengan harapan aura Tun mampu membawa Kedah ke arah yang lebih baik, InsyaAllah..

Friday 27 July 2012

Syiah Makin Berkembang Di Malaysia, Patutkah Kita Berdiam Diri?


Semenjak kebelakangan ini, pengaruh ajaran sesat Syiah Imamiyyah / Ja'fariyyah yang berpusat di Iran semakin berkembang di negara ini. Padahal ajaran itu sudah difatwakan sebagai ajaran sesat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bertentangan dengan amalan di Malaysia yang berpandukan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Hasil penyelidikan, markas Syiah di Malaysia dibiayai secara langsung oleh kerajaan dan ahli perniagaan Iran. Menerusi markas ini, fahaman Syiah disebarkan dengan meluas tanpa sebarang tindakan berkesan oleh JAKIM, Jabatan Agama Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Hasilnya, lahirlah beberapa tokoh profesional Syiah di kalangan keluarga berpengaruh, pensyarah agama, kelompok profesional, pakar perubatan sehinggalah golongan guru termasuk guru agama sekolah.

Berita yang pernah dikeluarkan di akhbar sebelum ini

Artikel yang pernah dikeluarkan di akhbar
Pada hari ini, gerakan menyebarkan fahaman Syiah ini bergerak secara terang-terangan berikutan pertambahan 'ahli' mereka yang kini melebihi 20,000 orang. JAKIM mendedahkan terdapat usaha mengedarkan buku-buku dan risalah-risalah ke seluruh negara. Setiap bungkusan pengedaran bahan terbitan tersebut disertakan cap pengirim atas nama Majlis Syiah Malaysia yang beralamat di Johor. Sungguh berani mereka ini! Tambahan, kehadiran pendatang asing dari negara Arab dan Afrika telah menguatkan lagi penyebaran fahaman ini.

Seharusnya JAKIM, Jabatan Agama Negeri, pihak berkuasa bersama-sama Kementerian Dalam Negeri dan juga semua umat Islam di Malaysia tanpa mengira latar belakang fahaman politik perlu bekerjasama dalam menangani penyebaran ajaran Syiah ini. Baca komentar Ustaz Aizam hasil dialognya dengan Ketua Syiah Malaysia di sini.


Video di bawah ini mengenai rintihan orang Islam (ahli Sunni) terhadap keganasan Syiah di Iraq yang boleh menjadikan sempadan kepada rakyat Malaysia yang pada masa ini sewajibnya bersyukur kerana masih hidup dengan aman damai di negara Malaysia ini.

Apa kata Ustaz Kazim Elias?

Tok Kenari: Bermacam-macam ancaman kepada umat Islam di Malaysia, tapi orang kita masih tak tahu.. atau kita buat-buat tak tahu, atau memang tak nak amik tahu?

Thursday 26 July 2012

Hudud : PAS vs Karpal


KOTA BHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk anggota pakatan pembangkang iaitu DAP.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata semua pihak telah mengetahui hasrat PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud terutama di negeri ini.

Beliau berkata tiada sebab PAS tidak melakukan sesuatu yang dianggap untuk kepentingan agama walaupun ada pihak yang tidak bersetuju.

"Rasanya saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua orang tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai kedudukan PAS dan DAP yang nampak tidak sehaluan dan berbeza pendapat mengenai dasar negara Islam dan hukum hudud.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.

Nik Aziz berkata jika hukum gantung boleh diterima semua pihak, maka tidak ada sebab hukum hudud tidak boleh diterima.

"Pelik apa kalau ambil hudud, bukankah di Malaysia ini ramai orang kena hukum gantung. Hukum gantung menyebabkan isteri dia (pesalah) jadi bujang (janda), anak jadi anak yatim, keluarga kehilangan tempat bergantung.

"Tapi hudud tak matikan orang, nak kerat (potong) tangan pun letak bermacam-macam syarat," katanya. - Bernama

Tok Kenari: Ramai kepimpinan PAS memberi kenyataan mengenai hal hudud ni, ada kata nak buat hudud, ada kata nak fokus kepada Putrajaya dulu, ada kata hudud ni hanya 0.001% dalam Islam.. tapi yang pastinya ramai orang PAS dok lawan dengan Karpal sorang je.. hebatnya DAP ni, diorang hanya hantar seorang OKU je nak lawan keseluruhan PAS.. hahahaha..

Hasil Kajian UUM, Rakyat Kedah Mau Siapa?


KUALA LUMPUR - Kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) terhadap 10,800 responden mendapati majoriti rakyat Kedah memilih Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri itu semula.

Ahli Panel, Prof Dr Rohana Yusof berkata, rakyat negeri itu juga yakin dengan cara kepimpinan yang di bawah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara.

Menurutnya, ini kerana corak pemerintahan yang dibawa oleh Perdana Menteri secara tidak langsung meningkatkan tahap ekonomi di negeri itu, berbanding Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Kajian itu menunjukkan 65 peratus kepimpinan Najib mampu meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding 44 peratus yang dilakukan oleh Azizan untuk negeri itu.

“Malah 67 peratus juga menyukai corak kepimpinan Perdana Menteri berbanding dengan menteri besar yang hanya 41 peratus. Ini menunjukkan rakyat kini mula memihak kepada Kerajaan Persekutuan, “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang bertajuk ‘PRU13: Malaysia Pilih Siapa?’. Perbincangan pusingan pertama ini membawa tajuk ‘Prestasi dan Potensi BN di 4 Negeri, Siapa Jadi Pilihan?’.

Rohana yang juga berkata, kajian ini dilakukan di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN), turut mendapati 59 peratus rakyat Kedah mendakwa bahawa Kerajaan Negeri gagal mengotakan janji yang dibuat oleh mereka.

Katanya, 54 peratus tidak bersetuju agar pemerintahan Pas di Kedah dikekalkan tetapi jika perkara sebaliknya berlaku, 40 peratus rakyat di negeri itu tetap mahukan Azizan sebagai menteri besar.


“Jika BN berjaya menerajui Kedah, rakyat di negeri itu memilih Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, sebagai menteri besar di mana 69 peratus memihak kepadanya.

“Kajian ini jalankan terhadap penduduk di negeri itu yang berumur 21 tahun ke atas di pelbagai tempat membabitkan kawasan bandar dan kampung,” katanya.

Rohana berkata, UUM menjalankan kajian ini setiap enam bulan, malah ketepatannya adalah 90 peratus. -SinarHarian

Tok Kenari: Tok sendiri lebih suka orang Melayu Islam mentadbir negeri Kedah, tapi dalam masa yang sama mesti cekap dalam pentadbiran dan tahu nak uruskan negeri.. dalam keadaan sekarang, alam sekitar makin terancam, urusan sampah pun dah huru-hara, boleh pulak naik pusat-pusat maksiat, tempat orang Islam nak ibadat pun nak diruntuhkan.. hmmm, tepuk dada, tanya iman...

Wednesday 25 July 2012

Hudud : Godfather Berdehem Lagi


Macamana seorang yang mengaku mempunyai pendidikan agama yang tinggi boleh menipu ketika berdebat?!! Inilah yang kami cuba sampaikan sejak dahulu lagi. PAS ini tidak lebih daripada parti banjingan DAP yang masih lagi tidak tahu malu mengaku sebagai pejuang Islam.

Kita semua boleh nilaikan sendiri, sudah berapa kali pemimpin PAS menjadi 'jurucakap' tidak rasmi kepada pemimpin DAP yang OKU apabila ditanya tentang negara Islam dan Hudud?!! Pernahkah anda terfikir mengapa Karpal, Lim Kit Siang atau Guan Eng sendiri tidak duduk bersama-sama Nik Aziz atau mana-mana pemimpin Pas yang lain dalam satu PC untuk mengumumkan perkara penting sepertimana yang Tantawi dakwakan?!!
Apa yang menyebabkan mereka terpaksa menipu rakyat dengan mendakwa Karapal dan DAP sebagai bersetuju dengan Islam dan Hudud mereka?!! Sebabnya mudah. Mereka ini semua terlalu takutkan kepada kehilangan pengaruh dan undi kafiruun lebih daripada Allah SWT sendiri! Sebab itulah perjuangan ke Putrajaya lebih penting dan "mulia" kepada PAS berbanding perjuangan mempertahankan akidah ummah.  baca lanjut di MyMassa


Tok Kenari: Dari dulu lagi prinsip si wilcha ni tak akan menerima kerajaan Islam, apatah lagi undang-undang Hudud.. takkan la PAS tak faham lagi kot? don't mess with the Godfather.. hahaha...

Tuesday 24 July 2012

Gunung Inas: Aktiviti Pembalakan Ditangguhkan

Keadaan Gunung Inas yang hampir gondol

ALOR SETAR - Kerja-kerja pembalakan di Hutan Simpan Gunung Inas, Baling dihentikan sejak tiga minggu lalu, ekoran arahan terbaru Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) menyediakan laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) baru.

Pengarah Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman berkata, ia melibatkan kawasan ladang hutan yang akan dibangunkan projek Ladang Sejahtera meliputi keluasan 5,000 hektar.

“Kita tangguh sementara aktiviti pembalakan bagi keluasan 3,000 hektar lagi, setakat ini, 2,000 hektar sudah ditebang,” katanya, ketika dihubungi.

Menurutnya, projek terbabit mendapat kelulusan pada tahun 2007 namun laporan EIA ketika itu belum siap.

“PMBKed serahkan laporan EIA pada tahun 2010 tetapi tidak diluluskan ekoran tidak memenuhi syarat ditetapkan. Dalam perbincangan dengan JAS kelmarin, PMBKed diarahkan untuk menyediakan laporan EIA baru,” katanya.

Ku Azmi berkata, sementara menunggu laporan EIA siap, pihaknya mengarahkan aktiviti pembalakan di Gunung Inas dihentikan ekoran laporan JAS menunjukkan berlaku pencemaran alam sekitar di kawasan terbabit.

“Pencemaran yang dikenalpasti babitkan air sungai yang digunakan beberapa buah kampung sekitar tercemar, manakala hakisan dalam kawalan ekoran dibina teres termasuk spesifikasi jalan hutan dipatuhi,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menunggu arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri sama ada perlu meneruskan projek berkenaan atau menunggu sehingga laporan EIA baru siap.

“Anggaran untuk menyiapkan laporan EIA baru mungkin mengambil masa enam bulan atau lebih, dan setakat ini semua pihak memberi kerjasama baik termasuk syarikat konsesi balak terbabit,” katanya.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed, Datuk Shahabudin Shafie berkata, pihaknya kini dalam proses menyediakan laporan EIA baru yang dikendalikan oleh sebuah syarikat perunding yang dilantik.

“Kawasan itu belum diserahkan kepada PMBKed, selepas balak dikeluarkan, barulah kita akan bangunkan Ladang Sejahtera,” katanya.

Kelmarin, dalam suatu kenyataan dikeluarkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menegaskan kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Gunung Inas sudah dihentikan, sehingga laporan EIA lengkap dikemukakan kepada JAS.

Menurut kenyataan itu, EIA diperlukan untuk dua jenis pembukaan tanah seperti untuk kegiatan pembalakan atas tanah 500 hektar dan lebih manakala kes membabitkan pertukaran status penggunaan tanah, EIA diperlukan bagi projek-projek membabitkan kawasan lebih daripada 500 hektar.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, 5,000 hektar tanah di Baling dibuka sejak pertengahan 2011 bagi memberi laluan kepada skim Ladang Sejahtera bagi penanaman getah balak.

Menurutnya, kegiatan pembalakan itu dijalankan mengikut peraturan dan hasil jualan balak akan dipulangkan kepada rakyat. -SinarHarian

Tok Kenari: Dulu depa kata dah ada kelulusan untuk menebang balak, awat la ni dah jadi lain pulak?

Sunday 22 July 2012

Video Pilihan : Islam Bukan Dikutip Di Tepi Jalan


Tok suka dengan apa yang dikatakan oleh Ustaz Kazim Elias ni.. takkan baru mula nak bertudung dah digelar ustazah & dibenar beri ceramah sesuka hati.. sedangkan seorang ustaz agama mengambil masa yang lama untuk menuntut ilmu dan ditauliah baru dibenarkan memberikan agama..

Tok Kenari: Kalau naik pentas dok kutuk sana sini, itu bukan hijrah namanya.. tak guna hijrah luaran kalau dalaman tak dihijrah juga.. ada eloknya jika pi ngaji dengan ustaz-ustaz dan tok guru agama daripada ngaji dengan orang politik.. semoga bulan Ramadhan ini memberi ruang sepenuhnya kepada kita semua untuk memperbaiki diri dari aspek rohani dan jasmani..

Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan Al Kareem

Selamat Menjalani Bulan Ramadhan Al-Mubarak Al-Kareem kepada semua pembaca di blog Tok Kenari. Semoga amalan dan ibadah kita mendapat keredhaan dan pahala daripada Allah, insyaAllah.

Thursday 19 July 2012

Himpunan Oren, Mat Sabu & Ladang Rakyat

Mungkin begini akan jadi terhadap Ladang Rakyat yang bakal dibangunkan di Kedah? Jadikan apa yang berlaku di Kelantan sebagai pedoman. Ni kerja orang PAS gak kan? Yang menangis orang kita gak.. Peneroka di Kedah, tolong la buka mata! 


Tok Kenari: Takkan nak tengok je kan? Bandingkan 20 tahun PAS Kelantan dengan 5 tahun PAS Kedah.. fikir-fikirkan..

Orang Islam Tak Rasa Apa-Apa?

Astaghfirullah. Kita nak tengok sahaja? Oleh kerana perpaduan semasa umat Islam dah tak kuat dan makin berpecah-belah, maka pihak kafir pun tak takut nak mempersendakan solat.


Kat Malaysia ni lagilah tak hairan, sebab PAS tak buat apa-apa bila kafir DAP boleh masuk dalam ruang solat di masjid/ surau, apatah lagi bila ada kafir DAP yang memberi salam, baca ayat Al-Quran dan bertakbir sesama pengikut PAS.


Dalam BN UMNO peneraju, tapi dalam pakatan haram DAP yang berkuasa.. Wahai orang Melayu Islam, fikir-fikirkan lah..


Tok Kenari: UMNO tak boleh bekerjasama dengan kafir, tapi PAS boleh.. kafir DAP tak takut nak persendakan agama Islam sebab PAS ada untuk backup.. PAS for all kan?

Tuesday 10 July 2012

Penyerang Berani Mati Di Putrajaya Dikenalpasti!



Sumber: kredit to blog Panglima Perang Cyber

Sebentar tadi dengan izin Allah, Panglima sudah temui sedikit info yang dirasakan boleh membantu PDRM untuk mengenalpasti latar belakang si penyerang yang dikatakan bernama Khalil Afandi Hamid berusia 47 tahun.

Berdasarkan kenyataan pihak berkuasa yang menyebut nama beliau seperti di atas. Namun selepas dicari ada sedikit perbezaan di mana ada tambahan 'A.Hamid' pada tulisan di blog beliau. Wallahu A'lam.

Didapati beliau menggunakan nama samaran ariff afandi bin khalil afandi hamid dan sejak Mac 2011 beliau sudah mahu melawan kerajaan dengan cara sendiri atas dasar Kerajaan dikatakan zalim.


Lihat persamaan parut di bahagian bahu dan sedikit kesan luka di perut antara kedua gambar ini.

Gambar pertama sewaktu muda di atas adalah gambar profile beliau yang ditemui di sebuah blog tanpa posting bertajuk http://gilaapamanusia.blogspot.com/ (blog lain http://jayanegara1234.blogspot.com)
 

Berdasarkan gambar penyerang siang tadi anda boleh kenalpasti wajah tidak berubah dan mungkin gambar ini ketika beliau muda. Turut ditemui ialah akaun FB beliau di sini http://www.facebook.com/khalil.afandi.1

Dipercayai beliau mula menulis di blog pertama bermula September 2010.

Di blog satu lagi ditulis Mei 2012. Dengan lokasi keduanya ditulis di Seri Kembangan, Selangor.

No hp beliau ialah 01116342016 manakala no IC ialah : 650724106631

Di ruang 'about me' beliau menulis:

"Hidup ini bukan untuk diANJINGkan sebagai Polis DiRaja M'sia dan Tentera"

Ternyata si penyerang mempunyai jiwa yang bencikan anggota keselamatan. Selain itu, Mufti Perak dan Mufti Johor juga digelar 'pengampu sultan'.

Baca pendedahan selanjutnya di sini. TQ Panglima.

Baca pula nota penyerang tersebut dalam akaun FBnya yang lain di sini dan nilai sendiri ideologinya. Lagi pendedahan di Paperwaris.

Selain daripada video yang kini tersebar menerusi Youtube mengenai insiden ini, terdapat satu lagi video pendedahan oleh sahabat-sahabat cybertroopers yang membuat kajian terhadap insiden ini seperti video di bawah. Nilailah sendiri..

 

Tok Kenari: Nampaknya agenda kafir hendak memecahbelahkan Melayu semakin berjaya.. cuma nak luaskan lagi kawasan liputan pengaruhnya.. ni baru nak tunjuk sorang Melayu yang anti Melayu, anti Sultan, anti Mufti.. ada ramai lagi Melayu yang macam ni..

Monday 9 July 2012

Cubaan Jatuhkan Kerajaan Di Putrajaya!


PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahdi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di perkarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek masuk dan ketika berada di Kompleks tersebut, suspek telah melibas pedang dan merosakkan cermin dua kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.

"Setelah menerima maklumat daripada Pusat Kawalan, anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai."

"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk memberi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di IPD Putrajaya di sini lewat petang ini.

Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.

"Suspek lelaki meninggal dunia di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil. Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya sebagai 'Imam Mahdi'," katanya. - sumber BH 09/07/12

Tok Kenari: Tok rasa kes ni dah macam peristiwa Memali.. apabila dah mula taksub tentang sesuatu, maka mulalah nak buat perkara gila! Mujur la bawak pedang, kalau bawak bom? Sendiri mau ingat.. fikir la dengan rasional, bukan emosional..

Friday 6 July 2012

Kerajaan Pusat Bantu SADA



Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) telah membantu SADA membiaya projek menaik taraf dan membaik pulih sistem perpaipan dan penyaluran air di negeri Kedah. Hasil daripada bantuan Kerajaan Pusat ini akan dinikmati oleh kira-kira 50,000 rakyat Kedah meliputi 4 daerah yang sering mengalami masalah bekalan air iaitu Sik, Baling, Pendang dan Padang Terap. -sumber Kosmo

Tok Kenari: Walaupun hal ehwal air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, tapi bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat Kedah amatlah dialu-alukan.. kalau nak harapkan kerajaan negeri saja, alamatnya masih ada rakyat Kedah yang dok di pedalaman mengharap air gunung dan sungai sahaja.. terima kasih Kerajaan Pusat!

Thursday 5 July 2012

Rektor KUIN Didesak Letak Jawatan, Apa Cerita Ni Zizan?


3 Julai 2012, satu lagi tarikh bersejarah dicatatkan dalam ketidakpuashatian para pekerja KUIN apabila kira-kira 200 warga kerja KUIN membuat demonstrasi aman mendesak Rektornya, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman meletak jawatan.

Walaupun dalam keadaan hujan, demonstrasi yang dinamakan "Himpunan Aman Bersih Bersih KUIN 2.0" ini tetap diteruskan pada sekitar jam 1.30 tengahari dengan ucapan dua orang wakil pekerja, iaitu Mohamad Azki Hafizi Ibrahim dan Sajiah Yaacob.


Kumpulan pekerja ini mendesak Dr. Jamil berundur selepas mereka hilang kepercayaan terhadap pentadbiran beliau yang didakwa mengabaikan kebajikan pekerja dan pelajar. Mereka juga mendakwa kewujudan anak-anak syarikat KUIN yang tidak mampu beroperasi sendiri sehingga mencetuskan krisis kewangan yang kritikal. Justeru, mereka mendesak agar KUIN segera menjelaskan semua hutang tertunggak berikutan kegagalan pihak pengurusan KUIN membuat pembayaran kepada pelbagai institusi kewangan, walaupun pemotongan gaji dibuat setiap bulan.

Beberapa keputusan pengurusan KUIN yang dipertikaikan adalah seperti menaikkan yuran pengajian secara mendadak daripada RM60 kepada RM200 satu kredit, mengenakan caj pemeriksaan kesihatan kepada pelajar baru antara RM150 hingga RM250, menaikkan yuran asrama dan caj menyemak status kemasukan pelajar.

Wakil pekerja, Mohamad Azki Hafizi Ibrahim berkata, "Majoriti kakitangan KUIN tidak suka dengan pentadbiran sekarang, justeru kami mengadakan perhimpunan setelah pintu rundingan ditolak. Meskipun kami diberi amaran akan dikenakan tindakan tatatertib jika mengadakan perhimpunan, kami tidak takut untuk berkata benar."


Kronologi konflik yang melanda KUIN:
  • 11 Januari 2011 : Pelajar mengadakan perhimpunan bagi menuntut pihak KUIN menyelesaikan masalah seperti isu yuran, penempatan, kemudahan asas dan karenah birokrasi.
  • Awal Mei 2012 : Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) bersetuju untuk mengemukakan memorandum tuntutan penyelesaian hal berkaitan kebajikan KUIN kepada Rektor, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman
  • 14 Mei 2012 : Wakil staf KUIN seramai 6 orang bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di kediamannya di Jalan Sultanah kira-kira jam 8.30 malam bagi menjelaskan isu sebenar yang berlaku dalam KUIN.
  • 20 Mei 2012 : Staf KUIN mengemukakan surat dan memorandum tuntutan penyelesaian hal berkaitan kebajikan KUIN kepada Rektor, dan salinan kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah KUIN serta Ahli Mesyuarat Tertinggi KUIN.
  • 30 Mei 2012 : Seramai 5 wakil staf ingin mengadakan pertemuan dengan Rektor kira-kira jam 12.30 tengahari, namun Rektor hanya mahu bertemu seorang wakil sahaja.
  • 19 Jun 2012 : Penyerahan memorandum kedua kepada Menteri Besar melalui Exco Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, sewaktu majlis Perasmian Budaya Kualiti di Dewan KUIN.
  • 20 Jun 2012 : Satu memo ditulis kepada Rektor agar segera mengadakan pertemuan dengan semua staf bagi menjelaskan pelbagai isu berbangkit namun tiada respons diterima.
  • 26 Jun 2012 : 5 laporan polis dibuat di IPD Kota Setar oleh beberapa staf KUIN setelah tamat tempoh sebulan yang diberikan kepada Rektor untuk menyelesaikan isu tunggakan bayaran kepada agensi kewangan walaupun dibuat pemotongan gaji terhadap staf.
  • 28 Jun 2012 : Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah menjadi orang tengah dalam rundingan staf berhubung isu kakitangan KUIN ditamatkan perkhidmatan tanpa prosedur sah.
  • 3 Julai 2012 : Perhimpunan aman oleh kira-kira 200 staf KUIN mendesak Rektor meletak jawatan.

Tok Kenari: Institusi pendidikan satu bidang yang mulia kerana memberi ruang dan peluang kepada semua orang untuk menimba ilmu. Lebih-lebih lagi di KUIN yang majoriti pekerja dan penuntutnya adalah orang Melayu. Kerajaan PAS Kedah, tolonglah jangan asyik nak berpolitik sehingga menggadaikan masa depan anak-anak Melayu kita! Ustaz Zizan, la ni hangpa bukan lagi pembangkang di Kedah, kalau tak reti buat pentadbiran, lepas ni hang dok balik la kerusi pembangkang kat persidangan DUN.. sudah-sudah la...

Tuesday 3 July 2012

Selain Pembalakan, Kuari Korek Pasir Pula?

Beberapa hari lepas, Tok Kenari mengikut sahabat-sahabat meronda beberapa kawasan di Jeneri, Sik. Kemudian terserempak dengan satu aktiviti kuari mengorek pasir di Kampung Kuala Hai, Jeneri. Oleh kerana timbul rasa ingin tahu, Tok bertanya kepada penduduk setempat mengenai aktiviti tersebut, dan ternyata ramai penduduk yang tidak senang dengan aktiviti tersebut.


Menurut beberapa penduduk yang ditemui, kawasan yang pada asalnya adalah kawasan alur air / anak sungai kecil telah dirosakkan oleh pihak kuari ini. Tambahan, sebelum ini pernah berlaku kes kematian budak di kawasan tersebut. Tok juga dimaklumkan, tiada buffer zone diwujudkan dalam aktiviti korek pasir tersebut dan akibatnya, keadaan jalan kampung menjadi mendap dan rosak. Selain itu, lori-lori pasir yang masuk ke kawasan kampung ini juga memburukkan lagi keadaan jalan di situ.




Tok terpaksa ambil gambar sekali imbas sahaja semasa melalui kawasan tersebut kerana terdapat orang Cina yang menjaga kawasan tiba-tiba muncul seperti hendak menghambat kami! Pelik, kalau aktiviti ini mendapat permit dan mendapat kelulusan pihak berkuasa, kenapa perlu bertindak agresif seolah-olah apa yang mereka lakukan adalah salah?

Hasil pencarian di internet, Tok jumpa pula artikel / laporan mengenai perkara ini oleh akhbar tempatan pada awal tahun ini. Klik Sini.

Tok Kenari: Tok ragu-ragu dengan aktiviti ini.. Mungkin ada penjelasan di sebaliknya.. Apa kata pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri? PAS dok gebang tentang perhimpunan HIJAU menuju putrajaya, tapi Tok tengok hijau alam sekitar di Kedah ni dah makin tergugat pulak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...